Tidak keterlaluan jika kami rasakan tidak sah sekiranya acara Anugerah Juara Lagu (AJL) tidak disertakan dengan ramalan pemenang oleh selebriti dan usahawanita terkenal, Noor Neelofa.
Saban tahun, Neelofa tampil menghiburkan pengikutnya di media sosial dengan para penyanyi atau lagu-lagu yang dirasakannya mampu menggondol trofi paling berprestij dalam industri nyanyian tanah air. Dan setiap kali itu juga, ramalannya pasti mengena!
Jangan main-main dengan ‘Nujum Neelofa’ tau. Hehe..
Memasuki tahun keenam ramalannya, Neelofa kembali dengan beberapa nama sempena AJL37 pada malam ini.
Ads
Menerusi akaun Twitter beliau, Neelofa merasakan tahun ini sewajarnya memberi pengiktirafan kepada penyanyi, pelakon dan pengacara versatil, Alif Satar.
“Satu lagi tahun, satu lagi ramalan. Jadi saya menyokong dan berharap agar Alif Satar berada dalam kedudukan Top 3 di AJL 37. Bakat dan versatiliti beliau adalah chef’s kiss,” ciap beliau.
Alif Satar
Sambil itu, beliau juga meramalkan pelantun lagu Terus Hidup, Aina Abdul untuk membawa pulang salah satu trofi yang dipertandingkan pada malam ini.
“Not forgetting the amazing Aina Abdul, she has it in the bag!”
Another year, another prediction! So I’m rooting and hoping Alif Satar will be in the top 3 of #AJL37. His talent and versatility is chef’s kissss. Not forgetting the amazing Aina Abdul, she has it in the bag!
Dalam pada itu, bukan hanya Neelofa yang membuat ramalan peribadi bagi AJL 37 tetapi juga penyanyi nombor satu negara serta pemilik beberapa trofi kejuaraan AJL sendiri, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Ads
Siti yang mesra dengan panggilan TokTi turut merasakan tuah boleh berpihak kepada Aina, bagaimanapun dia perlu membuktikan bahawa vokalnya adalah yang terbaik di antara yang terbaik memandangkan Ernie Zakri dan Marsha Milan juga bertanding.
Maklumlah, ketiga-tiga penyanyi itu pernah bergelar pemenang kategori Vokal Terbaik pada edisi-edisi sebelum ini.
Aina Abdul
“Lagu mereka saya tak dengar selalu, jadi tidak boleh hendak bagi ramalan. Saya juga tidak dengar keseluruhan lagu dipertandingkan, susah untuk buat ramalan.
“Tetapi vokal saya tahu…,” katanya sewaktu sesi Instagram Live beliau pada malam Jumaat lalu.
Ads
Haa, adakah ramalan kedua-dua selebriti tempatan ini akan menjadi realiti? Sama-sama kita saksikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang Hollywood sama ada pelakon, penyanyi atau ikon fesyen terkenal akan sentiasa menjadi perhatian dunia. Populariti mereka yang mengjangkau skala global membuatkan apa sahaja gaya yang ditonjolkan pasti akan mendapat perhatian media dan peminat,
Selain fesyen pakaian, gaya rambut selebriti Hollywood juga sering diperhatikan. Dan bagi bintang Hollywood mereka kebanyakan daripada mereka tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
Kadangkala sebab putus cinta pun mereka akan bertindak ekstrem menukar gaya rambut; kadangkala gaya yang buruk serta mampu buat ramai orang tertanya… WHY?!!
Kali ini Remaja ingin kongsikan 10 gaya rambut terburuk pernah digayakan oleh bintang Hollywood. Jom kita saksikan siapa yang kena. Hiks!
1. Lady Gaga
Dengan potongan tanpa rambut berbentuk ‘V’ terbalik, Lady Gaga pernah menggayakan potongan ini sebagai tribute kepada kawan rapatnya, Terry Richardson yang kematian ibu. Niat yang baik tapi sorry Lady Gaga. Gaya rambut ini memang teruk.
2. Kelly Orbourne
Anak kepada legenda rock Ozzy Osbourne ini memang tidak takut untuk bereksperimen. Namun gaya rambut edgy begini hanya sesuai bagi mereka yang memiliki wajah ‘bersegi’. Maaf ya Kelly, rambut ini buat wajah kamu nampak lebih ‘bulat’.
3. Scarlett Johansson
Siapa sangka the famous Black Widow pernah berjalan di atas karpet merah menggayakan rambut mullet seperti ini. Walaupun bergelar sebagai salah seorang Avengers, namun tiada siapa pun dapat menyelamatkan Scarlett daripada gaya rambut begini!
