Viu, perkhidmatan penstriman video OTT pan-serantau terkemuka milik PCCW telah memperkenalkan seleksi Viu Original terbaru dari Malaysia yang akan ditayangkan pada tahun 2024 di acara Viu Upfront 2024.
Acara hujung tahun yang sangat dinantikan ini mengumpulkan ramai pihak berkepentingan dalam industri hiburan, rakan kerjasama dan agensi media.
Kingsley Warner, Pengurus Negara, Viu Malaysia, berkata, “Viu Upfront 2024 mengetengahkan senarai produksi tempatan yang mengujakan untuk tahun akan datang.
Kami telah menghasilkan 24 Viu Original di Malaysia setakat ini dan ada enam lagi Viu Original yang bakal menemui penonton dan dibintangi oleh bakat-bakat terbaik dalam industri hiburan tanahair.
Ads
Viu komited dalam mengukuhkan lagi ekosistem kreatif di Malaysia dan membawa kisah Malaysia kepada penonton di seluruh rantau ini.”
Enam Viu Original yang akan melibatkan pelbagai genre ini termasuklah Terlanjur Cinta, Nafsu, Gadis Masa, The Secret, sebuah sekuel untuk drama komedi romantik popular Viu, From Saga With Love, dan sebuah adaptasi tempatan daripada K-drama Strong Girl Bong-Soon. Wow! Memang berita baik bagi peminat K-Drama.
Meerqeen dan Nadhir Nasar diumumkan sebagai barisan pelakon drama adaptasi Strong Girl.
Ads
Buat makluman Terlanjur Cinta yang dihasilkan oleh pengarah terkenal Erma Fatima merupakan siri pertama untuk tayangan sempena Ramadan daripada Viu Malaysia.
Viu Upfront 2024 bukan sahaja menyediakan pratonton untuk kandungan yang akan datang, tetapi juga meraikan komitmen Viu Malaysia dalam memperkukuhkan lagi industri hiburan tempatan.
Pada tahun 2023, Viu telah melancarkan empat Viu Original tempatan, iaitu Nenek Bongkok Tiga, Alter-Naratif, From Saga With Love, dan sebuah adaptasi daripada K-drama W: Two Worlds.
Ads
Nenek Bongkok Tiga meraih pencapaian yang membanggakan apabila tersenarai dalam carta 5 Teratas sebagai kandungan tempatan yang paling banyak ditonton di seluruh negara bagi tahun 2023, menurut kajian AMPD 1H 2023.
Viu Original Malaysia juga menerima pengiktirafan di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2023 dengan membawa pulang lima anugerah, termasuklah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik (Fiksyen), Penyuntingan Terbaik, Karya Original Terbaik OTT dan Kesan Khas Terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram VIU
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau ada pembaca yang membesar dengan komik Ujang, pasti anda akan kenal dengan watak Sahak dalam siri ‘Blues Untuk Aku’ dan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ hasil karya kartunis Aie atau nama sebenarnya Shaari Sulong. Kartun bersiri ini mula diterbitkan padapertengahan tahun 90-an lantas menjadi satu karya yang sangat popular biarpun ia tidak bertunjangkan genre komedi seperi kebiasaan siri-siri kartun yang lain.
Dalam satu hantaran di laman facebook kartunis terkenal, Ujang, allahyarham Aie meninggal kira-kira jam 4 pagi di rumahnya yang terletak di Kampung Sungai Manggis, Banting, Selangor. Allahyarham dikatakan menderita sakit buah pinggang sejak sekian lama dan meninggal dunia kerana komplikasi penyakit tersebut.’
.
Mengimbau kembali populariti karya ‘Blues’ ini, karakter Sahak direka kerana ketika itu budaya grunge sangat menebal dalam kalangan remaja di Malaysia. Bermula dengan karya dengan nama ‘Aku Hidup Dalam Blues’. Karya ini merupakan hasil kolaborasi Aie dengan penulis Toyon. Namun, siri tersebut tergantung dan tidak memiliki kesudahan. Menurut sumber, allahyarham Aie tidak dapat meneruskan ‘Aku Hidup Dalam Blues’ kerana isu hakcipta yang mana penerbit merupakan pemegang hak cipta kartun terbabit.
