
Hari ini, dunia sukan dan rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih yang melibatkan wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menerusi akaun rasmi Instagram beliau, Chong Wei mengesahkan sedang berdepan dengan kanser hidup tahap terawal dan sedang dalam proses rawatan bersama keluarga serta kenalan rapat di Taiwan.
Kami sendiri terkejut apabila mendapat tahu berita tersebut kerana tiada kenyataan media pernah dikeluarkan sebelum hari ini. Hanya kenyataan rasmi melalui posting Instagram ini yang mengesahkannya.

Kami memahami keinginan Chong Wei dan keluarga untuk melalui fasa ini dengan tenang serta tanpa gangguan. Bagaimanapun, itu tidak menghentikan peminat sukan badminton daripada memberi kata-kata semangat kepada beliau.
Ini merupakan antara komen yang diberikan.


Kami di REMAJA berharap agar Datuk Lee Chong Wei segera pulih daripada penyakit ini. Selama ini beliau sentiasa kuat berdepan dugaan dan kali ini, it is no difference. You can do it, Datuk!
Get well soon.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam Kepedasan Kena Sambung Bacaan Al-Quran, Samyang Challenge Versi Pelajar Tahfiz Dapat Pujian Netizen

Korang mesti pernah dengar dengan cabaran samyang atau #SamyangChallenge yang baru-baru ini menjadi aktiviti viral di kalangan orang muda. Cabaran yang di mana mereka memakan mee segera pedas Korea dan memuat naik reaksi mereka. Cabaran ini bukan sahaja popular di kalangan netizen biasa tetapi turut dilakukan oleh artis, selebriti dan instafamous di Malaysia dan seluruh dunia.
Tapi yang Remaja ingin ketengahkan kali ini berbeza sekali. Dan seriously memang inilah Samyang Challenge terbaik pernah kami saksikan.
Menerusi Facebook Pusat Tahfiz Integrasi An Nur, mereka telah memuat naik sebuah video di mana dua pelajarnya melakukan cabaran ini dengan cara yang cukup unik.
Menerusi posting tersebut, dua pelajar iaitu Abdul Hannan Haznan dan Hazman Johari telah mengajak ustaz mereka, Ustaz Dr Wan Ahmad Afiq, Mudir Pusat Tahfiz Integrasi An Nur untuk berbuka puasa ke sebuah restoran piza terkenal. Dan menu pilihan mereka tidak lain tidak bukan piza samyang, menu terbaru daripada restoran tersebut.
Pelajar ini juga dikatakan telah khatam hafalan 30 juz yang dilakukan dalam masa 3 bulan sahaja. Hebatnya!
Dan di dalam video tersebut mereka berdua diberi cabaran istimewa daripada Ustaz Dr Wan Ahmad Afiq. Apa cabarannya? Mereka berdua dikehendaki menyambung bacaan Al-Quran yang dibaca olehnya.
Dalam keadaan menahan pedas mereka berdua melakukan menyambung bacaan yang dihafal dengan cukup baik sekali. Reaksi mereka yang menahan pedas tapi mampu membaca hafazan dengan baik mencuit hati ramai netizen. Komen-komen di posting video tersebut rata-rata sangat positif dan baik.


Video inilah yang sepatutnya menjadi viral. Keakraban antara ustaz dan pelajarnya serta bagaimana mereka sentiasa dekat dengan Al-Quran membuatkan ramai yang tersentuh. Semoga mereka menjadi contoh yang baik buat golongan muda dan remaja di luar sana. Amin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Remaja Terpotong Alat Kelamin Ketika Khatan Menang Saman RM150 Ribu

Kata orang penantian satu penyeksaan. Namun penantian yang lama akhirnya membuahkan hasil apabila kes saman seorang remaja terhadap seorang pembantu perubatan akhirnya beroleh kejayaaan.
Remaja yang berusia 17 tahun ini yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan berjaya memperoleh pampasan RM150,000 atas kecatatan kekal yang dialaminya. Kes samannya terhadapp seorang pembantu perubatan hospital kerajaan berjaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar yang mewakili remaja itu berkata, defendan pertama iaitu pembantu perubatan Hospital Kuala Lipis bersetuju untuk membayar RM150,000 kepada anak guamnya.
“Jumlah pampasan itu dicadangkan oleh mahkamah ketika kedua-dua pihak berunding untuk menyelesaikan kes dan kami bersetuju dengan jumlah pampasan berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada prosiding kes saman tersebut di dalam kamar Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad, yang kemudiannya merekodkan penghakiman persetujuan penyelesaian kes itu.
Mohamad Zainuddin berkata, pihak defendan juga memohon supaya jumlah pampasan itu dibayar secara ansuran iaitu RM2,500 setiap bulan dalam tempoh lima tahun, bagaimanapun pihaknya menolak cadangan terbabit.
“Mahkamah kemudiannya menetapkan 5 Ogos untuk keputusan bagi mengetahui terma pembayaran berkenaan,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Zainuddin berkata, rayuan anak guamnya di Mahkamah Rayuan ditetapkan untuk pengurusan kes pada 6 Ogos ini.
“Anak guam saya merayu berhubung keputusan mahkamah yang membenarkan kerajaan Malaysia dan empat pihak lagi yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan untuk membatalkan saman berkenaan,” katanya.
Pada 20 Feb lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan kerajaan Malaysia, pegawai perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; pengarah hospital itu; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor; sebagai defendan kedua hingga keenam untuk membatalkan saman itu.

