Pelakon, model dan pengacara terkenal, Scha Alyahya membuat kejutan apabila tampil pada hari ketiga berlangsungnya Festival Filem Venice 2023 di Venezia, Itali, baru-baru ini
Ikon fesyen tanah air itu diterbangkan sendiri oleh jenama solekan antarabangsa, Armani Beauty untuk menghadiri Festival Filem Venice ke-80 bagi berjalan di karpet merah dan menyokong tayangan filem Poor Things.
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya dilihat berjalan di permaidani merah dalam persalinan gaun putih serta aksesori sarung tangan telus pandang hasil sentuhan pereka fesyen tempatan, Alia Bastamam.
Jelaslah, kecantikan raut paras Scha Alyahya sebagai wakil jenama terkenal itu merupakan salah satu faktor yangmenyerlahkan lagi rekaan gaun serba putih ini. Namun yang lebih menyerlah adalah keyakinan Scha berhadapan situasi karpet merah yang dihadiri selebriti antarabangsa, jenama media terkenal dan ramai lagi individu penting.
Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata rakan artis dan warganet turut mengekspresikan kekaguman mereka terhadap penampilan fashionista tersebut.
“Letupnya hampaaaaa….” komen Rozita Che Wan
Ads
“Terlalu cantik sis,” komen Shalma Aina.
“Bidadari mana entah,” seloroh Awal Ashaari, suami kepada aktres tersebut.
“Terlalu cantik, sending you love,” komen Nora Danish.
Ads
Tidak sabar untuk Scha terus melebarkan sayap sebagai fesyenista di acara-acara antarabangsa seterusnya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Scha Al-Yahya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon jelita, Mimi Lana, mendedikasikan ucapan teristimewa buat bekas tunangnya yang juga aktor, Syafiq Kyle sempena ulang tahun kelahiran Syafiq yang ke-32 tahun di Instagram.
Menerusi ucapan tersebut, pelakon karya hit The Experts itu meluahkan perasaan ‘sakitnya’ apabila menatap gambar-gambar mereka berdua yang masih ada dalam galeri foto.
“Menatap galeri foto sempena hari istimewa awak ini membuatkan saya terasa ‘sakit’. Betapa masa telah berlalu tetapi awak tetap menjadi satu-satunya orang yang saya akan cari, di waktu susah senang.
“Cinta akan selamanya ada untuk awak meskipun takdir kita mungkin belum pasti. Selamat ulang tahun Bintangku dan kau selamanya kembarku,” coretnya di ruangan kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya mendoakan agar pasangan ini kembali menyatu untuk mendirikan rumah tangga sebagaimana yang pernah dirancang sebelum ini.
Sekadar info, kedua bekas peserta Hero & Dewi Remaja itu sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta selama beberapa tahun namun hasrat untuk berumah tangga putus di tengan jalan apabila mereka membatalkan majlis pernikahan pada 18 Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun, mereka kini dilihat terus berbaik dan banyak terlibat sama dalam beberapa tawaran kerja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Sikit-skit Kpop, sikit-sikit K-pop. Tak bosan ke?”
Well FYI, K-pop fans masih lagi utuh menyokong idola mereka tidak kira apa jua berlaku. Satu persatu prediction yang dibuat mengatakan industri K-pop akan mula kendur telah dipatahkan sama sekali. Nope! They’re here to stay.
Untuk selama mana? Kalau diikutkan dengan skala sokongan mungkin akan bertahan dalam tempoh yang lebih panjang.
Jadi apa yang membezakan peminat K-pop dengan orang lain? Mengapa mereka dilihat terutamanya oleh ‘orang luar’ bahawa mereka terlalu obses dengan K-pop idol? Mungkin jawapan di bawah mampu memberikan jawapannya. Ini adalah perkara yang hanya boleh dilakukan oleh peminat setia K-pop!
1. Mendukung apa jua yang dilakukan oleh K-pop idol mereka
Tidak kiralah apa sahaja yang dilakukan K-pop idol sama ada keluar grup atau muncul dengan album solo, peminat mereka akan terus mendukung serta menyokong apa jua keputusan. Mereka berjanji menghormati pilihan dan menaruh kepercayaan kepada idol pujaan mereka. Now that’s something special.
2. Tahu bagaimana nak hiburkan hati K-pop idols
Bila idols ditertawakan atau diperkatakan kerana melakukan sesuatu, peminat mereka akan pantas siap melangkah untuk menghiburkan. Contohnya dengan memberikan komen positif di laman media sosial dan membuat hashtag yang disambut baik peminat seluruh dunia. Disebabkan itulah kita sering melihat hashtag K-pop sering trendind wroldwide!
