Bekas finalis Idola Kecil & penyanyi popular, Ben Ladin, kini bergelar bapa di usia muda! Penyanyi lagu Hikayat Benladin itu umum berita gembira menerusi Instagram, sekaligus buat ramai peminat terkejut — dalam masa yang sama, ramai juga ucapkan tahniah.

Ben, atau nama sebenar Muhammad Benladin Bin Noor Rahman, 24, kongsi gambar bayi lelaki comel yang mesra dipanggil Baby J bersama kapsyen ringkas,
“Now dah ada Baby J..”

Ramai Terkejut Tapi Happy Untuk Ben!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BENLADIN (@mohd_benladin)

Assalammualaikum, pewarisku tercinta , Alhamdulillah isteri saya Anna Syida telah selamat melahirkan bayi kami.

Terima kasih kepada anda yang telah banyak mendoakan.

“Now Dah Ada Baby J..” Ben Ladin Selamat Bergelar Bapa Di Usia 24 Tahun

Menerusi hantaran yang sama, penyanyi berusia 24 tahun turut menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat isterinya kerana telah melahirkan zuriat mereka.

Terima kasih kepada isteri tercinta kerana telah melahirkan hadiah yang paling bermakna ini.

Saya hargai segala pengorbanan awak selama ini.

Ia satu perjalanan yang panjang buat kita berdua dan semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kita.

Daddy dan mummy sekarang dah ada ‘Baby J’, semoga anak soleh ini sentiasa dalam lindungan Allah.

Antara komen netizen:

“Wow dah ada anak, tahniah Ben Ladin! Semoga Baby J membesar sihat & jadi anak soleh.”
“Tak sangka Ben Ladin dah jadi ayah, rasa macam baru je tengok dia nyanyi zaman kecik.”

Sekadar info, Ben dan Anna telah mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu.

Ads

Pada Mac lalu, Ben mengumumkan berita gembira mengenai kehamilan isterinya melalui hantaran di IG. Untuk korang yang follow dia dari kecil sampai sekarang, confirm rasa macam “Eh, cepatnya masa berlalu!”

Tahniah sekali lagi Ben Ladin! Welcome to parenthood.

Sumber: IG Ben Ladin

Ads

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ads

 

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads