Kehadiran pelakon dan pengacara, Mira Filzah di dalam industri seni tanah air berlaku secara tidak disengajakan.
Menurut si cantik manis itu sewaktu diundang ke program Next To Neelofa yang dikeudara semalam di saluran Astro Ria, Mira mengimbas kenangan langkah pertama sebagai seorang selebriti bermula daripada percubaan di uji bakat pencarian Dewi Remaja!
Ya, pemilik nama penuh Nur Amirah Filzah binti Badioezaman ini pernah menjadi peserta pertama yang hadir di uji bakat pencarian Dewi Remaja 2014/2015 di mana salah seorang juri bertugas pada waktu itu tidak lain tidak bukan adalah penyandang gelaran itu sendiri, Noor Neelofa.
“I tak tahu jika you ingat ataupun tidak tetapi I pernah pergi ke uji bakat Dewi Remaja..,” soal Mira. Melihatkan kepada reaksi Neelofa, jelas beliau tidak begitu mengingati pernah mengadili Mira yang mencuba nasib pada tahun 2014.
“Masa itu, nombor I adalah 001 sewaktu uji bakat. You tanya soalan dekat I.. fasal charity atau something. I pun jawab dan I dapat kad bintang tu. Tetapi pada waktu itu I tidak dapat Top 20 yang disenarai pendek.”
Ads
Neelofa sewaktu menjadi juri undangan di uji bakat Dewi Remaja 2014/2015.
“Jadi I pernah join (Dewi Remaja) tetapi itu pun suka-suka (memandangkan) I hanya di (kampus) UiTM Shah Alam. Bolehlah, pergi saja suka-suka. Tiada niat pun nak popular atau berlakon selepas itu. Perlahan-lahan, tawaran yang datang dekat I,” imbas Mira yang cantik mengenakan busana serba merah rekaan Davis Paul Lister (DPL) KL.
Kerjaya lakonan Mira kemudian bertitik-tolak bersama Majalah Hijabista untuk sebuah projek kolaboratif dengan jenama syampu. Ia kemudiannya dijadikan sebagai drama digital berjudul Dunia Lola.
Pada ketika itu, Mira masih memberi fokus sepenuhnya pada pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa di UiTM. Mira bukan hanya mementingkan soal pendidikan, malah dia juga ingin memenuhi hasrat ibunya yang ingin melihat Mira bergelar graduan.
Ads
Hanya sesudah menyiapkan tesis, Mira mendapat kebenaran daripada ibunya untuk menerima tawaran drama televisyen di bawah produksi Zeel Production.
Balas Neelofa, permulaannya dalam industri sedikit berbeza daripada Mira. Neelofa terpaksa ‘menyorokkan’ kelibatnya sewaktu cuba menembus masuk ke dalam industri menerusi bidang peragaan dan tentunya, pencarian Dewi Remaja 2009/2010.
“Kan masa Dewi Remaja dahulu, dia tak bagi tahu kami (adik-beradik) masuk industri seni langsung. Setiap kali bertanding dan diberikan cabaran (Dewi Remaja) ataupun perlu buat kemunculan di apa-apa acara, (saya akan beritahu) ada ‘college event daddy’. Haa begitu,” kongsi ibu kepada Muhammad Bilal itu.
Ads
Apapun, kedua-dua jelitawan ini sudah pun berjaya dalam laluan masing-masing dan mempunyai jutaan pengikut yang sentiasa penyokong hala tuju mereka baik dalam kerjaya seni mahupun dalam bidang perniagaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan terkenal Korea Selatan, Koo Hye Sun, baru-baru ini mencuri perhatian apabila menerima pengiktirafan berprestij daripada KAIST dalam kategori Bakat Kreatif di mana beliau menjadi salah seorang daripada 19 individu dan pasukan yang dipilih dibawah strategi budaya KAIST, yang menilai kecemerlangan berdasarkan lima tonggak utama iaitu bakat kreatif, penyelidikan, globalisasi, penciptaan nilai teknologi serta kepercayaan dan komunikasi.
Memetik laporan media tempatan, pengiktirafan ini diraih Koo Hye Sun ketika sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di KAIST Graduate School of Future Strategy. Ia sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai figura serba boleh yang berjaya menyeimbangkan akademik, seni dan keusahawanan.
