Band popular Indonesia, Nidji memaklumkan bahawa mereka bukan berada dalam posisi yang tepat untuk mengulas pencapaian bekas vokalis mereka, Giring Ganesha, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam kabinet Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
Menurut Ramadhista Akbar, gitaris Nidji, setiap anggota band kini sudah memilih jalan hidup masing-masing, dan mereka lebih memfokuskan perhatian kepada perjuangan muzik yang telah mereka bina sejak tahun 2002.
“Ini adalah jalan masing-masing, jadi tidak perlu ada yang dijawab lagi. Kalau berbalik ke konteks muzik, kami masih meneruskan bidang ini dan keadaan sekarang sudah berbeza. Dia (Giring) sudah berada dalam dunianya.
“Jadi, tiada jawapan lain, kerana memang sudah impian dia. Kami berjalan dengan konsisten dalam bidang muzik,” ujar Ramadhista pada sidang media konsert Nidji 2.3: The New Chapter di Hard Rock Cafe, baru-baru ini.
Pemain keyboard, Randy Danistha, menambah bahawa Nidji kini lebih suka untuk memberi fokus kepada karya mereka. Mereka juga teruja dengan lembaran baharu yang bakal dilalui oleh band ini.
Ads
“Boleh dengarkan lagu Wadoow kerana ia menceritakan mengenai bagaimana jalan kami. Sekarang kami fokus dengan apa yang sudah dibina.
“Alhamdulillah kita boleh mencari rezeki daripada bidang ini yang juga mampu menginspirasi ramai. Kami masih terus dengan muzik,” kata Randy.
Vokalis utama Nidji, Yusuf Ubay, yang menggantikan Giring pada 2019, turut mengakui tidak terkesan dengan perbandingan antara dirinya dan Giring. Yusuf berkata, mereka kini lebih memberi tumpuan pada persiapan konsert mereka yang akan berlangsung tahun hadapan.
Ads
“Kita lebih fokus untuk konsert ini yang akan berlangsung tahun depan. Kami sudah dengan perjalanan yang baharu. Ini adalah ‘new chapter’ sesuai dengan tajuk konsert ini.
“Cukup kami buat pendengar gembira, itu sudah baik. Kalau ada yang membandingkan antara saya dan penyanyi lama, mungkin mereka tidak datang ke konsert kami,” jelas Yusuf.
Ads
Untuk pengetahuan, Yusuf Ubay menyertai Nidji secara rasmi pada 2 Februari 2019, selepas mempamerkan bakatnya dalam pertandingan Nidji Vocal Hunt.
Giring Ganesha pula memilih untuk berundur daripada band pada 2019 untuk memberi tumpuan kepada kerjaya politiknya dan bertanding dalam Pemilihan Umum Indonesia 2019. Pada 21 Oktober lalu, Giring dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam kabinet pimpinan Presiden Prabowo.
Setelah hampir 18 tahun tidak mengadakan konsert solo di Malaysia, Nidji akan mengadakan konsert besar sempena ulang tahun ke-23 mereka. Konsert Nidji 2.3: The New Chapter dijadualkan berlangsung pada 2 Februari tahun depan di Axiata Arena, Bukit Jalil. Acara ini akan dibawakan oleh MND Sport & Event.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan sensasi asal Jepun, Psychic Fever baru-baru ini meluahkan rasa keterujaan mereka untuk beraksi buat pertama kali di Malaysia sempena konsert jelajah Asia di hadapan peminat yang sentiasa memberi sokongan kepada tujuh anak muda itu.
Psychic Fever dianggotai oleh Tsurugi (27), Ryoga Nakanishi (26), Ren Watanabe (24), Jimmy (24), Kokoro Kohatsu (23), Ryushin Handa (22), dan Weesa (20) hadir di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu, 21 September bagi menjayakan siri konsert ‘Heat Psychic Fever Asia Tour 2024’.
Menurut anggota tertua, Tsurugi berkata, mereka gembira dapat hadir ke Malaysia sebagai salah satu lokasi untuk jelajah kali ini dan berharap agar semua peminat bakal berpuas hati dengan persembahan mereka.
“Terima kasih terhadap sokongan diberikan. Kami akan berusaha untuk menghiburkan anda semua dengan persembahan menarik dan penuh bertenaga”
Tambahnya lagi, Malaysia merupakan sebuah negara yang cantik dan indah, selain itu Psychic Fever juga yakin mereka akan diterima baik dan sambutan dari peminat di negara ini juga amat menggalakkan.
