
Platform streaming filem digital Netflix mengesahkan bahawa akan melakukan adaptasi siri Spanyol La Casa de Paperl atau Money Heist versi Korea.
Money Heist adalah siri drama jenayah Sepanyol yang berkisarkan tentang sekumpulan individu yang melakukan rompakan di Royal Mint of Spain, diketuai oleh dalang jenayah yang dipanggil Profesor. Netflix mempunyai hak penstriman global pada 7 tahun dan telah menayangkan siri ini sebanyak empat musim.

Kini, syarikat produksi Korea, BH Entertainment bersama Content ZIUM dilaporkan sedang berbincang untuk memulakan siri drama ini dalam versi Korea.
Pada 1 Disember lalu, pihak mereka telah mengesahkan siri ini dengan menampilkan plot yang hampir sama dengan versi asal, namun ia akan tetap mengekalkan set jalan cerita di Korea.

Siri remake ini akan diarahkan oleh Kim Hong Sun, yang dikenali dengan beberapa drama popular seperti Son: The Guest, Voice dan Black. Skrip akan ditulis oleh Ryu Yong Jae dan teamnya yang menulis drama tvN Psychopath Diary.
BH Entertainment (A Single Rider, Miss Baek) dan Content ZIUM (Itaewon Class, Go Back Couple, More Than Friends, Run On) akan menjadi penerbit bersama.
Butiran tentang barisan pelakon, tajuk drama dan jadual penggambaran akan diumumkan tidak lama lagi.
Sama-sama kita nantikan siapa selebriti yang bakal membintangi siri Money Heist versi Korea ini. Tazabar!
Sumber: Soompi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Istimewanya Hari Arafah, Salah Satunya Waktu Paling Mustajab Berdoa

Walaupun tahun ini Malaysia dan banyak lagi negara lain tidak menghantar jemaah Haji masing-masing ke Tanah Suci — namun ibadah Rukun Islam ke-5 itu tetap diteruskan bagi jemaah Haji Arab Saudi dan negara yang dibenarkan.

Bulan Zulhijjah merupakan antara bulan yang paling istimewa bagi umat Islam. Terdapat banyak kelebihan padanya yang tidak dijumpai pada bulan lain. Salah satu daripadanya adalah Hari Arafah, iaitu yang disambut pada setiap 9 Zulhijjah setiap tahun.
Memang begitu banyak kelebihan Hari Arafah yang disambut setiap 9 Zulhijjah ini, iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha.
1. SEBAHAGIAN DARIPADA RUKUN HAJI
Pentingnya Hari Arafah adalah ia merupakan sebahagian daripada Rukun Haji.
Ibadah ini juga sangat signifikan dan adalah puncak berkumpulnya seluruh jutaan jemaah Haji dari segenap pelosok dunia.
Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:
الحَجُّ عَرَفَةُ
Maksudnya: “Haji adalah Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (814)]

2. HARI KESEMPURNAAN AGAMA
Di Arafah inilah Rasulullah telah menyampaikan khutbah wada’ atau khutbah perpisahan. Ia digelar ‘perpisahan’ kerana tidak lama setelah menyampaikan khutbah tersebut, Baginda pun wafat.
Pada ketika itu, telah turunnya surah al-Maa’idah ayat ke-3 sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Rasulullah SAW:
اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا
Maksudnya: “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” [Al-Maa’idah: Ayat 3]
3. HARI ARAFAH ADALAH HARI RAYA BUAT UMAT ISLAM
Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
يَوْمُ عَرَفَةَ، وَيَوْمُ النَّحْرِ، وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]
4. HARI ARAFAH ADALAH HARI PENYAKSIAN
Hari Arafah turut digelar sebagai hari penyaksian kerana pada hari tersebut, Allah mengambil perjanjian setia daripada zuriat Nabi Adam sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah telah mengambil perjanjian setia di Arafah daripada zuriat yang berada dalam tulang belakang Nabi Adam, dan mengeluarkan zuriat itu dihadapannya seperti biji-bijian, kemudian Allah berkata kepada mereka dengan firmanNya, “Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab : Benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi”, yang demikian itu supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak : “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.” [Riwayat Ahmad]
5. DOA PALING MUSTAJAB PADA HARI ARAFAH
Arafah dikenali sebagai tempat berdoa paling mustajab dan di situlah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa. Menurut sumber, ada juga pendapat lain mengaitkan wukuf dengan wahyu yang diterima Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail.
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]