Pada 19 Julai 2018, remaja itu selaku plaintif memfailkan saman melalui ibunya dan mendakwa pada 10 pagi, 13 Dis 2010, defendan pertama (pembantu perubatan) bersama seorang pembantunya menjalankan prosedur berkhatan dengan kebenaran dan pengetahuan defendan kedua (pegawai perubatan) dan ketiga (pengarah hospital) ke atas dua kanak-kanak lelaki termasuk anaknya yang ketika itu berusia 10 tahun, di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis, Pahang.
Plaintif mendakwa semasa berkhatan, defendan pertama tidak mengikut prosedur ditetapkan apabila memotong keseluruhan kepala zakar anaknya, yang ketika itu keadaan kulit zakar masih menutupi kepala kemaluan remaja berkenaan, selain mendakwa defendan pertama membuat penyambungan semula ke atas kepala alat sulit dengan menjahitnya tanpa mengikut prosedur yang betul.
Dakwa plaintif, ketika anaknya berada di Hospital Kuala Lipis, defendan kedua tidak memberikan rawatan dengan segera dan tidak memaklumkan kepada plaintif serta anggota keluarganya bahawa keseluruhan kepala alat sulit atau glans penis terputus akibat prosedur itu, sebaliknya hanya dimaklumkan saluran kencing anaknya telah terpotong.
Plaintif mendakwa anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang dan pembedahan dilakukan untuk menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar, namun selepas masuk hari ke-35, plaintif terperanjat selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi pada batang zakarnya.
Plaintif juga mendakwa defendan keempat memberi jaminan bahawa glans penis berkenaan kemungkinan akan tumbuh apabila anaknya mencapai usia akhir baligh, namun plaintif mendakwa apabila anaknya mencapai usia 17 tahun, kepala zakarnya tidak tumbuh.
Remaja itu mengalami kecacatan kekal dengan kemaluannya tidak dapat disambung semula dan dia berubah sikap menjadi seorang yang amat pendiam dan tidak suka berkawan dengan rakan sebaya serta tidak faham dunia seksualiti.
Plaintif juga terpaksa menanggung perbelanjaan dan kos yang tinggi semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang termasuk perbelanjaan perjalanan dan rundingan dengan peguam yang kesemuanya berjumlah lebih RM100,000.
Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, faedah dan kos.
Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemuda 20 Tahun Pecah Rekod Dunia, Tinggi Hanya 65 Sentimeter

Manusia tercipta dengan keunikannya masing-masing. Ada yang berkulit hitam, putih, coklat, dan ada yang bertubuh gemuk,kurus, tinggi dan juga rendah.
Secara purata, ketinggian lelaki dan perempuan di Malaysia masing-masing adalah sekitar 165 dan 153 cm. Selalunya lelaki Malaysia yang tinggi pun hanya sekitar 185 cm.
ARTIKEL BERKAITAN :: Baru Berusia 14 Tahun, Remaja Ini Bakal Diiktiraf Tertinggi Di Dunia
Dengan hanya berketinggian 65 sentimeter (sm), seorang lelaki dari Iran mendapat pengiktirafan Guinness World Records untuk kategori lelaki terpendek di dunia, lapor laman berita Wion News semalam.

Afshin Esmaeil Ghaderzadeh, 20, yang tinggal di sebuah kampung terpencil di wilayah Azerbaijan Barat berkata, menjadi lelaki paling pendek di dunia terasa ‘seperti mimpi’ selepas dia didapati 6.86 sm lebih pendek daripada pemegang rekod sebelumnya.
Ketua Pengarang Guinness World Records, Craig Glenday dan Adjudikator Rasmi, Kanzy El Defrawy menghadiri acara pengukuran di pejabat badan penyimpan rekod dunia itu di Dubai.Afshin diukur tiga kali untuk memastikan dia mencatat rekod baharu itu.

Kehidupan di Iran Utara tidak mudah untuk Afshin. Akibat tidak dapat bersekolah, dia menjadi buta huruf walaupun baru-baru ini berjaya menulis namanya sendiri. Afshin tidak dapat mengelilingi kampung tanpa bantuan ibu bapanya. Walaupun dia boleh berjalan, dia lebih suka digendong pada masa-masa tertentu.
Comel kan lelaki yang mendapat rekod terendah di dunia ini.
Sebelum ini, Rekod Dunia Guinness (GWR) mengiktiraf remaja lelaki berusia 18 tahun dari Nepal ini sebagai remaja paling pendek di dunia
BACA : Hanya Tinggi 73.43 Sentimeter, Remaja Lelaki Ini Diiktiraf Terpendek Di Dunia
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

