Nights of Fright 7 Di Sunway Lagoon Ditunda Seminggu Kerana Jerebu

Share

Ramai yang sudah tak sabar untuk menyertai acara tahunan Sunway Lagoon’s Nights of Fright yang dijadualkan berlangsung bermula 27 September hingga 2 November 2019.

Namun menurut Sunway Lagoon Malaysia, mereka terpaksa menangguhkan tarikh tersebut kepada 4 Oktober 2019 susulan masalah jerebu yang melanda negara kita.

Pihak Sunway Lagoon ingin mengutamakan kesihatan pengunjung dan tak mahu korang bersesak dalam keadaan cuaca yang kurang memuaskan sepanjang malam Nights of Fright 7 nanti.

Syabas kami ucapkan kepada pihak Sunway Lagoon kerana bertanggungjawab dalam mempertimbangkan dan memikirkan kondisi semasa yang tak mengizinkan.

Bagi korang yang telahpun membeli tiket secara online untuk tarikh 27, 28 dan 29 September nanti, korang akan menerima emel untuk proses reschedule ke tarikh yang lain.

Untuk pembelian tiket di kaunter pula (atau sekiranya korang tak menerima emel jika telah membeli tiket secara online), korang boleh terus ke kaunter tiket Sunway Lagoon bermula 23 September 2019 (Isnin) ini dan untuk dapatkan tiket baru. Jika tak berkesempatan untuk walk-in, emelkan saja permintaan menukar tiket berserta bukti pembelian ke ask_lagoon@sunway.com.my.

Bagi yang memerlukan bantuan selanjutnya, hubungi pihak Sunway Lagoon di talian 03-5639 0000.

ARTIKE BERKENAAN: Tiket Untuk Dimenangi Ke Nights of Fright 7, Dah Sedia Untuk Menjerit?

Bagi yang telah menyertai peraduan bersama Nights of Fright 7 bersama REMAJA bermula semalam (link

di atas), tiket yang kami akan berikan telah bertukar tarikh ke 27 OKTOBER 2019. Take note ya.

Jangan sedih-sedih okay. Kita masih boleh enjoy di Nights of Fright 7 cuma pada tarikh berlainan saja. Semuanya kerana faktor cuaca yang tak mengizinkan. Apa-apa pun kita kena utamakan kesihatan dulu kan?

Jumpa nanti di sana!

*

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

 

IKLAN