3. Sentiasa memberikan kejutan kepada K-pop idols
Tidak dapat dinafikan, fanclub grup K-pop merupakan kumpulan peminat yang paling fanatik di dunia. Salah satu cara mereka untuk membuat idols mereka terharu ialah dengan melakukan kejutan sempena hari lahir. Dan hadiah mereka berikan juga unik seperti koleksi ucapan video peminat dari seluruh dunia dan menyanyikan lagu bersama-sama.
Ini bukanlah satu perkara yang eksklusif berlaku kepada peminat K-pop sahaja. Namun, apa yang membezakan mereka dengan orang lain ialah mereka bertindak menyanyi dalam senada dan lirik yang tertentu pada masa yang sama. Keseragaman inilah yang membuatkan mereka cukup istimewa.
5. Melakukan kerja amal di atas nama idols
Aktiviti seperti membantu anak-anak kurang bernasib baik dan dilakukan di atas nama fanclub tertentu merupakan salah satu cara mereka mengabadikan nama idols mereka secara baik. Ini secara tidak langsung memberikan imej positif kepada idols mereka sendiri.
6. Melakukan vote secara gerila
Terlalu banyak anugerah di dunia ini yang melibatkan undian. Para peminat K-pop biasanya akan bersatu antar satu sama lain dan memberikan vote buat idols mereka. Ia dilakukan dengan penuh sistematik bagi memastikan idols mereka menang.
7. Menghantar trak minuman kepada idols di lokasi penggambaran
Pada ketika idols mereka sedang melakukan penggambaran, peminat-peminat ini akan menghantar trak minuman khas buat idols dan krew. Ia merupakan sebagai sokongan mereka terhadap kerja keras idols dan krew. Ini memang orang lain tak pernah buat!
Adakah kamu mempunyai salah satu ciri-ciri di atas? Tag kawan korang yang merupakan kaki K-pop sejati!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khabar baik buat penggemar muzik bergenre Hipdut di Malaysia apabila dua penyanyi terkenal, Tenxi dan Naykilla bakal berkongsi pentas menerusi konsert Panggung Puting Beliung yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Januari tahun hadapan.
Panggung Puting Beliung bukan sekadar konsert biasa. Ia menandakan kemunculan pertama Tenxi di Malaysia — sesuatu yang amat dinantikan oleh peminat tempatan yang mengikuti perjalanan seninya sejak awal.
Tenxi Teruja Persembahkan Muzik Hipdut di Malaysia
Menurut Tenxi, beliau sudah lama ingin beraksi di Malaysia kerana merasakan suasana muzik di sini sangat kuat dan penuh energi. “Kami mahu bawakan sesuatu yang bukan sekadar persembahan, tetapi pengalaman yang orang akan ingat lama selepas konsert berakhir,” katanya dengan penuh semangat.
Bagi Naykilla pula, Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hatinya. Beliau tidak sabar untuk membuat penampilan sulungnya di pentas Zepp KL sambil menikmati kehangatan sorakan peminat tempatan. “Kami janji, malam itu akan jadi sesuatu yang luar biasa,” ujar Naykilla yang turut teruja dengan kolaborasi dalam Panggung Puting Beliung ini.
Simbol Gelombang Muzik Baru
Untuk pengetahuan, Panggung Puting Beliung bukan sekadar konsert bagi menghiburkan para peminat, tetapi juga satu pentas penting bagi memperlihatkan perubahan arus muzik moden di rantau ini. Kejayaan album Puting Beliung menjadikan Tenxi antara figura penting dalam gelombang muzik baru Nusantara, dengan beberapa lagu popularnya seperti “Garam & Madu”, “Kasih Aba-aba”, dan “Bintang 5” sering tular di platform TikTok.
Menurut penganjur, Icon Entertainment, pemilihan Tenxi dan Naykilla bukanlah kebetulan. Mereka mewakili suara generasi baharu yang berani mencabar sempadan muzik tempatan. Jurucakap Icon Entertainment menyatakan bahawa Panggung Puting Beliung melambangkan peralihan ke arah pendekatan muzik yang lebih moden dan terbuka dalam kalangan artis rantau ini.
Bagi peminat lagu-lagu Tenxi dan Naykilla, harga tiket konsert akan ditawarkan pada kadar berpatutan sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang terus menyokong perjalanan seni mereka. Tiket rasmi bagi Panggung Puting Beliung akan mula dijual bermula 7 November ini — jadi pastikan anda tidak terlepas peluang menyaksikan persembahan penuh tenaga dan emosi ini di Zepp Kuala Lumpur!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.