“Arwahlah yang kejutkan penduduk kampung supaya berkemas untuk berpindak ke PPS apabila melihat air mula naik mendadak..”
Sememangnya, kita tidak dapat mengagak bilakah seseorang insan itu akan menemui ajalnya.
Laporan berkenaan seorang remaja Kelantan berusia 20 tahun yang ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam sungai telah menyayatkan hati rakyat Malaysia.
Ads
Insiden berlaku sewaktu mangsa, Mohamad Hakimin Mohd Rahim sedang mendayung perahu untuk membawa 2 orang mangsa banjir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) semalam di Kampung Manjor, Kuala Krai, malam kelmarin.
Menurut ibu mangsa, Norazilah Mohamad yang ditemui oleh rakan media di BERNAMA semalam, anak ketiganya daripada enam adik-beradik itu memang suka membantu dan mesra dengan penduduk Kampung Manjor sejak kecil lagi.
“Setiap kali banjir, dia selalu bantu mangsa dan membawa barangan untuk dipindahkan menggunakan perahu ke PPS berdekatan. Sehari sebelum rumah kami dinaiki air, arwah yang baru pulang daripada bermain futsal terus kejutkan penduduk kampung supaya berkemas untuk berpindak ke PPS apabila melihat air mula naik mendadak.
Ads
“Kawannya ada hubungi untuuk menumpang di PPS berdekatan dan dia segera seberang untuk menjemput kawannya dengan perahu. Dalam perjalanan kembali bersama kawannya, mereka tidak menyedari arwah terjatuh kerana kepala masing-masing memandang ke arah bertentangan. Mereka terkejut melihat arwah sudah hilang,” jelasnya.
Sumber Foto: BERNAMA
Jasad Mohamad Hakimin ditemui oleh pasukan penyelamat pada jam 8 pagi semalam, sebelum dikebumikan selepas solat Asar.
Ads
Terdahulu, Norazilah memberitahu bahawa arwah ingin mengikuti temuduga sebagai anggota polis seperti yang dipohonnya pada tahun 2020. Namun hasrat itu tidak tercapai.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga dan kenalan rapat mangsa.
Baru konsert pertama, nampaknya pentas Big Stage musim kedua sudahpun panas.
Tatkala persembahan para peserta pertandingan nyanyian di kalangan selebriti remaja, Big Stage yang berlangsung semalam dipuji oleh netizen, itu semua seakan dibayangi oleh insiden yang dicetuskan oleh salah seorang panel program tersebut.
Penyanyi Mark Adam semalam duduk di kerusi panel sebaris dengan Datuk Seri Situ Nurhaliza dan Cakra Khan.
Namun disebabkan satu patah ayat yang keluar dari mulutnya, netizen semalam dan hari ini tidak teragak-agak untuk mengecamnya.
Apa yang terjadi adalah Mark Adam bergurau mengenai saiz dan figura pengacara Big Stage, Sherry Al-Hadad dengan berkata, “This opportunity is very big, even the host is big.”
Walaupun mungkin dia tidak berniat untuk menjatuhkan air muka Sherry, tetapi komen body shaming seperti itu di atas pentas rancangan siaran langsung bukanlah sesuatu yang boleh dibawa bergurau.
Nampaknya, penyanyi itu juga sedar dan kesal dengan kenyataannya itu, lalu membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Instagram-nya.
Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya nak minta maaf dengan apa yang berlaku semalam di Big Stage Saya ni kalau bergurau, saya bergurau macam saya dekat rumah – dengan rakan artis dan kawan-kawan. Semalam saya salah. Sebenarnya ayat tu ada sambungan tapi saya tak sempat sambung.
Niat saya bukan untuk menghina Sherry, Alif atau pihak-pihak yang terasa. Saya mohon maaf. Apa yang saya lakukan semalam adalah tak professional dan saya akan pastikan benda ini tak lagi berlaku lagi.
Diharap Mark Adam ataupun sesiapa tidak lagi mengulanginya.
