NIKE Jadi Perhatian Dunia, Lancar Kasut Tema Syaitan Dan Guna Darah Manusia

Share

Kontroversi melanda syarikat pakaian sukan dan lifestyle terkenal, Nike apabila melancarkan kasut dengan tema syaitan, Satan Shoes. Kasut custom ini yang dihasilkan oleh jenama dari Brooklyn, MSCHF.

Yang mengemparkan dunia apabila kasut kolabrasi bersama penyanyi Lil Nas X ini dikatakan dihasilkan mengunakan darah manusia. Untuk info kasut ini juga merupakan salah satu item yang dihasilkan khas bersempena pelancaran video muzik Montero (Call Me By Your Name) oleh penyanyi itu.

Sumber : nytimes.com
Sumber : nytimes.com

Dihasilkan terhad dengan hanya 666 set, sudah tentu kasut tema syaitan ini dihiasi dengan grafik seram pada kotak serta logo pentagram pada kasut tersebut. MSCHF turut mendakwa bahagian bawah kasut ini turut mengandungi titisan darah manusia sebenar yang dicampur dengan cat berwarna merah. Namun menurut laporan, ‘The Satan Shoes’ ini habis dalam masa kurang dari satu minit.

Walaubagaimana pun, gimik berkenaan nampaknya tidak disukai oleh Nike. Menurut wakil mereka, Nike tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran untuk MSCHF menghasilkan kasut dengan tema Syaitan ini. Nike turut dikecam kerana disangka terlibat dengan memberi kebenaran kepada MSCHF untuk menghasilkan model kontroversi ini.

Justeru itu, Nike telah mengeluarkan saman terhadap MSCHF kerana mengeluarkan produk yang jelas mengelirukan pengguna. Namun, Lil Nas X membalas berita mengenai saman itu dengan meme di laman twitternya, seperti bagaimana dia menjawab kritikan terhadap video muzik lagu itu.

Untuk pengetahuan korang, ini bukan pertama kali Lil Nas X buat hal. Sebelum ini MSCF pernah menghasilkan model ‘Holy’, kasut bertema ketuhanan di mana lengkap dengan tanda salib serta holy water dimasukkan di bahagian bawah tapak kasut. Semoga kontroversi ini dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber :businessinsider

 

IKLAN