8 tahun berlalu sejak Noor Neelofa ditabalkan sebagai Dewi Remaja edisi kelapan, dan lihatlah di mana dirinya sekarang. Words can’t even describe how proud we are of her. Sama seperti ‘kakak-kakak’ alumninya, Neelofa berubah menjadi bintang yang sangat cerah sinarnya.
Sempena ujibakat Pencarian Dewi Remaja yang bakal berlangsung pada 29 Sep, 30 Sep, 6 Okt dan 7 Oktober ini, kami cuba mengorek tip berguna sebelum kamu melangkah masuk nanti.
Ikuti 5 perkongsian Dewi Remaja 2009/2010 ini kepada REMAJA.
Neelofa
Apakah yang paling diingati semasa kamu menjadi finalis?
Ads
N : Okay pada waktu itu, kami dipaparkan dalam enam buah episod program realiti dan setiap kali menjalankan penggambaran, saya akan pelajari benda baru. Setiap hari, saya rasakan saya bermula dari zero, in some aspects. Dari situ, saya berusahapraktikkan apa yang diajar.
Siapakah Dewi Remaja yang terlintas dalam fikiran kamu sekarang?
N : Oh! Okay kejap (ketawa). Wan Khatijah, Juliana Banos, Tengku Anis, Scha Alyahya…yes. Saya juga amat hormati Aleeza Kassim. Dialah mentor saya semasa persediaan Dewi Remaja dulu. Setiap peserta perlukan mentor yang bagus, dari situlah kamu boleh perbaiki diri.
Neelofa
Ads
3 ciri-ciri yang wajib ada pada seorang Dewi Remaja.
N : Keyakinan, fokus, dan versatiliti.
Tip bagi peserta berhijab.
N : Bagi saya, sedikit sebanyak ia memberi perspektif berbeza kerana sebelum tahun edisi 2014/2015, peserta Dewi Remaja tidak berhijab. Bagi mana-mana peserta berhijab yang terpilih pada tahun ini, REMEMBER, kamu mewakili sebahagian besar remaja berhijab di Malaysia. Aim to be the best representative for the hijabis.
Ads
Jangan jadikan hijab sebagai satu batu penghalang untuk kamu mencuba. Jika kamu berhijab kerana Allah SWT, insyaAllah, semuanya akan baik-baik saja.
Last advice sebelum mereka melangkah masuk ke bilik ujibakat.
N : Jadi diri sendiri dan pastikan kamu tahu tujuankamu menyertai Dewi Remaja. Ini agar kamu mudah tahu hala tuju dan kembangkan misi kamu selepas tamat pertandingan ini nanti.
Get ready, girls!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila seseorang itu menghadapi musibah ataupun berita menyedihkan, seharusnya sebagai seorang kenalan harus untuk kita menyampaikan takziah dah mengirimkan doa Al-Fatihah.
Hari ini,Noor Neelofa sekeluarga berdepan dengan berita pemergian datuknya, Haji Noor Mohamed. Dengan rendah diri, dia dan adik beradik yang lain seperti Ameera Khan dan Athisha Khan menyampaikan berita tersebut melalui akaun media sosial masing-masing.
Arwah telahpun sempurna disembahyangkan di Masjid Besar Pasir Mas, Kelantan dan dikebumikan di tanah perkuburan Lemal setelah solat Zohor.
“Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa yang dipanjatkan kepada arwah datuk saya. Semoga datuk diberikan Jannah tertinggi oleh Allah SWT, insyaAllah.
“Allah menjemput beliau sama dengan hari wafatnya Rasullulah, kekasih Allah Nabi Muhammad,” catitnya di ruangan Insta Story pagi tadi.
Berikut pula adalah sedikit-sebanyak ucapan takziah para selebriti Malaysia buat Neelofa sekeluarga. Al-Fatihah.
Nora Danish
Sarimah Ibrahim
Vivy Yusof
Dato Seri Vida
Mizz Nina
Linda Rafar
Fauziah Latif
Elvina Mohamad
Alif Hadi
Elizad Sharifuddin
Tengku Putri Iman Afzan
Kavita Sidhu
Awal Ashaari
Nurul Zulkifli (Mimpi Kita)
Dato Ziela Jalil
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekian lama menanti debaran siapakah yang akan dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019 bagi menggantikan Raysha Rizrose yang memenanginya pada tahun 2014/2015, ternyata malam ini menjadi milik Shaza Bae.
Di hadapan para juri profesional yang mengadili iaitu Scha Al Yahya, Yusry Abdul Halim, Datuk Haji Aznil Haji Nawawi dan Dr Soo Wincci, Shaza Bae dikalungkan dengan gelaran tersebut secara langsung di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Shaza Bae dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019
Saat pengacara, Amelia Henderson dan Kamal Adli (Hero Remaja 2007/2008) memberikan penghormatan untuk Scha Alyahya mengumumkan Shaza Bae sebagai juara, graduan Universiti Malaya itu tidak dapat menahan air mata kegembiraan.