4. Mena Suvari
Bintang pelakon filem komedi ‘American Pie’, Mena Suvari pernah muncul dengan rambut seperti bebola rambut yang dimuntahkan oleh kucing. Dan lebh memburukkan keadaan lagi ialah penggunaan bulu pelepah burun atau ayam yang diselitkan di celah telinga.
5. Ke$ha
Suatu ketika dahulu nama Ke$ha sentiasa menjadi sebutan peminat muzik. Dan dengan populariti itu dia sentiasa muncul dengan berbagai ragam gaya. Namun kemunculannya dengan rambut ‘cacak’ yang seakan terkena renjatan elektrik membuatkan ramai yang terlopong. Takpelah dik, janji confident!
6. Robert Pattinson
The glittering vampire aka Edward Cullen aka Robert Pattinson ialah antara pelakon British paling popular terutamanya di kalangan peminat wanita. Gaya seperti rambut tak siap digunting. Kenapa dia tak potong bagi sampai habis je? Memang suka buat kerja tak habis ek?
7. Zayn Malik
Ini gaya rambut Zayn Malik yang terbaru! Aduhai… adakah ini disebabkan perpisahannya dengan supermodel, Gigi Hadid? Sudahlah tempoh hari beli rumah bernilai puluhan juta ringgit, rombak album kedua dan terbaru tukar gaya rambut jadi warna hijau. Peminat Zayn di Instagram ternyata cukup berbelah bahagi dengan gaya rambutnya begini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain kesihatan mental dan fizikal, seorang penyanyi juga perlu menjaga suara dengan baik kerana itu aset buat mereka.
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh seorang penyanyi demi menjaga pita suara mereka dan salah satunya mengamalkan minuman dan makanan secara tradisional.
Terbaru, tular satu video di Tiktok penyanyi kelahiran British, Zayn Malik menunjukkan salah satu minuman yang diamalkannya bagi menjaga suaranya.
Menerusi video singkat yang dimuat naik itu, bekas ahli kumpulan One Direction itu menyatakan bahawa dia mengamalkan satu minuman rasanya seperti madu. Zayn juga menunjukkan minuman yang diamalkan dan menyatakan ia adalah ‘eliksir istimewanya’.
“Ini seperti madu dari China. Ia sangat bagus untuk pita suara anda. Saya namakannya sebagai eliksir istimewa”
“Saya bawa ini ke mana saja saya pergi terutama untuk bernyanyi… campurkan dengan sedikit air, memang best…”
Dalam pada itu, ia telah meraih perhatian rakyat Malaysia apabila melihat minuman yang diamalkan penyanyi itu merupakan ubat batuk dari jenama popular yang dikenali warga tempatan.
Rata-rata mereka berasa lucu dan tidak menyangka ubat batuk jenama itu turut diamalkan penyanyi antarabangsa ini. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mengamalkan ubat batuk ini turut berkesan kepadanya untuk melegakan sakit tekak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa apabila lagu hitnya, Anta Permana, dipilih oleh Raja Charles III untuk dimasukkan dalam senarai ‘playlist’ peribadi baginda.
Lagu yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza itu kini menjadi sebahagian daripada program The King’s Music Room di Apple Music. Program ini bertujuan untuk menghimpunkan karya muzik dari negara-negara Komanwel dalam meraikan kepelbagaian muzik dunia.
Lebih membanggakan, Biduanita Negara initersenarai bersama nama-nama besar dunia seperti Beyonce, Bob Marley, Kylie Minogue, dan Grace Jones. Kejayaan ini jelas membuktikan bahawa keunikan muzik Nusantara kini semakin diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Anta Permana, sebuah lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini, diluncurkan pada tahun 2018 dan menjadi pilihan Raja Charles III untuk mewakili muzik dari Malaysia.
Senarai lagu yang dipilih dalam The King’s Music Room menggambarkan selera muzik baginda yang luas, merangkumi pelbagai era dan genre seperti Afrobeats, reggae, dan pop kontemporari.
“Sepanjang hidup, muzik memberi makna besar buat saya.
“Itu semua bukan sekadar hiburan, tetapi mampu mengembalikan kenangan, memberi ketenangan dan menyatukan kita dalam kegembiraan,” kongsi Raja Charles III dalam siaran khas.
Rakaman The King’s Music Room diadakan di Istana Buckingham, memaparkan perjalanan muzik yang turut membentuk pengalaman dan memori peribadi baginda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!