Kecoh di media sosial apabila Mesut Ozil secara terbuka memberikan sokongan kepada etnik Uighur yang ditindas di Xianjiang, China. Akibat tindakannya itu, perlawanan Arsenal menentang Manchester baru-baru ini tidak akan disiarkan secara langsung oleh siaran rasmi kerajaan China, CCTV.
Bukan itu sahaja, negara itu juga telah bertindak mengeluarkan Mesut Ozil daripada permainan video Pro Evolution Soccer (PES) China dan mengeluarkannya daripada ketiga-ketiga pertandingan dalam permainan tersebut.
Mesut Ozil
.
Situasi tegang ini akhirnya turut mendapat perhatian daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila mereka mengarahkan China untuk menutup kem tahanan yang mereka bangunkan atau batalkan Sukan Olimpik 2020.
.
Ads
.
Perkara ini diputuskan PBB setelah seorang warga China yang merupakan penduduk asal Uighur yang dikenali sebagai Irade Kashgary, telah menganggotai kumpulan No Right, No Games dengan menegaskan kerajaan China untuk menutup kem tahanan tersebut beserta dua permintaan lain, iaitu menutup kem tahanan dan Kerajaan China mesti menghormati hak etnik Uighur semasa di luar kem.
Kredit foto: Harian Metro
Kredit foto: Harian Metro.
Jika permintaan ini ditolak, kumpulan ini akan bertindak untuk memanggil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa untuk memindahkan temasya sukan itu ke negara lain.
Masyarakat Malaysia turut meninggalkan komen memberikan tanda sokongan dan berdoa agar kaum ethnik Uighur dan seluruh umat Islam di dunia sentiasa dilindungi.
Ads
.
.
Ads
.
.
Semoga penindasan ini diselesaikan dengan baik dan sempena hari Jumaat ini marilah kita sama-sama mengambil berkat untuk mendoakan kesejahteraan umat Islam di dunia.
Lai Chi Kang adalah minuman tradisional yang popular di kalangan masyarakat Malaysia. Ia merupakan campuran pelbagai bahan herba, bijirin, dan buah-buahan yang dikatakan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. Namun, perlu diingat bahawa sifat-sifat kesihatan dan khasiat air Lai Chi Kang mungkin bervariasi bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan oleh penjual atau peniaga.
Malah, jika korang buat sendiri Air Lai Chi Kang ini di rumah lebih jimat dan berbaloi. Memang puas hati, senang je nak buat.
Cara membuatnya dikongsi oleh Ariff Budiman Zainal Abidin. Air lai chi kang yang dibuat sendiri ini sedapnya memang lain macam sebab bahannya boleh letak banyak, ikut cita rasa kita.
1. Sediakan barli, getah anggur, kundur, kulat kering, longan kering, kismis, gula batu, gula kabung, kurma merah dan juga biji selasih serta kembang semangkuk. Bahan-bahan ini ada di jual di pasar raya (saya beli di kedai ubat Cina)
2. Sediakan mangkuk dan rendam biji selasih dan kembang semangkuk hingga kembang.
3. Masukkan bahan-bahan lain dalam periuk bersama air dan daun pandan lalu rebus sampai bahan bertukar warna dan lembut.
4. Kemudian masukkan selasih dan kembang semangkuk. Sejukkan.
5. Bila dah dekat waktu buka puasa, sediakan ais ketul masukkan dalam mangkuk dan tuang laicikang tadi. Sedia diminum.
Bukan sahaja dapat hilangkan dahaga, malah ramuannya sangat bagus dan berkhasiat buat tubuh badan. Selamat mencuba.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Niat sekadar mahu berkongsi atau ‘membuka mata’ orang ramai di media sosial sebenarnya boleh mengundang padah, terutamanya apabila melibatkan pendedahan maklumat peribadi individu lain tanpa kebenaran.
Tindakan seperti menagih hutang secara terbuka, mendedahkan pasangan curang atau kononnya ingin menyelamatkan orang lain daripada ditipu kini semakin menjadi trend, namun hakikatnya ia boleh diklasifikasikan sebagai satu kesalahan jenayah.
Kongsi Info Peribadi Boleh Undang Risiko
Menerusi laporan Harian Metro, peguam Dr Mahmud Jumaat menjelaskan bahawa perbuatan tersebut boleh membuka ruang kepada pelbagai risiko termasuk gangguan, ugutan, tekanan emosi serta ancaman keselamatan fizikal terhadap mangsa.