Lebih menarik, anugerah tersebut diterima seiring peluncuran inovasi terbarunya dalam industri kecantikan iaitu rol rambut jenis rata yang direka khusus sebagai alternatif lebih selesa dan mesra alam berbanding rol konvensional. Difahamkan, produk berkenaan menampilkan penggunaan plastik yang dikurangkan sehingga 80 peratus, menjadikannya seiring dengan tren kecantikan mampan yang semakin mendapat perhatian pengguna global.
Kredit foto: Koo Hye SunKredit foto: Koo Hye Sun
Di samping itu, rekaan rol rambut tersebut turut mengetengahkan konsep kecantikan sebagai sebahagian daripada naratif budaya, selaras dengan kecenderungan beliau yang sering menyatukan nilai seni dan fungsi praktikal dalam setiap projeknya. Sentuhan kreatif ini membolehkannya menonjol di tengah-tengah persaingan industri kecantikan Korea yang terkenal kompetitif.
Sejak ia dilancarkan, produk inovatif itu menerima reaksi positif daripada pengguna yang memuji reka bentuknya yang ‘stylish’ serta keselesaannya, walaupun tanpa mencubanya secara fizikal. Penerimaan awal yang menggalakkan ini turut dibantu oleh strategi pemasaran berasaskan gaya hidup yang menekankan elemen estetik dan kemudahan penggunaan.
Rol rambut tersebut kini boleh didapati melalui pelbagai platform runcit, baik dalam talian mahupun kedai fizikal. Ketersediaannya secara meluas dijangka meningkatkan lagi jenama yang diusahakan oleh pelakon yang popular menerusi drama Boys Over Flower dan Angel Eyes itu.
Kredit foto: Koo Hye SunKredit foto: Koo Hye Sun
Sementara itu, menerusi kejayaan produk serta pengiktirafan rasmi daripada KAIST, Koo Hye Sun terus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon kreatif yang versatil. Dedikasinya dalam menggabungkan reka bentuk mampan, inovasi teknologi dan kepekaan artistik membuktikan bahawa beliau bukan sekadar selebriti, tetapi seorang usahawan visioner.
Pencapaian terbaharu ini turut mengukuhkan reputasi beliau sebagai bintang inspirasi yang tidak gentar meneroka pelbagai bidang, sekaligus terus relevan dalam industri hiburan, akademik dan keusahawanan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang senang mandi dalam keadaan bogel. Lucut saja pakaian terus angkat gayung dan mandi sebelum keluar 10 minit kemudian.
Biar pun ada beberapa pandangan ulamak mengenai isu boleh atau tidak mandi bogel, Moderator Al-Quran & Penulis Buku, Ustaz Khairul Anuar berkata, perbuatan menutup tubuh dengan kain ketika mandi melatih sifat malu seorang individu.
Tidak digalakkan mandi bogel – Ustaz Khairul
Mengupas perbuatan kenapa tidak boleh mandi bogel, sebenarnya tiada kesepakatan yang jelas mengenainya tetapi menutup aurat ketika mandi lebih kepada soal adab.
“Perlu kita fahami, umur kecil adalah peringkat didikan terawal. Jika terlepas pendidikan seawal usia ini, maka kita akan terlepas peluang yang lebih besar,” katanya memulakan bicara.
“Dalam erti kata lain, jika kita membiarkan usia berlalu begitu sahaja, misalannya tidak menerapkan solat di usia anak tujuh tahun, begitu juga pada usianya 10 tahun dan seterusnya, maka kita akan terlepas peluang yang lebih besar kerana anak-anak akan semakin liat mendirikan solat kerana sudah tidak diajar dari kecil.
“Sama jugalah dengan ajaran menggunakan kain ketika mandi. Kalau diasuh dari kecil tentang malu, bila anak semakin besar dia akan rasa malu kalau tubuhnya terdedah begitu saja.
Teori jin menjilat tubuh adalah sesuatu yang boleh dipersoalkan
Apa yang penting ia lebih kepada adab sopan kita sebagai orang Islam,” katanya menjelaskan, jika anak tahu menjaga erti malu itu, bila dia keluar duduk di asrama, tinggal di universiti atau mandi-mandi di tempat awam, dia akan tahu menjaga malunya itu sekaligus akan menutup auratnya dengan sendiri,”katanya memberi huraian.
