Tahniah kami ucapkan kepada Lisa Kamal, pelajar Geoscience yang mendapat perhatian di media sosial semalam gara-gara ucapannya di hadapan lebih daripada 7,000 orang, termasuklah 1,200 orang graduan yang disertai ahli keluarga dan rakan-rakan.
Tular di media sosial apabila anak kelahiran Malaysia mendapat pengiktirafan untuk berucap di Hari Graduasi Universiti Wisconsin Madison, Amerika Syarikat.
Dilahirkan di Amerika semasa ibu bapanya masih belajar, namun gadis ini membesar di Malaysia dan ingin mengikuti jejak langkah ibu bapanya yang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.
Ads
Selepas sekolah menengah, Lisa berjaya memohon biasiswa dari Petronas dan memilih bidang Geologi. Dia juga terlibat dalam kajian lapangan serta bekerja untuk Wisconsin Geological and Natural History Survey.
Tidak hanya itu, Lisa juga pernah memenangi Anugerah Biasiswa Junior Lowell R. Laudon Cemerlang dari Jabatan Geosains dan anugerah "On To the Future" daripada Persatuan Geologi Amerika.
Ads
Di luar bidang pendidikan, gadis berusia 22 tahun ini bergiat aktif dalam seni bidang kreatif melalui kelas tarian, menyanyi, menari dan bertindak sebagai produksi teater pada acara Malaysian Night dan menjadi salah seorang wakil yang menghidupkan Persatuan Pelajar Malaysia.
Masyarakat Malaysia turut berbangga melihat kejayaan Lisa Kamal di luar negara. Ramai yang mengucapkan tahniah dan memberi semangat buat gadis ini.
Siapa sahaja tidak kenal dengan figura kumpulan K-Pop terkenal ini? Lagu-lagu mereka yang sangat catchy dan rancak pasti menarik perhatian mana-mana anak muda zaman sekarang!
Baru-baru ini tumbler Starbucks edisi khas yang telah dikeluarkan untuk pasaran Asia dengan kerjasama kumpulan K-pop terkenal Blackpink didapati dijual semula dengan harga yang sangat mahal sehingga mencecah RM5,000 seunit.
Harga asal tumbler tersebut adalah antara RM200 dan RM478, namun ada sesetengah pembeli telah mengambil kesempatan dengan menjualnya semula pada harga yang terlalu tinggi.
Menurut sumber Kosmo, ada peminat yang sanggup membayar lebih untuk mendapatkan tumbler itu, dengan ramai yang berkongsi kegembiraan mereka apabila berjaya mendapatkan barang itu.
“Pada harga RM3,500 pun ada yang jual. Anda tahu ini edisi khas, tetapi harganya tidak masuk akal,” komen salah seorang peminat.
“Perkara ini bukan sahaja berlaku di negara kita, ia juga dijual semula pada harga RM2,000 di Indonesia manakala beberapa edisi lain mencecah sehingga RM5,000,” komen warganet.
Seorang pengguna media sosial, bagaimanapun, berpendapat bahawa harga itu ternyata masuk akal kerana tumbler itu hanya terjual di Asia.
“Bagi saya, tidak mengapa untuk menjual pada harga seperti itu. Ini khas untuk pasaran Asia. Jika penjual bijak dan menggunakan mana-mana platform jualan antarabangsa, dia mungkin boleh menjual pada harga yang lebih tinggi,” jelasnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Kosmo, People
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada zaman ini, terdapat pelbagai cara untuk menjual produk makanan sehingga kadang-kadang bahayakan diri dan nyawa. Jika kita perasan sejak setahun dua ini ramai mengambil peluang berniaga di tengah jalan ketika kenderaan berhenti di lampu isyarat.
Yang popularnya ialah jeruk buah. Memang sedap jeruk buah ni lagi-lagi tengah cuaca panas. Perghhh…
Tapi mengejutkan orang ramai apabila baru-baru ini Polis Johor telah menjalankan Ops Khas Peniaga Jalanan sekitar Johor untuk memastikan peniaga-peniaga menjaga kebersihan dan juga mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Sumber: Polis Johor
Pun begitu, polis dapat mengesan peniaga yang tak bertanggungjawab dengan meletakkan jeruk buah untuk dijual di dalam longkang! Walaupun disimpan di dalam bekas polisterin tapi ianya telah melanggar SOP kebersihan yang ditetapkan.
Hmmm….
Menurut K! Online, enam saman telah dikeluarkan kepada sepanjang operasi itu dijalankan kerana ramai peniaga yang mengambil mudah hal kebersihan selain boleh mengundang masalah kesihatan kepada pembeli.
Sumber: Polis Johor
“Operasi ini dijalankan secara berkala dan berterusan, namun sejak akhir-akhir ini kegiatan ini semakin berleluasa terutamanya di kawasan-kawasan persimpangan lampu isyarat” – Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Superintendan M. Kumarasan
Ujarnya lagi, peniaga yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan di bawah Kaedah 10A (1) dan Kaedah 10A (2) LN 166/59 yang mana boleh diambil tindakan denda tidak melebihi RM2,000 jika disabitkan kesalahan.