Selain siri ‘Blues’ ini, allahyarham juga terkenal dengan karakter Abe yang menjadi watak ikonik dunia kartun ketika itu kerana menggambarkan watak kanak-kanak lelaki terencat akal yang menghadapi liku-liku hidup suka dan duka semasa tinggal di sebuah kampung
Kerjaya awal allahyarham sebagai kartunis bermula di majalah Jenakarama, diikuti majalah Kartun Disney ‘Mickey” (edisi bahasa Melayu),Ujang, Starz, Utopia, G3, Jom, Boboi dan Gila-Gila. Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai animator bagi animasi Usop Sontorian terbitan Kharisma Picture pada tahun 1993 selain turut terlibat dalam voice-over untuk animasi Usop Sontorian bagi watak Singh dan Arba.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk allahyarham.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan aksi kontroversi kumpulan alternatif rock Inggeris, The 1975 bersempena acara Good Vibes Festival 2023 sehingga ia terpaksa dihentikan di tengah-tengah slot persembahan mereka, Kementerian Komunikasi dan Digital bersetuju dengan penggunaan suis pemati atau kill switch bagi konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour in Kuala Lumpur pada malam Rabu.
Menurut menterinya, Yang Berbahagia Fahmi Fadzil kepada media hari ini, keputusan itu dibuat semasa perbincangan bersama Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) serta penganjur konsert.
“Perbincangan dengan PUSPAL dan penganjur adalah positif. Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga berkata bahawa kumpulan itu (Coldplay) sangat menyokong Palestin.
“Kami positif dengan penganjuran konsert itu hari ini,” kata Fahmi sewaktu ditemui pemberita di Sidang Kemuncak CxO Pemimpin Transformasi Digital: Transformasi Digital Pintar Dalam Era 5G di Kuala Lumpur.
Apakah Itu Suis Pemati?
Sebagai info, suis pemati adalah alat yang boleh menghentikan sesuatu acara konsert secara tiba-tiba sekiranya penganjurannya melanggar garis panduan yang ditetapkan.
Di Malaysia, tentunya budaya tidak senonoh seperti bercium, membawa botol minuman arak dan menghisap rokok seperti yang dilakukan oleh vokalis kumpulan The 1975, Julai lalu adalah antara perkara yang dilarang sama sekali.
Bukan itu sahaja, REMAJA juga difahamkan bahawa penghibur di Malaysia tidak kiralah penghibur tempatan mahupun antarabangsa tidak dibenarkan melaungkan sebarang slogan atau pendapat yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia mahupun berpakaian di luar garis panduan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Untuk koleksi terbaru Resort 20/21 pereka fesyen Alia Bastamam menampilkan sebuah koleksi yang diinspirasikan dari keindahan alam semula jadi. Garisan laut dan langit membentuk latar matahari terbenam yang sangat cantik.
Gradien warna yang terjadi tatkala matahari sedang terbenam menimbulkan suasana dan rasa yang cukup magis lantas menembus jiwa yang bebas mengembara dan berimaginasi tanpa perlu mengembara.
Menurut Alia, “Koleksi ini adalah tentang membawa estetik resort jenama ini ke hadapan. Tapi bagaimana kita dapat bersiap cantik dan bergaya di kala masa sebegini?
“Saya memastikan rekaan yang dihasilkan sangat ringan dan bebas agar menampilkan gaya yang tidak keterlaluan dengan impak yang maksimum. Semuanya beralun cantik dengan selesa tanpa siluet yang membataskan pergerakan.”
Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020 dalam balutan busana Alia Bastamam.
Rona yang diterapkan untuk koleksi kali ini juga berkisarkan ombre warna tropical yang lembut dan menenangkan.
Menarik dalam kempen ini, kelibat Francisca Luhong, Miss Universe Malaysia 2020 turut kelihatan memperagakan sebahagian busana yang direka bersama model-model lain.
Mungkinkah Alia Bastamam akan mereka busana Francisca di pentas Miss Universe nanti?
Gaun rona biru rekaan Alia Bastamam untuk Miss Universe Malaysia 2013. Sumber gambar via International Business Times
Sebelum ini Alia pernah mereka busana gaun petang khas untuk Miss Universe Malaysia 2013 yang memperagakan busana tersebut di Rusia selaku tuan rumah Miss Universe Ketika itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
redONE Mobile terus menyokong bakat muda melalui penglibatan dalam Dewi Remaja 2025, memberikan inspirasi, peluang dan dorongan kepada finalis untuk terus menyerlah dalam industri hiburan.