Apa saja yang dilakukan oleh Noor Neelofa Mohd Nor, pastinya mendapat perhatian pihak media dan orang ramai. Bukan hanya bergelar seorang pelakon, hos dan ahli perniagaan, selebriti yang merupakan idola anak muda ini sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.
Mempunyai pengikutnya yang tersendiri, Neelofa mengambil kesempatan ini untuk melakukan kolaborasi bersama aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.
Projek baru merakamkan makna al-Quran melalui audio suaranya yang membaca setiap maksud bagi ayat suci al-Quran ini adalah satu inisiatif yang dilakukannya kerana kurangnya maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam Bahasa Melayu.
Korang boleh mendengar rakaman makna ayat suci al-Quran dalam juzuk 30 atau Juzuk Ammar oleh Neelofa ini bermula 9 Ogos dan khabarnya, akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran.
Ads
Alhamdulillah, ini merupakan satu inisiatif yang boleh membantu anak muda untuk lebih dekat kepada al-Quran. Dunia, dunia juga tapi akhirat jangan sesekali dilupakan. Betul tak?
Thumbs up Lofa!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu pencemaran air mentah yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab sekali lagi menyusahkan warga Lembah Klang dan sekitar Selangor apabila empat loji utama terpaksa ditutup untuk dirawat.
Hal ini juga menyusahkan ramai orang untuk meneruskan aktiviti harian.
Namun, baru-baru ini tular sebuah klip video menunjukkan seorang lelaki dipercayai pekerja sebuah restoran sedang mencedok air hujan yang bertakung di atas jalan raya bersebelahan kedai tersebut.
Video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter bernama @Duurianne pada Sabtu itu sehingga kini meraih 2600 retweet.
Dengan caption “I dunno which restaurant is this. Good luck to their customers.” (Saya tak tahu restaurent mana. Semoga berjaya untuk pelanggan mereka.)
Rata-rata netizen menyuarakan kebimbangan dan mengaitkan situasi ini dengan gangguan bekalan air yang melanda sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Buat masa ini, tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar kegunaan air yang dicedok pekerjaan berkenaan.Namun netizen melahirkan kebimbangan berhubung kebersihan,apatah lagi jika digunakan untuk kegunaan memasak. Eww geli lah….
Sebelum ini, peminat set nasi kandar pernah dikejutkan dengan penutupan cawangan Raj’s Banana Leaf di Bangsar berikutan video viral yang menunjukkan pekerja restoran membasuh pinggan dengan air lopak. Harapnya, mereka pelajari daripada kes ini.
So buat masa ini baiklah korang lupakan rasa nasi kandar, nan cheese tandoori & nasi milani korang! Nanti sambung apabila masalah air ini pulih okay!
Sumber : Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tauhu merupakan antara makanan yang popular didalam masakan penduduk Malaysia. Mana taknya, dalam hidangan popular seperti ayam penyet, tempe dan tauhu pasti akan dihidangkan sekali. Tengah trend pula tauhu bergedil sekarang ni kan…uishh sedapnya.
Tapi jangan tahu makan je, banyak kilang menghasilkan tauhu. Namun, pendedahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam Facebook rasmi mereka terhadap sebuah kilang pemprosesan tauhu mungkin menyebabkan tekak anda berasa loya.
Memang mengejutkan, guess what?
Apakan tidak, keadaan kilang tersebut yang kotor dan menjijikkan pasti akan mengundang rasa geli serta loya sesiapa sahaja yang melihatnya.
Menurut DBKL, mereka mengadakan pemeriksaan sanitasi dan mendapati kilang tersebut tidak menepati tahap kebersihan yang disyorkan.
Keadaan kilang dan para pekerja yang tidak menepati tahap kebersihan.
Justeru, DBKL telah mengarahkan kilang tersebut ditutup!!
Dalam kenyataan yang dikongsi di Facebook, DBKL mendakwa premis berkenaan berada dalam keadaan kotor serta terdapat urungan lipas.
.
.
.