Bukan soal jin jilat tubuh telanjang tetapi lebih kepada adab menurut hukum Fekah – ustaz Khairul
Menyentuh soal malu yang harus ditanam dan wajib ada dalam diri seorang muslim, jelas Ustaz Khairul, menutup aurat ketika mandi itu digalakkan kerana kita menjaga adab kita dengan yang maha melihat iaitu Allah SWT.
“Ini samalah seperti tandas yang mengadap kiblat. Ikutkan tidak boleh tetapi Islam tidaklah sehingga ketat peraturannya. Bukan soal mandi sahaja, ibu bapa di rumah misalannya harus menjadi cerminan kepada anak-anak.
“Ada mak dan ayah yang tak segan silu memakai seluar pendek dalam rumah dan dihadapan anak-anak. Tiada yang salah dalam soal ini tetapi ia lebih kepada adab di hadapan anak-anak.
“Bayangkan jika anak ada perasaan dan keinginan untuk memakai seluar pendek hingga paras peha di luar kerana dia melihat perbuatan ibu dan ayahnya. Kita mungkin marah tetapi kita menjadi contoh tidak baiknya,”
“Memang tiada batas aurat kita dengan anak dan suami tetapi ia bukan contoh dan adab yang baik,” katanya yang menyarankan remaja atau individu yang suka mandi bogel agar mengambil kain menutup aurat demi menjaga adab dan melatih sifat malu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2022 membuka tirai dengan lima lagi drama Korea terbaharu yang bakal ditayangkan sepanjang Januari ini. Tidak banyak seperti selalunya, namun kami pasti ramai peminat k-drama yang sudah tidak sabar menantikan senarai drama terbaharu yang bakal ditayangkan.
Berikut kami senaraikan antara lima k-drama yang bakal ditayangkan pada bulan ini.
1. Ghost Doctor
Drama fantasi yang menceritakan tentang dua orang doktor yang mempunyai karakter berbeza daripada segi keperibadian, keterampilan dan latar belakang mereka. Drama ini menggandingkan Rain sebagai Cha Young Min dan Kim Bum sebagai Go Seung Tak.
Pada satu hari, Cha Young Min terlibat dalam sat kes yang tidak disangka, rohnya tertukar dengan roh doktor Go Seung Tak. Konflik bermula apabila kedua-dua mereka bertukar personaliti yang menggelirukan.
2. Tracer
Drama ini berkisarkan tentang Hwang Dong Ju, ketua jabatan cukai yang bekerja keras mengesan wang yang tersembunyi daripada perkhidmatan cukai.
3. Internal Medicine Director Park
Mengisahkan tentang seorang doktor (Park Won Jang) yang baru membuka sebuah klinik, matlamatnya supaya kepakarannya sebagai doktor diiktiraf dengan tujuan untuk mengumpul duit yang banyak. Namun, impiannya itu tidak tercapai kerana tidak mempunyai ramai pesakit dan menjadikannya mengalami krisis kewangan. Dia juga mengalami keguguran rambut kerana terlalu rungsing.
4. Those Who Read Hearts of Evil
Merupakan drama berlatar belakang sekitar akhir 90-an berdasarkan profiler jenayah pertama di Korea Selatan dilakonkan oleh Kim Nam Gil dan Jin Seon Kyu. Profiler Kwon Il Yong, menjadi pegawai polis pada tahun 1989 dan menjadi profiler pertama di Korea pada tahun 2000. Kwon Il Yong menjadi terkenal ketika dia menganalisa kes tentang pembunuh bersiri seperti Yoo Young Chul dan Jung Nam Kyu.
5. All of Us Are Dead
Drama adaptasi daripada webtoon terkenal Now at Our School menceritakan tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah yang harus berhadapan dengan situasi ekstrem akibat penyebaran virus zombie.
Walaupun tidak terlalu banyak drama Korea baharu yang akan ditayangkan bulan ini, namun ramai yang masih membuatkan peminat excited ingin menonton siri-siri terbaharu k-drama ini.
Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...