
Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura baru-baru ini mendapat kritikan ‘pedas’ mengenai kualiti nyanyiannya, selepas penampilannya dalam sebuah program di Jakarta.
Sehubungan dengan itu, aktor berpengalaman, Rashidi Ishak, menasihatkan pengurus Fazura untuk mencari seorang guru vokal bagi membantu aktres itu mengasah lagi kemahiran nyanyiannya agar lebih baik.
BACA: “Fazura Sedih, Hampir Setiap Malam Menangis..” -Pengurus, Iman Tang

“Saya menonton persembahan Fazura dalam sebuah program di Jakarta. Pengurusnya perlu memberitahu dia untuk mendapatkan jurulatih vokal kerana dia ‘tone deaf’.
“Genre balada bukan mudah untuk dinyanyikan. Apatah lagi lenggok Melayu,” kata Rashidi menerusi hantaran dalam media sosial.
Kata pelakon drama popular Kampung People itu lagi, dia menjelaskan bahawa ilmu vokal sebenarnya boleh dipelajari dengan latihan yang intensif dan yakin dengan usaha yang berterusan, Fazura boleh meningkatkan lagi kualiti nyanyiannya.


“Nyanyian boleh dipelajari. Nyanyian hebat memerlukan masa untuk berlatih. Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berkata semasa dia masih muda dia berlatih menyanyi lapan jam sehari atau sebagainya.
“Jadi saya yakin Fazura boleh. Sama ada dia mahu atau tidak, itu terpulang padanya,” ujarnya salah seorang ahli kumpulan The Joy Maker itu.
Penampilan Fazura di Jakarta pada Selasa lalu merupakan yang pertama selepas perceraian dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu. Dalam program tersebut, ibu kepada seorang cahaya mata itu memperkenalkan single terbaharunya, Bertahan Demi Cinta, yang sebelum ini merupakan sebuah duet bersama Fattah.

Persembahan tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai yang memberikan nasihat agar Fazura menilai semula potensi karier nyanyiannya.
Lagu Bertahan Demi Cinta mendapat perhatian ramai selepas dilancarkan sejurus selepas Fazura dan Fattah mengumumkan perceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Pasangan tersebut berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Level Psycho Filem Ma Boleh Buat Korang Jerit Dalam Wayang, Rugi Kalau Tak Tonton

“When MA ain’t happy, ain’t no one happy!”.. Nah, dengar ungkapan macam tu je pun dah boleh buat kita seram. Apa sebenarnya maksud disebalik kata-kata tersebut?
MA, sebuah filem psycho thriller yang menceritakan tentang kehidupan lonely seorang wanita yang bernama Sue Ann. Tidak pernah berpeluang mempunyai pergaulan bersama rakan sebaya, Sue Ann mengambil kesempatan apabila disuruh oleh seorang remaja, Maggie untuk membelikan minuman keras buat dia dan rakan-rakannya.

Situasi ini telah membuka ruang untuknya bergaul dan mencari teman dikalangan anak-anak muda. Dia bersetuju untuk membenarkan mereka melepak dan minum di rumahnya. Peraturan yang dikenakan adalah mereka tidak boleh mabuk, melontarkan kata-kata kesat, tidak boleh naik ke tingkat atas dan semua orang perlu memanggilnya Ma.
Dalam kegembiraan mereka, rupanya tersimpan sebuah kisah yang mengungkap semula kenangan remaja Sue Ann.
Lakonan mantap
Lakonan Octavia Spencer harus diberi pujian kerana berjaya menghidupkan watak Ma dengan baik. Dah nama pun filem psycho, sudah tentu ekspresi wajah sangat memainkan peranan penting dalam membawa mood perempuan psycho.

Pada permulaan cerita, semuanya nampak seperti baik-baik saja. Korang pun macam akan rasa wow, ‘sporting’ gila MA ni. Yes, tidak dinafikan watak baik Ma yang memahami jiwa muda dan open minded ini membuatkan Maggie dan rakan-rakannya selesa untuk berhibur dirumahnya.
Rupa-rupanya baik ada makna, hm..
Level of psycho

Kalau nak bandingkan dengan filem psycho yang lain, level ‘gila’ filem ini tidaklah tinggi mana pun. Tapi.. masih mampu buat korang menjerit dalam panggung wayang.
Di kemuncak filem ini barulah korang dapat merasakan debaran dengan melihat kerja gila yang dilakukan oleh Ma.
Apa yang dibuat agaknya?
Ala, kalau bagi spoiler banyak sangat tak best la kan. Apa kata korang tonton sendiri filem ini yang akan ditayangkan bermula 25 Julai 2019 di seluruh pawagam tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Fasih ‘British Accent’ Tuai Pujian Netizen, Puteri Balqis Rujuk British Council & Youtube

Pelakon berbakat besar, Puteri Balqis tidak menyedari kefasihannya bertutur dalam Bahasa Inggeris menggunakan ‘British Accent’ menjadi tular dan menuai pujian ramai.
Berkata kepada Remaja. Balqis yang mesra dengan panggilan Aqish memaklumlam ilmu Bahasa Inggeris penting dan boleh digunakan pada bila-bila masa, terutama ketika di luar negara.
“Saya tak tahu ia tular. Google News pun saya tutup. Saya bersyukur apabila diterima kerana sesetengah orang menganggap, bercakap Bahasa Inggeris ini, bongkak.

