Onew SHINee Bakal Tamat Latihan Ketenteraan Secara ‘Tidak Rasmi’ Hari Ini Ikut Protokol COVID-19

Share

Setelah hampir dua tahun berkhidmat dalam latihan ketenteraan di Korea Selatan, Onew SHINee dilaporkan akan mengambil cuti daripada tugas wajib ketenteraannya pada hari ini.

Disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia, tentera yang sedang menjalankan tugas wajib mereka dilarang mengambil cuti dan menerima pelawat luar.

Walau bagaimanapun, bagi pelatih yang dijadualkan tamat latihan dalam masa yang terdekat, mereka boleh mengambil cuti daripada perkhidmatannya itu sebelum diberhentikan secara rasmi. Mereka tidak akan diminta untuk kembali ke pangkalan, namun tetap menjadi petugas askar yang aktif untuk baki tempoh cuti.

Onew SHINee dijangka akan menamatkan latihan ketenteraan pada 20 Julai ini, namun disebabkan langkah pencegahan COVID-19 yang sedang dilakukan sekarang, nampakya Onew secara ‘tidak rasmi’ pulang lebih awal.

Onew merupakan anggota SHINee yang pertama menyelesaikan latihan ketenteraannya setelah mendaftar sebagai askar pada bulan Disember 2018. Anggota-anggotanya yang lain seperti Minho dan Key juga kini sedang menjalankan latihan ketenteraan mereka.

Nantikan updates terbaru tentang kepulangan Onew. Mesti peminat SHINee dah tak sabar kan?

Sumber: allkpop

IKLAN