Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel baru-baru ini telah mengadakan program berbuka puasa dan beramah mesra bersama pihak media di St. Giles Boulevard, Kuala Lumpur.
Program tersebut memberikan peluang kepada mereka untuk lebih mendekati media, baik yang baru mahupun yang lama.
Ernie, yang turut hadir dalam majiis iftar tersebut, menekankan bahawa peranan media sangat penting dalam dunia seni, meskipun dunia hiburan kini lebih tertumpu kepada media sosial.
“Saya bermula dalam industri ini pada 2009, di mana saya berada di antara media lama dan baharu.
“Ketika bersama syarikat rakaman lama, saya diajar untuk bekerjasama dengan pihak media,” kata Ernie.
Ads
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Belakang Tabir itu juga berkongsi pengalamannya bekerja dengan artis senior yang banyak memberi tunjuk ajar tentang kepentingan media dalam kerjaya seni.
“Tanpa media, tiada cerita tentang kami, walaupun media sosial kini semakin besar.
“Media bukan hanya sebagai tempat untuk kita mendapat berita, tetapi lebih kepada hubungan yang dibina bersama mereka,” tambahnya lagi.
Ads
Bagi Syamel, hubungan dengan media adalah kunci dalam mengembangkan kerjaya seni, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan promosi konsert atau projek seni yang lain.
Tambahnya, dia turut memberikan pesanan kepada artis-artis baharu agar sentiasa merendah diri dan menghormati peranan pihak media.
“Adab itu penting. Jangan terlalu ‘feeling’. Banyak artis baharu yang telah ditanam dengan persepsi buruk terhadap media. Pada kami, lebih baik kita saling mengenali dan memahami fungsi media
“Jangan pula tanya kepada orang yang bukan ahli. Dari situ, proses pembelajaran itu akan bermula,” tuturnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Produksi The White Lotus telah meluncurkan iklan acah (teaser) terbaru untuk musim ketiganya and guess who is in it!
Kelibat individu yang mencuri tumpuan itu tidak lain tidak bukan ialah ahli kumpulan Blackpink Lisa Manoban yang dapat dilihat memainkan salah satu watak dalam musim terbaru ini.
REMAJA difahamkan jalan cerita The White Lotus kali ini akan memaparkan lokasi di sekitar Thailand. Demi mengekalkan nilai visual autentik, penggambarannya dilakukan di lokasi asli seperti yang dikehendaki pencipta dan penulis drama bersiri tersebut, Mark White.
Justeru, Lisa telah kembali ke negara kelahirannya, Thailand untuk memainkan watak Mook.
Mook merupakan pengurus dan waris kepada pemilik resort mewah, The White Lotus di Thailand. Sebagai salah satu watak prominen yang mempunyai peranan penting dalam The White Lotus musim ketiga, tentunya peminat Lisa tidak sabar lagi untuk menonton setiap babak yang menampilkannya.
“Welcome To The White Lotus Thailand, ka! “
Rata-rata peminat Lisa menyambut baik perkembangan terbaru ini dan menyatakan sudah tiba masanya untuk Lisa memperluaskan graf seninya selain menjadi ahli Blackpink serta penyanyi solo berjaya.
Untuk rekod, Lisa merupakan ahli Blackpink kedua yang membintangi drama bersiri terbitan HBO. Sebelum ini, Jennie Kim telahpun menempa peluang debut lakonan menerusi drama bersiri The Idol yang keudara pada Julai 2023.
Manakala, seorang lagi ahli Blackpink iaitu Kim Jisoo juga terlebih dahulu telah menceburi bidang lakonan dalam industri K-drama menerusi naskas seperti Snowdrop (2021 – 2022) dan terbaru, Newtopia (2025)
Setelah mendapat pujian ramai kerana memaparkan jalan cerita yang ‘segar’ dan turut melakar kejutan apabila memenangi dua anugerah di Asian Academy Creative Awards (AACA) 2019 yang berlangsung di Victoria Theatre, Singapura.
Terkini, drama bersiri komedia mafia pertama di Malaysia, Keluarga Baha Don kini kembali untuk musim kedua yang menjanjikan lebih banyak babak yang menarik.
Dibarisi Pelakon Hebat
Masih mengekalkan barisan-barisan pelakon utama nya seperti Remy Ishak,Othman Hafsham, Jihan Muse, Mark Adam, Khir Rahman, Susan Lankester, Sharifah Aleysha dan Melissa Campbell, bagi musim kali ini juga bakal memperlihatkan penampilan istimewa dari Tony Eusoff, Amy Mastura, Azman Hassan, Marsha Milan dan ramai lagi.
Mengenai musim kedua Keluarga Baha Don, Jo (Remy Ishak) mendapati bahawa bapanya, Baha Don (Othman Hafsham) berkemungkinan masih hidup. Dalam musim terdahulu, Jo terpaksa pulang ke Malaysia akibat kematian bapanya dan turut mewarisi kekayaan dan perniagaan keluarga biarpun abangnya, Mat Don (Khir Rahman) masih hidup.
Untuk menonton siri komedi ini, muat turun app Viu di Google Play Store dan Apple App Store atau log masuk ke laman web Viu.com . Untuk kepuasan maksima, tontonlah keseluruhan musim pertama sebelum musim kedua. Kemudian tontonlah musim 2 bermula hari ini di mana episod baru akan ditayangkan setiap hari Khamis.
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas industri hiburan tanah air dikejutkan isu pelakon dan usahawan, Mawar Rahshid menanggalkan hijab, tuan empunya badan akhirnya membuka mulut dengan berkongsi kenyataan yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Bekas peserta Dewi Remaja itu mengakui tindakannya membuka semula hijabnya adalah sebagai perbuatan yang tidak baik selain tidak wajar dicontohi.
Bagaimanapun sebagai manusia biasa, ibu kepada dua cahaya mata itu sedaya upaya mahu memperbaiki hubungannya dengan pencipta dan bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan yang telah dia lakukan.
“Assalamualaikum semua. Minta maaf saya tidak angkat dan balas mesej semua yang bertanya tentang keadaan saya. Saya baru ‘on’ telefon.
“Saya akan bagi kenyataan di sini sahaja ya. Saya tidak mahu bercakap banyak tentang isu ini, sebab tindakan saya ini bukanlah tindakan yang baik dan patut dicontohi.
“Sungguhpun semua ini sudah berlaku, saya masih berusaha untuk memperbaiki hubungan saya dengan Allah SWT. Biarlah usaha saya ini antara saya dan Allah sahaja,” katanya.
Dalam pada itu, Mawar turut memohon maaf kepada peminat yang kecewa atas tindakan yang dibuat dan memberitahu masih dalam fasa berusaha untuk istikamah selama ini, namun gagal.
“Saya juga hendak minta maaf kepada semua orang yang saya sudah kecewakan. Saya dan buat dan saya sudaya upaya untuk istikamah selama ini.
“Tetapi saya gagal kali ini. Doakan saya untuk istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh dengan kekurangan.
Pada masa sama, dia juga mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang tidak putus-putus memberikan kata positif dan mendoakan kebaikan untuk dirinya.
“Terima kasih kepada yang masih menyokong saya, bagi kata-kata positif dan mendoakan yang baik-baik untuk saya. Terima kasih,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.