“Tidak. la sebenarnya pendidikan dan pendidikan itu amat penting. Banyak pekerjaan memerlukan kita bercakap dalam Bahasa Inggeris. Contohnya, takkan kita nak pergi Sepanyol cakap Bahasa Melayu,” katanya.
Pada masa sama, pelakon berusia 17 tahun itu juga memberitahu ibu tercintanya menjadi individu utama dalam mendorong untuk memajukan diri untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris.
“Memang dari kecil, saya berulang kali menulis topik sama dalam Bahasa Inggeris. Tahap kesungguhan ibu saya sampaikan, buku yang kita beli kedai itu, contohnya, huruf A, dia akan tulis semua perkataan yang bermula dengan huruf A sahaja.
“Dia akan bagi saya conteng dinding, tulis perkataan Bahasa Inggeris. la susah, tapi berbaloi. Waktu kecil, Bahasa Inggeris saya biasa.

“Tetapi, bila dah semakin membesar, saya banyak menonton YouTube dan sebagainya untuk perbaiki. Selain saya juga sebenarnya belajar di British Council Malaysia dan dikelilingi dalm kalangan rakan berbangsa Inggeris,” tuturnya lagi.
Dalam pada itu, Aqish berkongsi nasihat kepada mereka yang malu mahupun tiada keyakinan untuk berbahasa Inggeris, sentiasa teruskan usaha walaupun dikecam yang berada di sekeliling.
“Bila dikelilingi oleh orang yang positif, kita salah cakap pun, mereka akan betulkan. Sebenarnya, bergantung kepada persekitaran kita.
“Kalau kita dikelilingi orang-orang negatif, kita cakaplah Bahasa Inggeris sefasih mana pun, mereka akan dikeji.

“Jadi, nasihat saya sekiranya anda dikelilingi oleh orang-orang yang berfikiran negatif, teruskan bercakap dalam Bahasa Inggeris sebab pendidikan sangat penting dan kamu sedang lakukan yang terbaik,” kongsinya.
Ditanya sama ada dia akan menerima tawaran lakonan sekiranya ditawarkan untuk berlakon dalam karya Bahasa Inggeris di luar negara, pelakon naskhah popular Rampas Cintaku itu berkata, dia ingin selesaikan tugasnya di tanah air terlebih dahulu.
“Saya nak habiskan tugas saya dalam Malaysia dahulu. Insya-Allah, kalau ada tawaran, saya akan terima. Tapi, saya takkan lupa asal usul saya,” ujarnya ringkas.
Terbaharu, drama lakonannya berjudul Terlanjur Cinta ditayangkan di platform Viu. Selain Aqish, drama itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Datin Umie Aida, Syafi Tee, Khir Rahman dan ramai lagi.
SUMBER FOTO: Instagram Puteri Balqis
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
The Unholy Papar Kisah Si ‘Penunggang Agama’ Katolik, Penuh Dengan Suspen

Sebuah lagi filem seram bakal menemui penonton di pawagam pada 15 April ini, The Unholy yang diadaptasi berdasarkan novel popular ‘Shrine’ karya James Herbert.
Filem yang dibintangi oleh Jeffrey Dean Morgan, Katie Aselton, William Sadler, Cricket Brown, Diogo Morgado, Cary Elwes menceritakan tentang seorang wartawan yang bernama Gery Fenn cuba untuk menghidupkan kembali kerjayanya dan berhijrah ke bandar kecil New England untuk menyiasat.

Fenn menemui seorang gadis muda yang cacat pendengaran dikenali sebagai Alice. Namun selepas dikunjungi ‘Virgin Mary’, dia mampu mendengar, berbicara dan menyembuhkan penyakit. Berita mengenainya tersebar, dan ramai orang datang untuk melihat keajaibannya.
Daripada keajaiban itu rupa-rupanya tersembunyi sebuah rahsia yang dapat dirungkai oleh lelaki itu. Fenn berusaha untuk membantu Alice dan masyarakat di sekitar Benfield agar tidak terpedaya dengan ‘Virgin Mary’ itu.

Filem ini memaparkan kepercayaan yang dianuti oleh agama Kristian yang menyanjung ‘Bonda Tuhan’ mereka iaitu Mary. Marry dianggap mampu memberikan keajaiban kepada masyarakat yang mempercayai kewujudannya dan melihatkan kepada penyembuhan Alice dan seorang lagi kanak-kanak lelaki cacat yang sudah boleh berjalan, ramai yang menyanjung dan memuja ‘Bonda Tuhan’ itu.
Jalan cerita filem ini boleh dikatakan straight forward dan tidak akan membuatkan penonton tertanya-tanya kerana semuanya telah disusun dengan baik. Pada mulanya, kami juga terfikir apakah konflik filem ini kerana diawalnya semuamya seperti ‘baik-baik’ sahaja. Bermula dengan agak perlahan, The Unholy berjaya mengalihkan semula perhatian penonton untuk lebih fokus melihat apakah yang akan berlaku seterusnya.

Apa yang menariknya, diakhir filem ini ada tertulis mesej yang bermaksud lebih kurang “jangan mempercayai musang berbulu ayam yang menggunakan agama untuk memperdayakan orang lain”. Tiba-tiba kami terfikir tentang isu yang sering disebut oleh masyarakat Malaysia, si ‘penunggang agama’. Tak sangka pula ‘mat salleh’ pun ada yang ‘menunggang agama’. Hiks!
Jangan lupa saksikan The Unholly yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 15 April 2021. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