Selain gelaran juara Dewi Remaja 2019, Shaza juga menerima wang tunai sebanyak RM10,000, sebentuk tiara dan trofi selaku pemenang.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Adriana Ghafar yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM7000 dan trofi manakala tempat ketiga disandang oleh Nynaa Harizal yang menerima wang tunai sebanyak RM5000.
Tempat keempat dimenangi oleh Syamira Izzati dan tempat kelima jatuh kepada Shatirah Amanda.
Sementara itu, kategori Dewi Inspirasi jatuh kepada Nina Amin yang dipilih berdasarkan nilai semangat dan mampu menjadi inspirasi buat remaja di luar sana. Gelaran Dewi Favourite pula dimenangi oleh wakil tunggal dari Sabah, Sharlina Gilbert Mojinun hasil undian peminatnya di laman web Majalah Remaja.
5 finalis terpilih ke peringkat akhir dan tuah menyebelahi Shaza Bae (tengah).
Penganjuran kali kesebelas Dewi Remaja menampilkan jenama telekomunikasi pilihan ramai redONE selaku rakan telekomunikasi dan NUViT Malaysia sebagai penaja bersama.
Malam kemuncak Dewi Remaja 2019 dihadiri oleh alumni keluarga Dewi Remaja seperti Pushpa Narayan (2002/13), Datin Rebecca Nur Al-Islam (2005/06) Ramona Zam-Zam (2009/10) dan Raysha Rizrose (2014/15).
Turut kelihatan ialah finalis Dewi Remaja seperti Natrah Khalid, Fify Azmi, Arena Wan, Anna Jobling, Zeera Azizi serta finalis Hero Remaja 2017; Farhan Asri, Ikmal Amry dan Safwan Nazri.
*
Peraduan Kumpul & Terbang
Istimewa untuk Dewi Remaja 2019, kami dengan kolaborasi penaja dari Scoot Airlines mengadakan peraduan khas ‘Kumpul & Terbang’!
Basically, apa yang perlu korang lakukan adalah menonton kesemua episod Dewi Remaja 2019 di saluran Astro Ria & Ria HD (setiap Sabtu jam 9.00 malam atau siaran ulangan setiap hari Selasa jam 1.30 tengah hari). Ataupun korang boleh menontonnya secara online di aplikasi Astro GO.
Tonton dan kumpul soalan & jawapan pada setiap artikel recap Dewi Remaja 2019 (seperti artikel ini).
Hantarkan kesemua jawapan pada sebelum 25 Disember 2019 kelak ke remaja@ideaktiv.com.
SOALAN EPISOD 8
Namakan 2 orang juri jemputan (bukannya juri tetap) yang mengadili finalis Top 5 di malam finale.
Siapakah yang memenangi kategori Dewi Inspirasi dan Dewi Favourite?
Namakan 2 penghibur yang menjayakan persembahan di atas pentas Dewi Remaja 2019 dan nama lagu yang mereka nyanyian.
*
BUTIRAN DIRI
Nama:
No Kad Pengenalan:
Umur:
Alamat:
Emel:
No Telefon (HP):
No Telefon (R):
Akaun Instagram / Facebook / Twitter:
Isi slogan berikut: Saya ingin memenangi sepasang tiket penerbangan Scoot Airlines ke _______ kerana ________ (tidak melebihi 15 patah perkataan) .
*
Jawab dan kumpul 3 soalan ini hingga 15 Disember 2019 agar korang berpeluang untuk memenangi 3 pasang tiket penerbangan tajaan Scoot Airlines.
Scoot menghubungkan lebih 60 destinasi di 17 buah negara seluruh dunia dari Singapura. Ini termasuklah Athens, Berlin, Gold Coast, Jeddah, Sydney dan terbaru, Trivandrum, Wuhan dan Kunming.
Di dalam Malaysia, Scoot menawarkan penerbangan dari/ke Kota Bharu, Ipoh, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi dan Pulau Pinang. Penang. Bermula 3 Disember 2019 pula, Scoot akan terbang dari/ke Kota Kinabalu!
*
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
Semua peserta MESTI berumur 21 tahun ke atas pada masa mereka menyertai peraduan. Peserta mestilah seorang warganegara Malaysia dan / atau penduduk tetap Malaysia. Sekiranya peserta di bawah umur 21 tahun, penyertaan mereka mestilah diawasi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.
Peserta mesti memegang pasport semasa dengan sekurang-kurangnya enam bulan sah dari tarikh perjalanan.
Follow Facebook dan Instagram (@majalahremaja) serta Twitter (@majalahremajaMY).