“Lawatan dan pemeriksaan oleh DBKL pada 15 Jun 2020 (Isnin) di Chong Brother Bean No.13, Jln Pudu Ulu, 56100, Cheras, mendapati premis tersebut:
Terdapat urungan lipas, lantai, dinding proses penyediaan kotor serta berdaki hitam. Tandas berbau dan berdaki, pengendali tidak memakai kasut, penutup kepala semasa memproses makanan dan tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual,” tulis kenyataan tersebut.
Berikutan itu, kilang tersebut diarahkan ditutup mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 telah dilaksanakan berkuat kuasa 16 Jun 2020. Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, mesti korang pun mesti rasa nak termuntah tengok keadaan premis yang kotor dan jijiknya.
Rata-rata warganet berasa loya dan berterima kasih kepada DBKL kerana berjaya mengesan premis-premis makanan yang kotor.
Okay, penulis terus rasa kembang makan tauhu bergedil tadi…huhu
Sumber : Facebook Rasmi DBKL
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tindakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semalam yang menyelar penularan bukti kejadian buli di sekolah berkenaan oleh ahli keluarga mangsa yang dibuli telah meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Kenyataan yang dikongsi menerusi satu hantaran di Facebook PIBG sekolah berkenaan semalam antaranya menjelaskan bahawa pihak PIBG MCKK telahpun mengambil maklum mengenai kes buli tersebut dan berkata penyiasatan kes telahpun selesai dan tindakan selanjtnya telah diambil oleh pihak sekolah.
Tatacara siasatan dalaman tanpa melibatkan campur tangan mana-mana pihak luar itu katanya diambil atas dasar pertimbangan wajar dan demi kebaikan semua pihak terutamanya para pelajarnya.
Justeru, PIBG MCKK menyelar campur tangan ibu bapa yang menularkan kejadian berkenaan menerusi media sosial sehingga memburukkan nama sekolah dan pelajarnya. Malah, ia khuatir jika pelajar sekolah asrama berprestij itu akan berdepan risiko diganggu oleh pihak luar.
Sumber Foto Hiasan: Facebook Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
Sehubungan itu, sebilangan netizen kembali mempersoalkan mengapa pihak PIBG sekolah ‘melenting’ sebegitu rupa apabila kejadian buli ini tular. Ada yang beranggapan sekolah berkenaan terlalu cuba menjaga nama baik legasinya sehingga sanggup menyembunyikan kejadian buli yang sinonim di peringkat sekolah.
Antara individu yang mempersoalkan respon mereka termasuklah Peguamcara Jenayah, Johan Radzi bin Ahmad Zahar dalam temubualnya bersama Mingguan Wanita, hari ini.
Sebagai bekas pelajar sekolah berasrama penuh sepanjang tempoh persekolahan menengah, Johan tidak menolak berlakunya kejadian buli dalam kalangan pelajar. Bagaimanapun, beliau beranggapan nada kenyataan PIBG yang disiarkan itu sebagai ‘sangat aneh’.
“Yang saya hairan, kenapa pihak PIBG yang melenting dengan penularan mesej ataupun gambar tersebut.
“Pertama, mereka tidak seharusnya buat demikian sebab kejadian buli dah pun berlaku. Pihak PIBG sepatutnya mengambil pendirian untuk mengkritik aktiviti buli tersebut atau si pembuli. Bukannya cuba untuk menutupnya dengan alasan untuk menjaga nama baik sekolah.
“Saya rasa mungkin ini adalah beban sekolah-sekolah yang ada ‘nama’. Mereka sentiasa merasa perlu untuk menjaga nama baik sekolah walaupun kadang-kadang ada berlaku beberapa kejadian ataupun kegiatan yang tak diingini berlaku di dalam kawasan perkarangan sekolah tersebut.
“Saya rasakan pendirian PIBG MCKK dalam hal ini sangat aneh dan tidak seharusnya bernada sedemikian,” kongsi Johan.
Terdahulu, REMAJA melaporkan mengenai pendapat Johan Radzi mengenai cara pengendalian kes buli secara ‘pintu belakang’ ataupun ‘backdoor’ dalam sekolah seperti yang terjadi dalam kejadian buli di MCKK, kali ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!