We felt it. Sama ada kita kurus, besar, cerah, gelap or whatever it is, rupa paras fizikal bukanlah sesuatu yang wajar diulas secara terbuka.
*
Sementara itu, selebriti seperti Alif Satar, Achey dan Sharifah Amani memuji tindakan Mark yang man up dan meminta maaf tersebut. Paling penting, Sherry sendiri tidak berdendam dengannya.
Instagram: Sherry Alhadad
Katanya, “Assalamualaikum semua. Mark sudah telefon saya dan minta maaf secara personal. Dia (atau) saya hanya manusia biasa, tak lari dari kesilapan. Maafkan dia kawan-kawan.”
Mungkin masih ada yang tidak tahu jika korang ke Starbucks, korang boleh memilih minuman mengikut tambahan perisa yang digemari. Namun begitu, bersedialah dengan bayarannya kerana ia boleh menjangkau sehingga puluhan ringgit bagi satu minuman. Hiks!
Walau bagaimanapun, jika korang ingin mencuba perisa yang lain daripada lain, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ninaasayang telah berkongsi resipi minuman yang sedap untuk korang pesan di Starbucks. Gadis ini turut menyertakan sekali anggaran harga bagi resipi minuman tersebut. Jadi senanglah untuk korang memesan mengikut bajet.
Jom kita lihat antara resipi minuman Starbucks yang viral ini.
Jika semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 12 haribulan di beberapa negeri. Hari ini beliau akan menyampaikan Pengumuman Khas Darurat pula yang dijadualkan bersiaran secara langsung pada 11 pagi ini.
Memang penuh dengan kejutan tahun 2021 ini…huhu
Dalam masa sama, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah turut perkenan melaksanakan tempoh darurat sehingga 1 Ogos 2021 atau lebih awal lagi, sekiranya kes harian COVID-19 dapat dikawal.
Tapi sebelum tu, korang tau tak apa yang akan terjadi jadi berlakunya darurat?
Pakar Perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz berkongsi 15 perkara mengenai darurat yang perlu kita tahu.
Apakah maksud darurat?
Jawapan:
Darurat maksudnya suatu keadaan berkaitan keselamatan, ekonomi dan ketenteraman awam yang tidak dapat dikawal melalui sistem pentadbiran biasa. Pengisytiharan darurat adalah suatu pemasyhuran yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui suatu pewartaan bahawa keadaan tersebut telah wujud atau hampir berlaku.
Soalan 2: Apakah kesan pengisytiharan darurat?
Jawapan:
Kesan umum pengisytiharan darurat ialah, Perlembagaan digantung dan pentadbiran negara adalah ditentukan oleh pihak eksekutif. Tentera juga boleh mengambil alih teraju dalam hal berkaitan keselamatan sekiranya keadaan memerlukan, lebih-lebih lagi apabila darurat diisytiharakan kerana berlakunya ancaman kepada keselamatan negara.
Parlimen masih boleh bersidang sekiranya tidak dibubarkan.
Ketika proklamasi darurat berkuat kuasa, kuasa eksekutif Persekutuan adalah juga meliputi semua perkara dalam kuasa perundangan Negeri dan memberi arahan kepada kerajaan negeri atau mana-mana pegawai atau pihak berkuasa Negeri. (Perkara 150(4)). Kesan lain, dari segi pentadbiran dan perundangan dibincangkan dalam jawapan kepada soalan seterusnya.
Soalan 3: Adakah pengisytiharan darurat dibenarkan oleh Perlembagaan?
Jawapan:
Ya. Perlembagaan membenarkan pengisytiharan darurat melalui Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 150 adalah satu daripada tiga peruntukan yang berada di bawah Bahagian XI Perlembagaan Persekutuan, iaitu Bahagian berkaitan Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif, Keganasan Terancang, Dan Perbuatan Dan Jenayah Yang Memudaratkan Orang Awam Dan Kuasa Darurat. Bahagian XI ini membenarkan undang-undang bagi tujuan pencegahan dibuat, termasuklah tahanan pencegahan bagi tujuan menangani keadaan darurat.