Follow Facebook (@FlyScootMY) dan Instagram (@flyscoot)
Wargakerja Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd, Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Astro Malaysia Holdings Berhad (ASTRO), Scoot Airlines ataupun ahli keluarga serta kenalan rapat tidak dibenarkan untuk menyertai peraduan ‘Kumpul & Terbang’ ini. Sebarang penyertaan akan dibatalkan secara serta-merta.
Tarikh tutup penyertaan untuk menghantarkan emel adalah pada 25 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang penghantaran lewat selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan oleh pihak pengurusan.
Semua hadiah tidak boleh dipindah milik kepada pihak ketiga dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Sekiranya hadiah yang diperolehi berupa tiket penerbangan hilang, rosak atau tamat tempoh, Scoot tidak akan bertanggungjawab untuk menggantikan dengan tiket penerbangan baru. Pihak pengurusan berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain. Tiada aduan yang akan dilayan mengenai perkara tersebut.
Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang aduan mengenai kualiti dan kuantiti hadiah yang telah diberikan.
Peserta menyatakan dan menjamin bahawa mereka tidak pernah mempunyai apa-apa sabitan atau rekod jenayah dan tidak pernah mempunyai tingkah laku yang boleh menjejaskan reputasi peraduan.
Penyertaan yang tidak lengkap dan tidak teratur dikira tidak sah (mengikut budi bicara mutlak pihak pengurusan).
*
Jangan lupa untuk kirimkan soalan, jawapan dan butiran diri daripada kesemua 8 episod Dewi Remaja sebelum 25 Disember ini ya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lumrah bagi seseorang yang semakin dikenali di laman media sosial pastinya akan muncul pelbagai jenis gangguan daripada orang yang tidak dikenali.
Gangguan itu pula boleh muncul dalam bentuk sama ada gangguan biasa yang kononnya dianggap sabagai gurauan, gangguan privasi dan paling teruk gangguan seksual.
Finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/19, Aween atau nama sebenarnya Nik Nor Farzuwin Nik Ismail juga tidak terlepas daripada mengalami gangguan di laman media sosial. Apatah lagi dirinya akan semakin dikenali selepas memasuki pertandingan ini.
Gadis berusia 20 tahun yang berasal dari Kelantan ini berkongsi tentang perkara tersebut kepada REMAJA menerusi temu bual ringkas kami bersamanya menerusi panggilan telefon.
“Saya dahulu lebih banyak aktif di Facebook. Dan di laman media sosial tersebut saya dapat banyak private message yang bukan-bukan.
“Kebanyakannya daripada akaun Facebook fake yang tidak menggunakan nama sendiri. Tapi sekarang selepas saya berjaya menjadi Finalis Pencarian Dewi Remaja semakin banyak pula gangguan bukan sahaja di Facebook tetapi di Instagram,” jelasnya.
Jenis-jenis gangguan yang dialami oleh Aween juga datang dalam pelbagai bentuk dan lebih menakutkan ada yang berani menghantar foto-foto yang bukan-bukan serta mesej berbaur lucah kepadnya.
“Kalau di Instagram tu memang banyak sangat direct message yang ada dalam inbox tapi saya tak buka. Sebab kalau dah nampak macam bukan-bukan memang saya akan ignore sahaja.
“Setakat ini saya ambil langkah untuk tidak mempedulikan sangat dengan gangguan online seperti ini. Mungkin ada orang anggap ia tidak berapa serius tetapi bagi saya perkara ini lambat-laun perlu diketengahkan dan diberikan perhatian”.
Jelasnya lagi dia tidak mahu perkara-perkara yang tidak penting seperti ini mengganggu konsentrasinya untuk memberikan yang terbaik sepanjang pertandingan Dewi Remaja.
Pengalaman Aween bekerja sebagai seorang perunding kecantikan di Hannan Medispa Shah Alam digunakan sebaiknya untuk mempraktikkan corak dan cara berkomunkasi yang sesuai sama ada di dalam dunia sebenar atau secara talian.
Aween juga merupakan salah seorang daripada dua finalis berhijab di dalam pertandingan ini dan dia ingin membuktikan bahawa gadis sepertinya mampu menyahut cabaran melakukan pelbagai tugasan tidak kiralah sama ada yang melibatkan tugasan fizikal, mental dan juga yang meguji kekuatan jati diri.
Kepada korang yang tak tahu, Aween juga merupakan seorang pesilat yang memegang tali pinggang hitam. Jadi jangan main-main dan ganggu dia sembarangan ya! Sekali dia buka pencak silat silap haribulan boleh melintuk-riuk korang dikerjakan.
Kami di team REMAJA mengucapkan good luck and all the best kepada Aween!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JYP Entertainment menyumbang 100 juta Korea Won bagi membantu kos rawatan rehabilitasi kanak-kanak dan remaja OKU menerusi program Every Dream Matters.