Niat Gardenia Upah Pekerja Baik, Tapi Dihentam Netizen Sebab…

Share

Nampaknya tak habis lagi dengan isu pelarian Rohingya.

Terbaru, jenama roti kegemaran rakyat Malaysia iaitu Gardenia nampaknya telah dikecam netizen atas isu pengambilan bangsa yang menjadi isu hangat di socmed.

Menerusi hantaran yang dikeluarkan di Facebook rasmi Gardenia Bakeries Kuala Lumpur, syarikat itu menerima aduan yang mendakwa pihaknya mendiskriminasi warganegara tempatan kerana menerima pekerja etnik Rohingya di kilang mereka.

Gardenia turut menegaskan bahawa keutamaan pekerjaan tetap diberikan kepada rakyat tempatan untuk mengisi kekosongan jawatan di kru pengeluaran kerana permintaan berterusan untuk produknya dan temuduga masih diteruskan mengikut jadual iaitu sebanyak dua kali seminggu.

Walaupun Gardenia sudah memberi penjelasan atas dakwaan tersebut, masih tidak memberi kepuasan kepada netizen kerana ia dianggap akan mengalakkan lagi orang luar datang bekerja di sini atas tiket UNHCR.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Gardenia sehingga ada yang mengancam untuk memboikot jenama berkenaan kerana mahu kesemua pekerja di syarikat roti itu adalah seratus peratus daripada rakyat tempatan.

 

 

 

Ala kalau korang boikot macam mana penulis nak makan roti gardenia ni. So apa pendapat korang tentang isu ini?

 

IKLAN