Ramai kurang menyedari betapa Ramadan ini, bulan yang sangat indah. Siangnya kita berpuasa manakala malam pun bersolat terawih yang hanya akan dinikmati setahun sekali.

Ramadan bulan keampunan, bulan penuh kerahmatan dan malam seribu bulan iaitu di mana sangat bertuah jika kita bertemu malam Lailatulqadar. Namun sesetengah dari kita mungkin sibuk membicarakan apa juadah untuk berbuka, tidak bangun sahur atas alasan mengantuk dan siangnya tidak menjaga telinga, mata dan mulut dari berkata yang baik. Ternyata kita akan rugi seruginya jika tidak memanfaatkan Ramadan ini dengan sebaik-baiknya kerana belum tentu usia kita bertemu Ramadan yang akan datang.

Puasa Seperti ULAR  Atau ULAT! Kita Yang Mana Satu?

Puasa Seperti ULAR  Atau ULAT! Kita Yang Mana Satu?

Memetik sebuah perkongsian dari PONDOK HABIB, mengenai dua binatang iaitu ULAR & ULAT boleh memberikan kita seribu pengajaran.

BERPUASALAH SEPERTI ULAT, JANGAN SEPERTI PUASA ULAR

Kewajiban puasa sesungguhnya tidak hanya diwajibkan kepada manusia saja. Beberapa jenis makhluk hidup melakukan puasa sebelum mendapatkan kualiti dan biologi hidupnya. Contohnya puasa induk ayam yang mengeram sehingga berubah telur menjadi makhluk baru yang berbeza bentuk yang disebut anak ayam.

Di antara puasa haiwan yang dapat kita ambil pelajaran agar puasa kita mencapai darjat taqwa, ialah puasa ULAR dan puasa ULAT.

IKLAN

Puasa Seperti ULAR  Atau ULAT! Kita Yang Mana Satu?

PUASA ULAR

Agar ular mampu menjaga kelangsungan hidup, salah satu yang mesti dilakukan adalah menggantikan kulitnya secara berkala.
Ular tidak dapat menanggalkan kulit lama serta merta. Ia mesti BERPUASA tanpa makan dalam tempoh waktu tertentu. Setelah PUASANYA TUNAI, kulit luar terlepas dan muncullah kulit baru.

Hikmahnya:
1. WAJAH ular sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
2. NAMA ular sebelum dan sesudah puasa tetap sama yakni ULAR.
3. MAKANAN ular sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
4. CARA BERGERAK sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.
5. TABIAT dan SIFAT sebelum dan sesudah puasa tetap SAMA.

Puasa Seperti ULAR  Atau ULAT! Kita Yang Mana Satu?

IKLAN

Puasa Seperti ULAR  Atau ULAT! Kita Yang Mana Satu?

PUASA ULAT

Ulat atau lebih tepat “ulat bulu” adalah termasuk serangga paling rakus kerana hampir sepanjang waktu hidupnya dihabiskan untuk makan. Tapi bila sudah bosan makan, ia lakukan perubahan dengan cara berpuasa

Puasa yang benar-benar dipersiapkan untuk mengubah kehidupannya. Untuk itu ia mengasingkan diri, badannya dibungkus rapat dan tertutup dalam kepompong sehingga tak dapat lagi melampiaskan hawa nafsu makannya.

Setelah berminggu-minggu puasa, maka keluarlah dari kepompong seekor makhluk baru yang sangat indah bernama RAMA-RAMA.

IKLAN

Hikmahnya:
1. WAJAH ulat sesudah puasa berubah INDAH MEMPESONA
2. NAMA ulat sesudah puasa berubah menjadi RAMA-RAMA.
3. MAKANAN ulat sesudah puasa berubah MENGHISAP MADU
4. CARA BERGERAK ketika masih jadi ulat menjalar, setelah puasa berubah TERBANG di udara.
5. TABIAT dan SIFAT berubah secara total. Ketika masih jadi ulat menjadi perosak alam pemakan daun. Selepas menjadi kupu-kupu menghidupkan dan membantu kelangsungan kehidupan tumbuhan dengan cara membantu PENDEBUNGAAN.

Beza dari susut Kiasan makna

‘ULAR’ – Orang yang Sebelum, Semasa, Selepas puasa di bulan Ramadhan, sikap dan amalannya SAMA sahaja buat keburukan dan kekejian dan tiada perubahan ke arah kebaikan maka tiada beza ia dengan sifat seperti Ular. Semua keadaan sama sahaja seperti seolah-olah tiada apa manfaat melainkan penat menahan lapar dan dahaga sahaja.

ULAT – Orang yang Sebelum, Semasa, Selepas puasa Ramadhan ia menjurus ke arah semakin baik dan cantik amalannya maka ia seperti Ulat yang Sebelum dan Selepasnya berubah ke arah yang lebih baik dan semakin cantik keadaannya.

Ibrah pengajarannya

Semoga ibadah puasa kita mampu menghijrahkan diri kita agar semakin taqwa dan mampu “khairunnas anfa’uhum linnas” (sebaik-baik manusia ialah yang dapat memberikan manfaat bagi manusia lainnya). Puasa kita tidak mengubah fizikal secara ketara seperti ulat, tetapi mampu mengubah secara ketara pada Rohani kita. Semoga puasa kita diterima Allah SWT… Aamiin Allahumma Aamiinnn

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI