
Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura baru-baru ini mendapat kritikan ‘pedas’ mengenai kualiti nyanyiannya, selepas penampilannya dalam sebuah program di Jakarta.
Sehubungan dengan itu, aktor berpengalaman, Rashidi Ishak, menasihatkan pengurus Fazura untuk mencari seorang guru vokal bagi membantu aktres itu mengasah lagi kemahiran nyanyiannya agar lebih baik.
BACA: “Fazura Sedih, Hampir Setiap Malam Menangis..” -Pengurus, Iman Tang

“Saya menonton persembahan Fazura dalam sebuah program di Jakarta. Pengurusnya perlu memberitahu dia untuk mendapatkan jurulatih vokal kerana dia ‘tone deaf’.
“Genre balada bukan mudah untuk dinyanyikan. Apatah lagi lenggok Melayu,” kata Rashidi menerusi hantaran dalam media sosial.
Kata pelakon drama popular Kampung People itu lagi, dia menjelaskan bahawa ilmu vokal sebenarnya boleh dipelajari dengan latihan yang intensif dan yakin dengan usaha yang berterusan, Fazura boleh meningkatkan lagi kualiti nyanyiannya.


“Nyanyian boleh dipelajari. Nyanyian hebat memerlukan masa untuk berlatih. Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berkata semasa dia masih muda dia berlatih menyanyi lapan jam sehari atau sebagainya.
“Jadi saya yakin Fazura boleh. Sama ada dia mahu atau tidak, itu terpulang padanya,” ujarnya salah seorang ahli kumpulan The Joy Maker itu.
Penampilan Fazura di Jakarta pada Selasa lalu merupakan yang pertama selepas perceraian dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu. Dalam program tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata itu memperkenalkan single terbaharunya, Bertahan Demi Cinta, yang sebelum ini merupakan sebuah duet bersama Fattah.

Persembahan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai yang memberikan nasihat agar Fazura menilai semula potensi karier nyanyiannya.
Lagu Bertahan Demi Cinta mendapat perhatian ramai selepas dilancarkan sejurus selepas Fazura dan Fattah mengumumkan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Pasangan tersebut berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
ESCAPE Indoor Theme Park Bakal Dibuka Di Paradigm Mall, Sesuai Untuk Weekend Getaway Korang
Selepas taman tema ESCAPE Penang dibuka kira-kira tiga tahun yang lalu, kini korang bakal menikmati pusat rekreasi indoor yang bakal dilancarkan di Paradigm Mall, Petaling Jaya.
Dengan lebih daripada 100 buah kedai dan 50 restoran yang terdapat dalam shopping mall tersebut, selepas ini korang juga boleh beriadah bersama keluarga dalam satu pit stop sahaja. Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air. Hiks!

Bertempat di bersebelahan Lebuhraya Damansara-Puchong, kami pasti ESCAPE Challenge Indoor Theme Park ini akan mendapat sambutan yang baik dari individu yang tinggal berhampiran Lembah Klang. Aktiviti hujung minggu korang boleh diisi dengan melakukan riadah sihat bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.

Tempat ini menyediakan aktiviti-aktiviti seperti flying trapeze, ziplines, wall climbing, reverse bungee dan banyak lagi. Semuanya lebih kurang seperti di ESCAPE Penang.
Dah tak perlu nak pergi jauh-jauh lagi, selepas ini korang hanya perlu ke Paradigm Mall untuk menikmati keseronokan dalam melakukan aktiviti lasak. Tambahan pula, ianya dibina di dalam shopping mall, jadi kuranglah sikit rasa terik mentari tu kan. Hiks!
Namun begitu, tarikh perasmian masih belum diumumkan.
Sumber: KL Foodie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Filem Korea Berkisarkan Tentang Depresi, Sarat Dengan Mesej Berguna
Masalah depresi bukanlah suatu hal yang baru. Dah banyak kes bunuh diri yang selalu kita dengar berpunca daripada depresi.
Ada yang menganggap ianya adalah hal biasa, namun jika tidak diberi kesedaran kepada masyarakat, mungkin lebih ramai yang menghadapi masalah depresi ini akan memilih jalan yang salah untuk mengakhiri kehidupan mereka.
Antara usaha yang dilakukan oleh penggiat filem adalah dengan menerbitkan cerita-cerita yang membawa mesej berkaitan dengan hal depresi.
Berikut kami senaraikan antara 5 filem Korea yang berkisarkan tentang masalah depresi.
1. Student A
Dibintangi oleh Suho EXO dan Kim Hwan Hee, filem ini mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah, Jang Mi Rae yang bersikap introvert dan memiliki masalah dirumahnya. Ibu dan ayahnya sering memukulnya hanya kerana perkara remeh. Disebabkan itu, Mi Rae melepaskan kesedihannya dengan bermain game online.
Dia bertemu dengan kawan lelaki di dunia virtual, Jae Hee yang turut mempunyai masalah sama sepertinya. Oleh kerana tidak bahagia dengan kehidupan, mereka selalu melakukan perkara-perkara yang belum pernah dibuat sebelum memutuskan untuk bunuh diri.
Ada satu pesanan yang dituls oleh Jae Hee kepada Mi Rae sehingga membuatkan gadis itu menangis teresak-esak.
2. After My Death
Mengisahkan tentang misteri kehilangan seorang pelajar yang bernama Kyung Min yang didakwa telah membunuh diri. Seorang rakannya, Young Hee terlihat di CCTV sedang bersama Kyung Min sehari sebelum kehilangannnya.
Ibu Kyung Min selalu bertanya tentang anaknya kepada Young Hee dan menudug bahawa Kyung Min telah dibunuh olehnya. Teman sekolah Young Hee juga turut membuli gadis itu dan menyebabkan dia menjadi tertekan lalu cuba untuk membunuh diri.
3. Spring, Again
Filem yang dibintangi oleh Lee Chung Ah dan Hong Jong Hyun mengisahkan tentang Eun Jo yang mengambil keputusan untuk membunuh diri akibat depresi selepas kehilangan anak tunggalnya.
Satu hari, saat ibu ini bangun tidur, dia merasakan bahawa dirinya berada di hari kelmarin. Keesokan harinya, selepas bangun dari tidur juga, dia berada di hari sebelum kelmarin. Eun Jo merasa garis waktu hidupnya berjalan terbalik.
Kemudian, wanita ini bertemu dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Ho Min. Lelaki inilah yang memegang kunci daripada segala misteri perjalanan waktu Eun Jo.
4. A Single Rider
Berkisarkan tentang seorang lelaki, Kang Jae Hoon yang terpaksa berpisah dengan isteri dan anaknya di Australia kerana menginginkan kehidupan yang lebih baik buat keluarganya. Selepas gagal dalam pekerjaannya, lelaki tersebut ingin menyusul ke Australia namun mendapati isterinya curang bersama lelaki lain.
Jae Hoon membawa diri dan berjumpa dengan seorang wanita yang menjadi mangsa penipuan. Mereka berdua saling mengambil berat diantara satu sama lain, namun rasa depresi Jae Hoon membuatkan dirinya ingin mengakhiri hidup.
5. The End of April
Filem bergenre thriller ini mengisahkan tentang seorang wanita yang seang mempersiapkan dirinya untuk menghadapi ujian menjadi pegawai negeri. Disebakan tidak mempunyai wang yang banyak, akhirnya Hyun Jin memtuskan untuk berpindah ke sebuat apartment tua dan berjiran dengan sebuah keluarga seorang gadis remaja bernama Joo Hee yang dianggap aneh.
Kehidupan keluarga Joo Hee yang diuji dengan pelbagai masalah sehinggalah suatu kisah misteri terungkai.
Semoga dengan menonton filem-filem ini dapat memberi kesedaran buat semua akan betapa pentingnya kita sebagai kawan, keluarga mahu pun masyarakat untuk memberi bantuan kepada individu yang depresi.
Dengan hanya mendengar keluhan mereka pun sebenarnya sedikit sebanyak dalam membantu meringankan beban yang ditanggung.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lisa BLACKPINK Sambut Hari Lahir Ke-25 Di Thailand, Bahagia Disamping Tersayang
Semalam, Lisa BLACKPINK atau nama asalnya Pranpriya Manoban, telah pun menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25.
Kebiasaan bagi selebriti popular, mereka akan menerima hadiah daripada para peminat dan aktor dari Korea Selatan ini tidak terkecuali. Menariknya Lisa turut meraikan hari istimewanya bersama keluarga di Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN : Jarang ‘Expose’ Di Media Sosial, Ini Wajah Ibu Lisa BLACKPINK Yang Tinggal Di Thailand
Menerusi muat naik Instagram @lalalalisa_m, Lisa BLACKPINK memuat naik fotonya memakai mini dress berwarna biru muda di sebalik hiasan hari jadi yang dipenuhi belon berwarna pastel.
Terdapat juga hiasan lampu bernombor 25 yang menandakan usianya menjengah ke angka itu.
Dalam perkongsian gambar yang dikongsikan oleh Lisa BLACKPINK, terdapat dua biji kek hari jadi yang telah disediakan. Idola kelahiran 1997 itu tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya. Lisa BLACKPINK meluahkan perasaannya kerana dapat meraikan hari lahirnya di Thailand.
“Saya sangat gembira kerana tahun ini saya dapat menghabiskan hari lahir saya bersama keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih semua orang kerana menjadikan hari lahir saya begitu istimewa,” tulis Lisa BLACKPINK di kapsyen.
Ala Princess Di Hari Lahir
Dalam entri yang lain, Lisa BLACKPINK berkongsi foto menawan dalam The Sky Blue Set, dengan butiran ‘pom’ pada bahagian atas dan skirt. Koleksi pakaian jenama berpangkalan di New York, Lirika Matoshi, bernilai 1,900 dolar.

Lisa BLACKPINK kelihatan cantik dengan gaya rambut ‘pony tails’. Majlis hari jadi Lisa BLACKPINK turut dihadiri pelakon cantik Thailand Diana Flipo yang memakai gaun biru pastel. Sebelum ini, Diana Flipo ada memuat naik video yang mengejutkan BLACKPINK Lisa dengan membawa kek brownies dan menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’.
มีคลิปน่ารักๆมาฝากทุกคนค่ะ🤗💕 น้องน้อย เจ้าความสดใสของฉัน🌻 #SuperstarLalisaDay pic.twitter.com/hCAPKNmZ5j
— Diana Flipo (@RealDianaflipo) March 27, 2022
Momen gembira Lisa BLACKPINK tidak lengkap tanpa foto bersama keluarganya. Ibu Lisa BLACKPINK turut berkongsi potret keluarga pada hari lahir anak perempuannya melalui muat naik Instagram @chitthipbruschweiler

Pergh, bestnya jadi Lisa sambut birthday bersama yang tersayang. Hiks!
BACA LAGI : Lisa BLACKPINK Dinobatkan Sebagai Wanita Tercantik Di Dunia 2021
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Instagram
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