6. GANJARAN PUASA ARAFAH
Berpuasa pada Hari Arafah adalah sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. Ia adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan kerana ganjaran puasa pada hari tersebut menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]
7. HARI KEAMPUNAN
Ambillah peluang untuk bertaubat dan memohon ampun sebanyak-banyaknya kerana Hari Arafah adalah hari pelepasan dari api neraka. Pada hari ini, keampunan dari Allah terbuka luas.
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah”. [Riwayat Muslim (2402)]
Selain itu, ibadah wukuf di padang Arafah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis. Mereka memohon ampun daripada Allah selama bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabar Rahmah selepas 40 tahun terpisah.
So, korang wajib setkan dalam reminder korang dan rebutlah kesempatan ini agar kita tak terlepas untuk memperbanyakkan amalan pada hari tersebut.
Moga-moga artikel ini memberi manfaat kepada semua dan Allah memberi kita kekuatan dan kemudahan agar dapat melaksanakan amalan dengan tekun dan istiqamah.
*Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan, Utusan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bangga Lihat Vaksin BioNTech Pfizer Ciptaan Pasangan Muslim

Sekian lama, sejarah telah menunjukkan bahawa penyelidik dalam kalangan masyarakat Islam sentiasa berjaya untuk mengemukakan ciptaan terbaru bagi membantu keperluan masyarakat sejagat.
Siapa yang tidak kenal dengan Ibnu Sina atau lebih dikenali sebagai Avicenna di dunia Barat yang merupakan Bapa Perubatan Moden.
Beliaulah yang menjadi individu pertama membuat kajian terhadap subjek mata dan juga mengkaji jenis-jenis penyakit baharu serta kaedah rawatan mencegahnya seperti Tibi, rubella, cacar, alahan dan penyakit jiwa.
*
Kini dalam dunia millenial, kita sedang berdepan cabaran wabak COVID-19 pula dan seluruh masyarakat dunia sedang menantikan vaksin terbaik untuk menghindarkan diri daripada dijangkiti.
Setakat ini, sudah ada beberapa vaksin yang diterima pakai oleh kebanyakan negara. Salah satunya ialah vaksin BioNTech Pfizer yang turut digunakan di Malaysia sekarang.
Tapi, tak ramai yang tahu bahawa mereka yang bertanggungjawab terhadap ciptaan ini ialah pasangan suami isteri beragama Islam.
Macam plot cerita filem adiwira kan apabila pasangan suami isteri yang menjadi penyelamat dunia. Tapi inilah kejayaan realiti yang telah dunia saksikan pada masa ini.

Dr Ugur Sahin, 55 dan isteri, Dr Ozlem Tureci, 63 merupakan pengasas syarikat BioNTech. Dr ugur berasal dari Turki sebelum dibawa berpindah ke Jerman oleh ibu bapanya yang bertugas di syarikat automobil Ford.
Beloau memiliki ijazah kepakaran khidmat terapi imuniti buat pesakit barah dan telah bertemu isterinya semasa bertugas sebagai tutor di hospital di Cologne dan Hamburg. Dr Ozlem pula pula merupakan anak perempuan kepada seorang ahli fizik berketurunan Turki yang berpindah ke Jerman
Hasil daripada pertemua, pengalaman dan kepakaran mereka berdua, Dr Ugur dan isteri memutuskan untuk membangunkan sebuah syarikat bernama BioNTech pada tahun 20008 bagi penciptaan alat imunoterapi kanser. Sehingga kini, syarikat tersebut telahpun mempunyai 1,800 orang pekerja.