Hmm, Jadi korang yang nak membeli buah di tepi jalan tu pastikan kebersihannya dulu okay? peiaga pula perlu la lebih bertanggung jawap, baru lah makin laris kalau terjamin bersih.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malang tidak berbau, siapa sangka cendawan liar yang dikutip di kebun belakang rumah punca satu keluarga nyaris maut dan terpaksa masuk hospital.
Spesies cendawan yang dipercayai beracun yang sering tumbuh di kawasan kebun rumah mangsa.- Foto ihsan keluarga mangsa
Menurut laporan Sinar Harian, suri rumah itu hanya mampu melihat tujuh anaknya rebah seorang demi seorang dalam keadaan mulut berbuih dan berdarah kurang sejam selepas menikmati sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun dalam kejadian pada Isnin minggu lalu di kediamannya mereka di Kampung Nyiur di sini.
“Tidak sampai sejam, saya rasa seperti ada yang tidak kena. Terasa seolah-olah hendak terbakar di dalam perut. Rasa panas semacam dan pada masa sama saya muntah berdarah termasuklah suami, Muhammad Nurhadi, 36.
“Dalam keadaan tidak bermaya, kami hanya mampu melihat seorang demi seorang anak tergolek. Ada yang mulut berbuih dan keluar darah. Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu,” katanya.
Difahamkan, lauk cendawan beracun itu dijamah oleh mereka sekeluarga kecuali anak bongsu berusia setahun sebulan.
Hmm..bahayanya cendawan liar ni kerana fizikal tumbuhan ini kelihatan sama. Jadi, ini REMAJA kongsikan 5 jenis cendawan yang tidak boleh dimakan dan beracun.
Cendawan Amanita Bisporigera
Foto Via naturenet.net
Amanita bisporigera adalah spesies cendawan beracun yang berbahaya dalam keluarga Amanitaceae. Ia biasanya dikenali sebagai cendawan ‘Eastern North American Destroying Angel’ atau cendawan malaikat pemusnah.
Cendawan ini mempunyai payung putih halus yang dapat mencapai hingga 10 centimeter dan panjangnya sehingga 14 sentimeter. Jenis cendawan ini mempunyai dua spora dalam satu induk.
Pholiotina rugosa adalah cendawan rumput biasa yang tumbuh secara meluas dan sangat biasa dijumpai di kawasan Barat Laut Pasifik. Jenis cendawan ini juga telah dijumpai di Eropah, Asia dan Amerika Utara.
Ia mengandungi mikotoksin yang boleh membawa kepada kematian. Awas, jenis cendawan ini tidak boleh dimakan.
Cendawan Sulfur Tuft
Foto Via educalingo.com
Cendawan sulfur tuft atau clustered woodlover adalah jenis cendawan hutan yang biasa dan sering kali dijumpai ketika hampir tidak ada cendawan lain. Cendawan ini tumbuh secara besar-besaran dalam gumpalan besar pada tunggul, akar mati atau batang pokok yang lebar.
Cendawan Sulfur tuft amat pahit dan merupakan cendawan yang beracun. Jika memakannya, ianya boleh menyebabkan muntah, cirit-birit dan sawan.
Toksin utama di dalam jenis cendawan ini adalah steroid yang dikenali sebagai steroid fasciculol E. Jangan sesekali makan cendawan jenis ini.
Cendawan Galerina Sulciceps
Foto Via alchetron.com
Spesies cendawan yang sangat berbahaya dan tidak boleh dimakan juga adalah Galerina sulciceps. Ia hidup di wilayah tropika Indonesia dan India, namun kadang-kadang dilaporkan membiak di Eropah.
Jenis cendawan ini mengandungi lebih banyak toksik daripada deathcap (Amanita phalloides). Cendawan ini terbukti mengandungi toksin alpha- (α-), beta- (β-) dan gamma- (γ-) amanitin. Satu kes pernah dilaporkan di Indonesia pada tahun 1930-an yang mengakibatkan 14 kematian akibat pengambilan jenis cendawan ini.
Cendawan Galerina Marginata
Foto Via zoology.ubc.ca
Galerina marginata adalah jenis cendawan yang beracun dalam keluarga Hymenogastraceae dari Agaricales. Sudah tentu tidak boleh dimakan. Cendawan ini mempunyai payung coklat hingga kuning coklat yang pudar ketika musim kering.
Insang cendawan ini berwarna kecoklatan dan memberikan cetakan spora yang berkarat. Cincin membran yang jelas kelihatan pada batang spesimen muda jenis cendawan ini akan hilang seiring bertambahnya usianya.
Moga perkongsian ini bermanfaat kepada semua, pengajarannya kenalpasti cendawan liar sebelum memetik dan dimakan. Dan get well soon buat ahli keluarga ini!
RM BTS dilantik sebagai duta global pertama Muzium Negara Korea, mengukuhkan peranannya dalam mempromosikan seni, sejarah dan warisan budaya Korea kepada masyarakat dunia.