Oats atau gandum mampu menjadi pengganti makanan seperti nasi atau kentang.
Disebabkan itulah, ramai yang memilih oats ketika bersemangat untuk berdiet. Begitu juga semasa berpuasa, kami juga menggalakkan pengambilan makanan yang berasaskan oats. Ini kerana ia kaya dengan vitamin B, E, mineral, karbohidrat, protein dan bebas lemak.
Itulah kualiti yang membolehkan seseorang mempunyai tenaga dan pada masa yang sama, cegah penambahan berat badan.
Tetapi kalau salah langkah, oats juga boleh membuatkan si pemakan lebih – hhm – membesar! Daripada berangan nak mengecil untuk raya nanti, makin besar pulak jadinya. Ini adalah 3 kesalahan yang selalu dilakukan oleh kita.
01
Makan Tak Ikut Proportion
Sebab korang rasa ia sihat dan tak menggemukkan, korang pun tuangkan oats sampai penuh mangkuk sebab tak nak rasa lapar semasa berpuasa. Padahal selepas dimasak nanti, oats akan mengembang dan teksturnya pula sangat padat.
Nak selamat, tuangkan dulu ke dalam mangkuk bersaiz kecil. Jadi kalau tuang banyak pun, sebenarnya jumlahnya mengikut proportion.
Ads
02
Topping Oats Tak Sihat
Disebabkan rasa oats yang agak blend, kita pun gatal nak tambah pelbagai jenis topping yang bukan-bukan. Coklat, kacang, perasa dan ada juga yang menambah nuget goreng sebagai lauk! Akhirnya, sama jugak kalori yang korang ambil.
Kalau nakkan kelainan, ambilla topping yang kena dengan diet seperti buah-buahan segar ataupun madu asli.
03
Bahan Tambahan Lagi ‘Meriah’
Ads
Sama jugalah macam topping tadi, korang pun campurkan kandungan oats dengan susu, gula, garam, serbuk koko dan macam-macam lagi yang boleh meningkatkan kadar lemaknya secara signifikan.
Sebolehnya, cuba dahulu oats secara asli. Bila dah terbiasa, korang pun tak nakkan lagi bahan-bahan tambahan tadi.
* * * * *
Tapi biasalah, bila kita ni sudah terlampau sibuk, kadangkala tak sempat juga nak sampai ke rumah atau berhenti di mana-mana untuk berbuka puasa. Dalam kereta jugalah jawabnya.
Ads
So why not, korang sediakan je 2 jenis makanan berasaskan oats ni sebagai stok semasa berpuasa ini.
Padat dengan oats, coklat, karamel dan kacang, Snickers Oats datang dalam saiz kecil namun CUKUP untuk kekal sihat kerana saiznya dan membantu mengenyangkan perut lapar. Apabila tiba di destinasi masing-masing, korang pun tak terasa nak makan banyak dah kerana perut mudah penuh dengan satu je snek kecil ini.
Quaker Oats
Kalau teringin juga untuk mengambil oats, Quaker Oats adalah antara hidangan 40g terbaik untuk mengurangkan rasa lapar. Ini kerana ia mengandungi 9.4g serat dalam setiap 100g. Kandungan khasiat tingginya itu melambatkan pencernaan dan membekalkan tenaga.
Pastikan korang mengikut sukatan yang diberikan, jangan makan lebih-lebih. Kalau tak hhm, kembunglah jawabnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat julung kalinya, salah seorang daripada dua peserta lelaki program realiti nyanyian The Hardest Singing Show telahpun menyambar kejuaraan mingguan pada konsert suku akhir, malam tadi.
Putera Muhammad tampil dengan persembahan impresif ketika membawakan lagu Hilang Naluri dengan elemen api bagi menyelesaikan cabaran minggu ini bertemakan Estetika Alam. Sekaligus, Putera berjaya mengutip markah tertinggi sebanyak 93.20 peratus dan membawa pulang Anugerah The Hardest of the Night.
Putera Muhammad.
Lebih manis lagi, Putera juga telah menerima skor tertinggi daripada salah seorang juri tetap program, Dato’ Seri Rossa atau lebih mesra dengan panggilan Teh Ocha seperti yang diumumkan oleh juri berkenaan sewaktu sesi penjurian.
Bercakap kepada REMAJA di belakang pentas, Putera berpendapat rezeki tersebut hadir secara mengejut pada minggu kelapan pertandingan memandangkan kejuaraan seringkali diperolehi oleh peserta-peserta wanita.
“Graf saya dalam program ini macam roller coaster, naik turun (ketawa). Alhamdulillah minggu dapat juga saya merasa menjadi juara mingguan. Sewaktu persembahan tadi pun, saya lihat juri-juri berikan standing ovation. Itu yang penting sebenarnya iaitu apabila penonton puas dan apa yang kita hendak sampaikan itu tercapai. Kedudukan pertama itu bonus,” katanya yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once.
Sewaktu Putera menerima tugasan elemen api, idea asalnya adalah bagi menimbulkan kegerunan penonton dengan cara membakar yang ekstrem termasuklah idea untuk membakar tubuhnya sendiri. Namun hasrat Putera itu ‘lebih terkawal’ malam tadi setelah menerima nasihat pihak produksi dan pasukannya sendiri.
