
Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura yang sebelum ini menerima kritikan hebat daripada warganet apabila mempromosikan lagu terbaharunya Bertahan Demi Cinta dalam sebuah program bual bicara di Indonesia, kini kembali mencuri perhatian dengan bakat nyanyiannya.
Menerusi hantaran di Instagram, Fazura berkongsi video dirinya menyanyikan lagu Make You Feel My Love, karya asal penyanyi terkenal antarabangsa, Adele.
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri Puji Suara Fazura -“Awak Sesuai Duet Dengan Saya, Suara Unik & Universal…”

Walaupun hanya duduk ketika menyampaikan lagu tersebut, Fazura berjaya memukau peminat dengan alunan suara yang merdu, membawakan setiap bait lirik dengan penuh emosi.
Menerusi ruangan kapsyen video itu, Fazura menjelaskan bahawa lagu tersebut memiliki makna yang sangat mendalam baginya. Menurutnya, ia sering dinyanyikan kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, setiap kali sebelum tidur.
“Apa yang menjadikan lagu ini lebih istimewa ialah ia mempunyai makna yang mendalam bagi Fazura, yang sering menyanyikan buat anaknya sebelum tidur.
ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Kini Lebih Bahagia -“Bukan Nak Riak, Tapi Saya Lebih Tenang Sekarang”
“Bait lirik, ‘Untuk membuat anda merasakan cinta saya’ adalah janji tulus Fazura untuk sentiasa berada di sisi Fatima,” tulisnya dalam kapsyen tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan kekaguman terhadap suara Fazura yang dianggap serasi dengan lagu tersebut. Selain, mereka memuji keindahan dan ketepatan nada suara pelakon filem Pisau Cukur itu yang dianggap mampu menyampaikan lagu penyanyi antarabangsa dengan begitu baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Fazura
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari
![[FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari 4 [FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/09/265200-1.jpeg)
Semenjak memenangi gelaran Miss Universe Malaysia 2020 pada hari Sabtu lalu, nama Francisca Luhong James semakin disebut-sebut sebagai salah seorang pesaing sengit untuk bertanding di Miss Universe 2020, kelak.
![[FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari 5 [FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/09/265199-1.jpeg)
ARTIKEL BERKAITAN: “Wanita Hanya Perlu Percayakan Diri Sendiri” – Francisca
Hanya sempat menarik nafas sebentar pada hujung minggu, Francisca dan pihak Miss Universe Malaysia Organization (MUMO) tidak menoleh ke belakang dan terus membawa ratu cantik itu untuk diperkenalkan kepada orang ramai menerusi sesi Minggu Bersama Media.
REMAJA yang dijemput sebagai salah satu rakan media sempat untuk menemui Francisca (dan Miss Universe Malaysia 2019 Shweta Sekhon! But more on that later) dan sememangnya, anak kelahiran Sarawak itu tinggi orangnya.
Berdiri pada ketinggian 175 sentimeter, Francisca manis dipandang dalam persalinan sut daripada Michael Kors dan tiara serta aksesori daripada Habib Jewels. Tiara yang cantik terletak di atas kepalanya itu khabarnya memerlukan pengawal dan wakil daripada Habib Group sendiri atas faktor keselamatan.
“Tiara ini saja bernilai kira-kira RM2.38 juta. Dengan baju dan barang kemas daripada Habib Jewels ini, persalinan saya secara keseluruhan ini mungkin bernilai RM3 juta,” kongsinya.
Wow! Jangan main-main ya.
Menariknya, dalam tempoh sehari, Francisca tidak sekadar menyarungkan satu atau dua persalinan saja. Ratu berusia 25 tahun itu sempat untuk menukar sehingga LAPAN persalinan bagi setiap temuramah yang dilakukan olehnya bersama rakan media!
Jom lihat transformasi stail Fran dalam tempoh 8 jam semalam.
01
![[FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari 6 [FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/09/265194-1.jpeg)
02
![[FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari 7 [FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/09/265193-1.jpeg)
03
![[FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari 8 [FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/09/265196-1.jpeg)
04
![[FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari 9 [FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/09/265195-1.jpeg)
05
![[FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari 10 [FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/09/265191-1.jpeg)
06
![[FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari 11 [FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/09/265192-1.jpeg)
07
![[FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari 12 [FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/09/265198-1.jpeg)
08
![[FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari 13 [FOTO] Bukan Satu, Dua Tapi LAPAN Persalinan Miss Malaysia Dalam Satu Hari](https://www.remaja.my/wp-content/uploads/2020/09/265197-1.jpeg)
*
Haa, mana satu jadi kegemaran korang? Personally, penulis menggemari sut Michael Kors yang Francisca sarungkan semasa temuramah kami bersamanya. Call us biased but we like that look best! Hehe..
Pujian turut harus diberikan kepada skuad glam yang mempersiapkan Francisca, terdiri daripada Makeup Miracle, Shawn Cutler dan pasukan MUMO sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh 2 Kali, Bangkit Kali Ketiga – Francisca
Nantikan video temuramah bersiri kami bersama Francisca Luhong James, tak lama lagi.
Sumber foto: Instagram Miss Universe Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ernie Zakri & Syamel Hargai Tugas, Kepentingan Pihak Media Dalam Perkembangan Karier Seni

Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel baru-baru ini telah mengadakan program berbuka puasa dan beramah mesra bersama pihak media di St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur.
Program tersebut memberikan peluang kepada mereka untuk lebih mendekati media, baik yang baru mahupun yang lama.
ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Muncul Sebagai Artis Tempatan Paling Tinggi Distrim. Tahniah!