Lokasi syarikat BioNTech milik pasangan ini..
Mereka terlalu gemarkan pekerjaan mereka sehinggakan pada hari perkahwinan, mereka tetap memasuki makmal untuk meneruskan kajian!
Satu demi satu ciptaan yang mereka hasilkan dan terbaru adalah vaksin dengan kerjasama Pfizer. Menurut laporan, vaksin ini didapati efektif sehingga 90 peratus berbanding vaksin COVOD-19 yang lain.
Besar sungguh jasa mereka yang mengerah kepakaran serta penyelidikan untuk manfaat masyarakat dunia.
ARTIKEL BERKAITAN : Senarai Pemimpin Dunia Yang Terima Vaksin COVID-19 Setakat Ini – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Menangis Harimau Tengok” – Tular ‘Krim Punggung’ Mewah, Ameera Khan Balas Sindiran

Kalau tidak kontroversi, bukan Little Miss Khan lah namanya.
Dek kerana satu muat naik berkenaan krim yang disapu pada punggung, kecoh dunia media sosial tempatan.
Pempengaruh popular, Ameera Khan yang lebih mesra dengan panggilan Little Miss Khan atau LMK kembali mencuri perhatian warganet dengan satu muat naik di Instagram, semalam.
ARTIKEL BERKAITAN : Dikatakan Persis Kylie Jenner, Ini Tujuan Sebenar Foto Terbaru Ameera Khan – REMAJA
Menerusi paparan di Instagram Stories, Ameera berkongsi berkenaan rutin penjagaan kulitnya. Dalam banyak-banyak paparan tersebut, salah satu yang menarik perhatian ramai adalah berkenaan produk jenama premium La Mer yang digunakan oleh Ameera bagi penjagaan kulit bahagian punggung.

Wait what?
Sebenarnya, kami tidaklah terkejut sekiranya sesiapa memakai krim melembutkan kulit pada bahagian punggung.
Kami juga tidak terkejut dengan sesiapa yang memilih jenama La Mer sebagai jenama produk mereka. Walaupun sedikit mahal, namun kualiti dan keberkesanan La Mer sememangnya diakui ramai penggemarnya.
Namun kami sedikit terkejut apabila krim pelembap berharga RM1,024 (bagi botol sebesar 60ml) ini digunakan Ameera bagi bahagian tersebut.
Seperti yang dijangka, warganet tampil memberikan pelbagai reaksi sejak semalam. Ramai merasakan info tersebut tidak manis untuk dikongsikan kepada khalayak. Ada juga golongan yang merasa cemburu (seperti kami) apabila melihat Ameera mampu melaburkan (no pun intended) bajet yang tinggi untuk penjagaan bahagian punggung.
*
Biarpun ruangan komen di media sosial dipenuhi dengan reaksi serta komen sindiran, LMK nampaknya tidak mempedulikan kata-kata warganet dan memuat naik satu lagi posting bagi mempromosikan jenama tersebut.
Kali ini, ia di ruangan feed Instagram pula dengan kapsyen berbunyi, “Moisturize your (emoji buah pic – hhm)”.

Sumber Foto: Instagram @littlemisskhan.
Ramai merasakan LMK wajar memadamkan muat naik tersebut atas “rasa malu”.
Tak kurang juga yang mempersoalkan sekiranya Ameera kini menjadi model punggung. Mereka menasihatkannya untuk mengurangkan publisiti sedemikian dan, “be a woman with class’ – seperti yang dikatakan oleh salah seorang warganet.







Apa jua komen yang dilontarkan, penulis mengakui Ameera ialah seseorang yang bijak mencetuskan publisiti dalam kontroversi.
Tak mustahil ramai orang Malaysia yang sebelum ini tidak begitu familiar dengan jenama La Mer juga akan berjinak-jinak membelinya di stor seperti Sephora selepas ini. Tak gitu?
Bagi korang yang tidak mempunyai bajet seperti Ameera, mungkin korang lebih tertarik untuk membeli jenama penjagaan kulit di bawah.
ARTIKEL BERKAITAN: 11 Moisturizer Terbaik Untuk Kulit Kering
BACA LAGI: Step By Step Rutin Basic Skincare Guna Produk Drugstore Yang Boleh Korang Ikut – REMAJA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