Sekadar info, Psychic Fever bernaung dibawah LDH Record dan ditubuhkan pada 2019 dengan sembilan orang ahli anggota, namun dua daripada mereka sudah mengundurkan diri. Dalam pada itu, Psychic Fever juga merupakan gabungan kolektif daripada dua kumpulan yang cukup popular iaitu Exile Tribe dan Jr Exile.
Kumpulan terkenal J-Pop itu juga popular dengan lagu seperti Just Like Dat, BEE-PO, Hotline dan Love Fire. Terbaru, mereka melancarkan EP digital berjudul 99.9 Psychic Radio pada 19 Januari lalu serta pelancaran EP kedua iaitu Psychic File II 3 April lalu.
Sebelumnya, konsert Heat Psychic Fever Asia Tour 2024 sudah pun menemui peminat di Thailand pada 14 September baru-baru ini dan mereka akan memeriahkan Zepp Kuala Lumpur pada 21 September ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kini, penyanyi indie-pop ini kembali dengan album penuh pertamanya, ‘Private Blizzard’! Tajuk album ini diambil daripada frasa “each in his own private blizzard” yang diambil dari puisi “The City Planners” oleh Margaret Atwood. Very mindful#MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia” />
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi bersuara emas, Ernie Zakri meluahkan rasa bangga dan teruja apabila wajahnya terpampang besar menerusi salah satu iklan digital di Times Square, New York.
Menerusi hantaran terbaharu di entri Instagram, penyanyi lagu popular Ku Bersuara itu memuat naik beberapa perkongsian yang menunjukkan dirinya sedang menghiasi iklan digital berkenaan di bandar tersebut.
“Mimpi menjadi kenyataan, your girl is the EQUAL ambassador of the month.
Mama, kita ada di Billboard NYC! Terima kasih @spotify @spotifyasia #SpotifyEqual,” coretnya bangga.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut sama berbangga dengan pencapaian isteri kepada penyanyi Syamel itu sekaligus mengucapkan tahniah kepadanya.
“Wow, keep it up Ernie. Kami berbangga dengan awak…,” komen seorang peminat.
“Tahniah! So proud of you Queen!” komen seorang lagi peminatnya.
Sebagai rekod, penyanyi terkenal dari Malaysia, Yuna, kumpulan Dolla, Bunga, dan penyanyi muda baharu, Layla Sania pernah juga menerima penghargaan yang sama seperti Ernie.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Beberapa tahun dahulu, heboh di kalangan rakyat Malaysia apabila nisbah 1 lelaki bersamaan 14 wanita (1:14) sekaligus membuatkan ramai beranggapan penduduk Malaysia lebih ramai wanita.
Ditambah bilangan wanita yang tidak berkahwin atau belum bertemu jodoh selain jumlah pelajar wanita yang ramai di universiti membuatkan fakta ini semakin dipercayai.
Tapi tahukah, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi 2017 menunjukkan 51.7 peratus kelahiran atau bersamaan 262,755 adalah bayi lelaki berbanding 48.3 peratus bersamaan 245,448 orang bayi perempuan bagi tahun yang sama atau nisbahnya lelaki 107 dan 100 perempuan(107 : 100).
Statitik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia tentang kelahiran bayi lelaki dan perempuan, usia ibu dan kadar kesuburan usia ibu ketika melahirkan.
Statistik yang dikeluarkan bagi tahun yang sama juga menunjukkan:
– Setiap 3 minit, 3 bayi dilahirkan dan 1 individu menghembuskan nafas terakhir.
– Setiap hari, 1392 keluarga menimang cahaya mata manakala 444 keluarga lain berduka akibat kehilangan orang tersayang
– Lebih banyak bayi lelaki di lahirkan berbanding bayi perempuan (100 bayi perempuan : 107 bayi lelaki)
– 27.7 tahun merupakan umur purata untuk wanita melahirkan anak pertama
– Kadar kesuburan wanita Malaysia berada di tahap paling rendah dalam sejarah (1.9)
– Seramai 4 133 kanak kanak berusia bawah 5 tahun meninggal dunia tahun lalu
– Bagi setiap 100 ribu wanita hamil yang melahirkan anak, 29 daripadanya meninggal dunia.
Hokay, tak tahulah kenapa lelaki lebih ramai meninggal dari perempuan. Stres kot, kalau tak pun kuat merokok, ermmm
Lebih mengejutkan bilangan lelaki meninggal dunia lebih ramai dari wanita iaitu bersamaan 57.8 peratus atau 93, 698 orang berbanding wanita 68, 503 atau 42.2 peratus.
Sumber :- Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.