Menurut Syamel, ini adalah kesempatan berharga buat mereka untuk mengeratkan hubungan dengan pihak media.
“Ini adalah peluang bagi saya dan isteri untuk lebih mendekati media, terutamanya media lama dan baharu.
“Ia juga merupakan platform untuk kami menghargai mereka yang telah banyak membantu dalam kerjaya kami,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Cipta Sejarah Di Indonesia, Menang Anugerah Di SCTV Awards 2024. Tahniah!

Ernie, yang turut hadir dalam majiis iftar tersebut, menekankan bahawa peranan media sangat penting dalam dunia seni, meskipun dunia hiburan kini lebih tertumpu kepada media sosial.
“Saya bermula dalam industri ini pada 2009, di mana saya berada di antara media lama dan baharu.
“Ketika bersama syarikat rakaman lama, saya diajar untuk bekerjasama dengan pihak media,” kata Ernie.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Belakang Tabir itu juga berkongsi pengalamannya bekerja dengan artis senior yang banyak memberi tunjuk ajar tentang kepentingan media dalam kerjaya seni.
“Tanpa media, tiada cerita tentang kami, walaupun media sosial kini semakin besar.
“Media bukan hanya sebagai tempat untuk kita mendapat berita, tetapi lebih kepada hubungan yang dibina bersama mereka,” tambahnya lagi.
Bagi Syamel, hubungan dengan media adalah kunci dalam mengembangkan kerjaya seni, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan promosi konsert atau projek seni yang lain.
Tambahnya, dia turut memberikan pesanan kepada artis-artis baharu agar sentiasa merendah diri dan menghormati peranan pihak media.

“Adab itu penting. Jangan terlalu ‘feeling’. Banyak artis baharu yang telah ditanam dengan persepsi buruk terhadap media. Pada kami, lebih baik kita saling mengenali dan memahami fungsi media
“Jangan pula tanya kepada orang yang bukan ahli. Dari situ, proses pembelajaran itu akan bermula,” tuturnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siti Nurhaliza & Neelofa Tersenarai Antara Top 100 Bintang Digital Forbes Asia 2020.

Dua insan hebat ini tidak perlu diperkenalkan lagi, nama mereka merupakan ‘jenama’ yang meniti dibibir kebanyakan rakyat Malaysia. Kedua-duanya bermula di dalam bidang seni sebelum menjadi seorang ahli perniagaan seterusnya memanfaatkan kekayaan dan juga populariti yang dikecapi untuk membantu mereka yang dalam kesusahan.
Terbaru, Forbes Asia telah menyenaraikan dua bintang dari Malaysia ini di dalam senarai 100 Bintang Digital Forbes Asia. Dalam penulisan yang disertakan bersama penyenaraian itu, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat aktif dalam membantu peniaga makanan dan restoran yang terkesan disebabkan oleh pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini.

Dengan kekuatan 7.9 juta pengikut di Instagram, beliau membantu peniaga-peniaga tersebut mendapatkan publisiti yang lebih tinggi. Tahun ini juga penyanyi kesayangan ramai ini telah melancarkan album solo ke-18 dengan tajuk ManifestaSITI 2020 yang mendapat sambutan hangat dari para peminat beliau. Selain itu, pelantun lagu popular kini, Aku Bidadari Syurgamu turut sibuk dengan perniagaan produk kecantikan halal, SimplySiti.
Merupakan alumni Asia Forbes 30 under 30, penyenaraian Neelofa di antara 100 bintang digital Forbes Asia bukan satu perkara yang mengejutkan. Bahkan ini merupakan satu penanda aras yang wanita asal Kelantan ini dan juga merupakan Dewi Remaja 2009/2010 seorang personaliti yang punya visi yang jelas di dalam hidupnya.

Baru sahaja berniqab, dia merupakan individu paling ramai pengikut di Instagram di Malaysia seramai 8.2 juta pengikut. Sibuk dengan empayar perniagaan hijab dan busana siap pakai sopan, Naelofar yang dimulakan sejak 2014. Dia kini mengembangkan sayap dengan lebih luas dalam bidang kemanusiaan pula menerusi penubuhan Kasih Neelofa dan terbaru Markaz Tijari yang bertujuan membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan melalui perniagaan khususnya golongan wanita dan pelajar.
Inilah yang dikatakan wanita yang penuh dengan inspirasi. Kehebatan mereka bukan sahaja dalam kerjaya bahkan dalam membantu orang yang memerlukan juga. Tahniah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