“Kau ni muka nak pakai lama, kaki nak pakai lama, badan nak pakai lama… Jadi jangan habiskan segala-galanya pada minggu ini…”
“Ya, idea asalnya termasuklah untuk membakar satu badan dan pijak api agar merecik. Itu belum lagi bermain dengan efek api pada badan. Tetapi apa yang berlaku malam ini adalah idea-idea yang telah diluluskan oleh produksi,” katanya.
Kongsi Putera lagi, sesi raptai bersama nyalaan api pada lengannya hanya boleh dimulakan pada hari Sabtu. Biarpun sedikit cemas ketika melakukannya, dengan bantuan pihak bertanggungjawab, Putera kekal tenang ketika cuba memadamkan api menggunakan sapu tangan khas serta air yang telahpun disediakan di atas pentas.
Konsert The Hardest Singing Show minggu suku akhir malam tadi diungguli oleh Putera Muhammad (93.20 peratus) yang membawakan lagu Hilang Naluri nyanyian Once diikuti Ayda Jebat (85.69 peratus), Aepul Roza (81.48 peratus), Stacy (77.30 peratus), Zizi Kirana (67.33 peratus) dan Aisha Retno (63.78 peratus).
Terdahulu, Putera Muhammad pernah menyertai sebuah lagi program realiti nyanyian terbitan Astro iaitu Big Stage 2023 dan menduduki tangga ketiga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa yang membuatkan seorang manusia cantik dan sempurna?
Masyarakat terutamanya pengguna di media sosial cukup gemar untuk memperlekeh dan membeza-bezakan bentuk fizikal seseorang. Dah jadi macam hobi pula untuk mereka mengecam foto orang lain di media sosial dengan perkataan lucah, negatif dan menyinggung perasaan.
Dan selalunya orang yang gempal dan badan berisi lah yang selalu menjadi ‘target’ meraka ini dijadikan ‘bahan’ untuk di hina dan ‘body shaming’.
Sebentar tadi, pelakon Nabila Huda memuat naik satu posting berbau nada marah dan berang apabila ada segelintir pihak cuba bercakap mengenai saiz badannya. Menurut Nabila, budaya ‘body shaming’ ini harus diberhentikan dengan segera sebelum ianya menjadi parah dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Ujar Nabila, dia memberi amaran keras kepada semua individu yang suka melakukan ‘body shaming’ agar tidak melakukan perbuatan tersebut lagi. Tambahnya, dia bakal menyakiti hati individu berkenaan sekiranya mereka masih melakukan hal tersebut.
Nabila turut memberitahu bahawa dia faham mengenai perasaan semua wanita dan lelaki di luar sana yang menjadi mangsa ‘body shaming’. Sebagai manusia, menurut pelakon dan juga anak sulung kepada legenda rock terkenal Amy Search ini turut memaklumkan bahawa setiap manusia yang dicipta oleh Allah mempunyai kecantikan tersendiri. Oleh itu, siapa kita untuk menilai dan membezakan setiap manusia di atas muka bumi ini.
Rata-rata diruangan komen dipenuhi kata-kata semangat dan komen setuju dengan kenyataan pelakon ini terutamanya rakan-rakan artis.
So korang jangan nak body shaming orang suka hati je k…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perkara yang paling merisaukan perempuan bila bersukan adalah kalau pakaian yang dikenakan tidak sesuai dengan aktiviti. Boleh potong mood nak bersenam tau.
Namun begitu, kebanyakkan yang melakukan aktiviti bersukan terutamanya workout di gimnasiumini memilih baju sukan yang agak menjolok mata dan mengenakan jersi ketat.
Pernah menimbulkan perbalahan netizen mengenai aurat wanita terutamanya wanita bertudung, isu tersebut agak sensitif memandangkan ia dilihat kurang manis kerana tidak sesuai dengan penampilan.
Pergi gym pakai dress
Walau bagaimanapun, penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul Aina Abdul telah mematahkan stereotaip itu dengan hadir ke gimnasium dengan memakai dress labuh serta tidak ketat sama sekali.
Rileks dan bersahaja, Aina mampu sahaja mengangkat dumbbells dan bersenam seperti biasa tanpa perlu menggayakan baju sukan yang ketat ataupun mendedahkan bentuk fizikalnya.
Posting tersebut juga disertakan dengan kapsyen mengatakan yang dia hadir ke gimnasium selepas bekerja dan terserempak dengan penyanyi lelaki, Syamel yangg turut berada di sana.
Perkongsian video di Intagram penyanyi itu telah mendapat pelbagai maklum balas positif daripada rakan selebriti dan juga warganet. Rata-rata memuji penampilan Aina yang masih lagi menjaga penampilan walaupun sedang bersenam.
Foto Via Instagram Aina Abdul
Tidak dinafikan Aina memang sering tampil dengan gaya unik yang pastinya mencuri mata peminat. Apa-apa pun penampilan Aina di Gym ini memang cool dan patut dipuji!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!