OMG Ariana Grande! Korang Perasan 6 Perkara Tersorok Dalam Video ‘Thank You,Next’?

Share

 

Akhirnya, klip video paling ditunggu oleh peminat bintang pop, Arianna Grande akhirnya dilancarkan awal pagi tadi untuk penonton di Malaysia.

 

Bukan saja video ‘Thank You, Next’ berdurasi 5 minit ini menjadi perbualan kerana lirik beremosi yang ditulis oleh Ari, tetapi kerana ia dikatakan mempunyai beberapa paparan babak menarik hasi gabungan filem popular remaja seperti ‘Mean Girls’, ’13 Going On 30′, ‘Legally Blonde’ dan ‘Bring It On’.


Setelah menonton video ‘Thank You, Next’ (well, kami dedikasikan masa untuk menonton lebih daripada 10 kali – thank us later)

, ada 6 perkara tersorok atau easter eggs yang mungkin korang tak perasan. Jom tengok!

 

Ricky Alvarez

Semasa menyelak ‘Burn Book’ yang menyimpan gambar-gambar bekas teman lelaki dan musuhnya (ref: Mean Girls), Ari berada di muka surat teman lelaki, Ricky yang juga merupakan penari latarnya.

Tertulis komen seperti ‘Good Dancer’, ‘Good Times Man’ dan ‘Friends Forever’. Aww! Walaupun kata-kata tersebut sweet, tetapi Ari tak mengambil masa lama untuk menyelak muka surat seterusnya.

Sis memang dah move on!

 

Big Sean

Seorang lagi bekas teman lelaki Ari iaitu Big Sean di dalam ‘Burn Book’. Tertulis komen ‘So sweet’ dan ‘So cute’ – typical Arianna. Normal.

Apa yang TAK NORMAL adalah komen seterusnya iaitu ‘Could still get it’. Ouhh

, mungkinkah Big Sean akan diberi peluang kedua?

 

Pete Davidson

Ya, ya. Kalau korang merupakan peminat setia Arianna Grande, pasti korang pernah terdengar mengenai khabar angin tentang betapa – hhm – bertuahnya Pete kerana memiliki ‘aset’ yang besar.

*Okay blushing!*

Ari tak berselindung apabila dia menulis HUUUUGE pada muka surat Pete. Ada juga komen ‘sry I dipped’, lalu menjawab persoalan sama ada Ari yang memutuskan pertunangan mereka, 2 bulan lalu.

Yes she did.

 

Lagu Baru

Ari juga memperkenalkan beberapa tajuk lagu baru sepanjang klip video ini, kerana dia sememangnya gemar untuk berbuat sedemikian.

Antaranya termasuklah single bertajuk ‘Needy’ (diambil daripada baju-T dengan ayat ‘A Little Bit Needy’ semasa dia berjalan di koridor sekolah.

Semasa Ari tiba di Harvard pula (Ref: Legally Blonde), nombor kenderaan Ari ‘7 Rings’ juga merujuk kepada single barunya.

 

I’m A Cool Mom!

Yayy! Kris Jenner turut membintangi klip video ini sebagai ibu kepada Regina George.

Penulis pasti, Kris hanya perlu menjadi diri sendiri je untuk babaknya dalam ‘Thank You, Next’ kerana dia sememangnya merupakan seorang Cool Mom, not yout regular mom!

 

IKLAN