“Atas sebab itu, Malaysia memperkenalkan peruntukan khusus dalam Seksyen 507E Kanun Keseksaan melalui pindaan tahun 2025 bagi menghukum perbuatan ‘doxxing’ iaitu menerbitkan, menyebarkan atau membuat tersedia maklumat identiti seseorang tanpa persetujuan.
“Perbuatan itu dibuat dengan niat atau pengetahuan (atau sepatutnya tahu) bahawa ia boleh menyebabkan mangsa mengalami gangguan, ketakutan, kebimbangan atau kemudaratan,” katanya.
Boleh Terjerat Di Bawah Akta Komunikasi & Multimedia
Selain itu, pendedahan identiti di media sosial juga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, khususnya Seksyen 233 jika kandungan yang dikongsi bersifat menyinggung atau mengancam.
“Pada masa sama, pendedahan identiti melalui media sosial juga boleh terjerat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, khususnya Seksyen 233, kerana peruntukan tersebut menghukum sesiapa yang menggunakan rangkaian untuk membuat komunikasi yang bersifat menyinggung atau mengancam dengan niat untuk mengganggu, mengugut atau mengganggu orang lain,” katanya.
‘Viralkan’ Individu Juga Satu Kesalahan?
Menurut Dr Mahmud, tindakan memviralkan individu termasuk berkongsi gambar, alamat rumah atau nombor kenderaan boleh dianggap sebagai pendedahan maklumat peribadi kerana ia membolehkan seseorang dikenalpasti.
“Dalam keadaan sedemikian, walaupun pihak yang memviralkan mendakwa hutang itu benar, perbuatan menyebarkan identiti seseorang untuk memalukan atau mengundang kecaman awam berpotensi jatuh di bawah peruntukan doxxing dalam Seksyen 507E Kanun Keseksaan, kerana elemen ‘mendedahkan maklumat identiti tanpa persetujuan’ dan ‘kemungkinan menyebabkan gangguan, ketakutan, kemudaratan’ boleh wujud berdasarkan fakta kes,” jelasnya.
Risiko Fitnah Jika Tuduhan Tanpa Bukti
Lebih membimbangkan, jika hantaran tersebut disertai tuduhan seperti ‘penipu’ atau ‘scammer’ tanpa bukti kukuh, ia juga boleh membawa kepada kesalahan fitnah di bawah Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan.
“Lebih penting, sekiranya hantaran itu disertai dengan tuduhan yang menjatuhkan reputasi seperti menyatakan individu itu ‘lari hutang’, ‘penipu’, atau ‘scammer’ tanpa bukti yang kukuh dan tanpa proses undang-undang yang sah, maka tindakan tersebut boleh menimbulkan liabiliti fitnah, termasuk jenayah di bawah Seksyen 499 dan 500 Kanun Keseksaan,” katanya.
Polis Tegas: Jangan Dedah Maklumat Peribadi
Sementara itu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail turut menegaskan bahawa perbuatan menyebarkan maklumat peribadi tanpa kebenaran adalah salah di sisi undang-undang dan tidak boleh diterima.
Maklumat peribadi yang dimaksudkan termasuk alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri serta maklumat keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, aplikasi Sugarbook hangat diperkatakan oleh masyarakat kerana ia menjadi platform anak muda mencari ‘jalan senang’ untuk mendapatkan kehidupan mewah. Pada asalnya, aplikasi ini merupakan tempat mencari jodoh namun ia berlaku sebaliknya.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat akses masuk ke laman web Sugarbook kerana ia dianggap sebuah platform yang boleh meruntuhkan nilai moral terutamanya buat pelajar di Malaysia.
Ekoran daripada situasi ini, polis telah menahan pengasas aplikasi tersebut di sebuah kondominium di Kuala Lumpur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor berkata, lelaki berusia 34 tahun itu ditahan menerusi Ops Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang oleh anggota JSJ Selangor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam.
Menurut Sinar Harian, siasatan awal supek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook dan kes disiasat di bawah Seksyen 05(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu, PDRM menerima laporan dari sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), berhubung mahasiswa di Lembah Klang didakwa menggunakan aplikasi tidak bermoral ini untuk mencari sugar daddy.
Syabas pasukan PDRM kerana mengambil tindakan pantas bagi membendung penularan gejala tidak bermoral ini. Ia bukan hanya merosakkan akhlak, malah juga turut mencalarkan imej negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!