Soalan 4: Apakah yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat?
Jawapan:
Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat di bawah Per 150(1) Perlembagaan Persekutuan jika darurat besar kepada keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya (TELAH) wujud.
Di bawah Perkara 150(2), Yang di-Pertuan Agong juga boleh membuat proklamasi darurat sekiranya baginda berpuas hati ancaman darurat besar, atas sebab keselamatan negara, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam HAMPIR BENAR berlaku.
Tiga asas atau alasan boleh digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi membuat pengisytiharan darurat, iaitu, ancaman ke atas :
i. Keselamatan negara; atau
ii. Kehidupan ekonomi; atau
iii. Ketenteraman awam
Soalan 5: Bilakah dan di manakah darurat boleh diisytiharkan?
Jawapan:
Darurat boleh diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa, sama semasa Parlimen masih ada, sedang bersidang atau pun tidak, atau juga semasa parlimen bubar.
Syarat yang diperlukan ialah, telah dibuktikan elemen yang dinyatakan, iaitu ancaman atau darurat atas keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam telah atau hampir benar berlaku. Darurat boleh diisytihar atas seluruh Persekutuan atau mana-mana bahagian dalam Persekutuan. Perkara 150(1) dan (2).
Soalan 6: Adakah Yang di-Pertuan Agong membuat pengisytiharan darurat atas kuasanya sendiri atau atas nasihat Perdana Menteri?
Jawapan:
Pengisytiharan darurat ialah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong. Kuasa prerogatif ringkasnya bermaksud kuasa yang dimiliki oleh institusi beraja dari awal bahkan jauh sebelum gubalan Perlembagaan Persekutuan bagi Tanah Melayu (Malaysia).
Kuasa tersebut kekal dalam milik institusi beraja. Walau bagaimana pun persoalan timbul ialah adakah kuasa prerogatif tersebut dilaksanakan secara budi bicara atau atas nasihat Perdana Menteri? Perkara 150(1) menyatakan “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu Proklamasi Darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian”.
Frasa “Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati” atau dalam bahasa Inggeris, “if the Yang di-Pertuan Agong is satisfied” menjadi persoalan, adakah puas hati Yang di-Pertuan Agong seorang diri (as sole judge) atau atas nasihat.
Soalan 7: Apakah kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan Pengisytiharan Darurat?
Jawapan:
Kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 150 mengenai pengisytiharan darurat termasuk kuasa untuk membuat proklamasi yang berlainan atas alasan berlainan atau keadaan berlainan. Ini bermaksud Yang di-Pertuan Agong boleh membuat beberapa proklamasi darurat pada masa sama atau pada masa berlainan.
Hal ini terdapat dalam Perkara 150(2A).
Soalan 8 : Bilakah Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan Darurat?
Jawapan:
Yang di-Pertuan Agong boleh boleh mengisytiharkan dan menguatkuasakan darurat ketika Majlis Parlimen masih ada, sama ada semasa berlaku persidangan atau tidak, atau ketika Parlimen telah dibubarkan.
Soalan 9 : Apakah peranan Yang di-Pertuan Agong semasa Darurat?
Jawapan:
Sekiranya proklamasi dibuat semasa Majlis Parlimen tidak bersidang serentak, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan undang-undang, yang dinamakan Ordinan, sekiranya baginda berpuas hati hal atau keadaan tertentu menyebabkan perlu bagi baginda mengambil tindakan serta merta. Ini disebut dalam Perkara 150(2B).
Maksud “Majlis Parlimen tidak bersidang serentak” boleh difahami dalam fasal (9) Perkara 150, yang memperuntukkan “Majlis-Majlis Parlimen hendaklah dikira sebagai bersidang HANYA jika ahli setiap Majlis itu masing-masingnya berhimpun bersama dan menjalankan urusan Majlis”.
Bersama-samalah kita mendoakan agar pengumuman khas darurat yang diumumkan Perdana Menteri akan membawa manfaat untuk negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!