Netizen Malaysia Memang Kreatif Beri Caption Lucu Memes ‘Smudge’ Si Kucing Popular

Share

 

Bukan setiap hari kita berada dalam keadaan gembira.

Ada kalanya sangat stres apatah lagi diuji dengan pelbagai masalah.

Masalah boyfriend tak jujur, masalah belajar, duit tak cukup, kesedihan dan macam-macam lagi.

Memang tak boleh lari dari masalah tapi kita harus mengelak mengikut cara disenangi. Salah satunya membaca komen-komen netizen yang ada kalanya menggelikan hati pada satu-satu kisah yang terjadi di dalam dan luar negara. Tak ketinggalan caption selamba mengenai gambar Smudge, kucing popular di seluruh dunia.

.
.

.

Smudge mula popular apabila tuannya, Mirinda meletakkan banyak sayuran di atas meja dan spontan reaksi Smudge menunjukkan rasa terkejutnya. Katanya lagi, Smudge memang suka berada sama di meja makan dan akan duduk di kerusi yang tidak diduduki seolah-olah bersama-sama menikmati makanan.
Namun bila nampak lebih banyak sayur di atas meja, spontan reaksinya sangat mengejutkan, hahaha.

Untuk pengetahuan korang, sejak gambar Smudge tular, ada berbagai bahasa dibuat termasuklah dalam bahasa Perak. Tak kurang juga yang meletakkan gambar-gambar pemimpin untuk tujuan berlawak (hokay, ini tak boleh diterima kot). Pendek kata netizen Malaysia memang kreatif, memang boleh hilangkan stres.
Baca caption mengenai Smudge yang viral di seluruh dunia.

.

.

.

.

.

.

Tapi sebelum tu, baca dulu mengenai Smudge yang mempunyai jumlah pengikut agak ramai. Kisahnya Smudge mula tular apabila seorang pengguna twitter, @Missinggirl memuat naik bebenang gambar yang menggabungkan imej Smudge dengan babak Taylor Amstrong dari The Real Housewives Of Beverly Hills.

Hasilnya tweet itu meraih hampir 80 ribu diulang kicau dan hampir 300,000 tanda suka pada gambar berkenaan.

.

.

Terkini, gambar Smudge turut diguna ke filem Lorf Of The Ring dalam aksi yang agak lucu. Jika di Malaysia gambar Smudge mula menjadi trend, tetapi sebenarnya negara jiran termasuk Indonesia sudah menyiarkan berita itu lebih awal.

Banyak page-page dibuat atas namanya termasuk Table Cat @tablesmudgecat, Smudge Posting dan lain lagi.Smudge juga ada Instagram sendiri iaitu smude-lord dengan 790 follower. Korang boleh type nama Smudge dan tengok reaksi lucunya.

.

.

.

.

IKLAN