Neelofa Pilih Tidak Umum Kehamilan, Hanya Akan Berkongsi Selepas Selamat Bersalin

Share

Kehamilan Neelofa kembali menjadi perhatian apabila selebriti dan usahawan popular itu kekal dengan pendiriannya untuk tidak membuat sebarang pengumuman berkaitan kehamilan atau kelahiran anak ketiganya selagi belum tiba waktu yang dirasakan sesuai.

Neelofa berkata dia sememangnya tidak pernah membuat pengumuman khusus mengenai kehamilannya sebelum ini dan lebih selesa berkongsi berita tersebut hanya selepas selamat melahirkan.

“Saya tak perlu buat pengumuman. Saya tak pernah pun buat pengumuman pasal anak. Bila melahirkan nanti saya buat pengumuman. Itulah pilihan yang terbaik.

“Selagi anak tak dilahirkan, apa-apa boleh terjadi, kan? Semua orang pun nampak badan saya berubah, fizikal nampak lain.

“Apa-apa pun, doakanlah yang terbaik sepanjang proses perjalanan ini dan semoga semuanya dipermudahkan untuk saya dan keluarga,” katanya.

Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Susu Pisang Nilofa, baru-baru ini.

Bila Dah Ready, Baru Saya Umum

Bagi Neelofa, tidak semua perkara dalam kehidupan peribadi perlu diumumkan lebih awal, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan perjalanan kehamilan dan kelahiran.

Justeru, dia memilih untuk melalui fasa berkenaan dengan tenang bersama keluarga sebelum berkongsi berita gembira itu kepada umum apabila tiba masanya.

“Pastinya kalau timing itu dah ready, dah keluar, baru saya umum.

“Alhamdulillah, ramai yang mendoakan perkara baik-baik. Dulu kita mungkin tak pandai nak hargai sangat bahagian itu.

“Tapi bila kita makin berusia, kita melihat ramai orang yang melalui cabaran dan sebagainya. So, I really need that doa. Terima kasih, ya,” katanya.

Buat Neelofa, apa yang paling penting ketika ini bukanlah soal bila sesuatu berita perlu diumumkan, sebaliknya memastikan perjalanan yang sedang dilalui dipermudahkan dan semuanya berada dalam keadaan baik.

Doa Jadi Perkara Penting Dalam Kehamilan Neelofa

Dalam perkongsiannya, Neelofa turut menekankan mengenai kepentingan doa daripada orang ramai. Semakin meningkat usia dan melihat cabaran yang dilalui oleh orang lain, dia mengakui semakin menghargai doa serta kata-kata yang baik.

Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah, PU Riz pada Mac 2021. Pasangan berkenaan setakat ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Dengan perhatian yang diberikan terhadap kehamilan Neelofa kali ini, pendiriannya jelas bahawa berita mengenai cahaya mata akan dikongsikan sendiri apabila dia dan keluarga sudah bersedia.

Sehingga waktu tersebut tiba, Neelofa memilih untuk tidak mendahului perjalanan yang sedang dilaluinya dengan sebarang pengumuman rasmi. Baginya, keselamatan dan kelancaran proses berkenaan menjadi perkara yang jauh lebih utama.

Apa pun, sama-sama kita titipkan doa agar segala urusan Neelofa dan keluarga dipermudahkan serta perjalanan menuju fasa baharu ini berlangsung dengan baik. Semoga segala urusan berkaitan kehamilan Neelofa juga dipermudahkan sehingga tiba waktu untuk dia berkongsi sendiri berita gembira bersama orang ramai.

Sumber : Astro Gempak

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Darwisy