Pelakon popular Nazrief Nazri mendedahkan dia dan isterinya, Aizatul Aqma Hamdan, pernah menjadi mangsa sihir penunduk dipercayai dilakukan oleh bekas pembantu rumah mereka sendiri.
Menurut bekas finalis program realiti Hero Remaja 2011/12 itu, segalanya terbongkar selepas mereka berpindah rumah dan pembantu rumah baharu menemui beberapa helai kain serta pakaian lama milik bibik terdahulu yang diletakkan di empat penjuru rumah.
Terbongkar Misteri Sihir Penunduk Di Rumah
“Kami terjumpa kain atau baju yang dipakai oleh bibik di beberapa penjuru rumah. Rupanya itu adalah sihir penunduk. Selama pembantu rumah itu ada, saya tak pernah marah dia. Padahal kalau difikirkan semula, banyak benda dia buat tak betul,” katanya kepada Media Hiburan.
“Saya Tak Pernah Marah Dia Walau Buat Salah”
Nazrief mengakui ketika pembantu rumah itu masih bekerja dengannya, dia seolah-olah tidak mampu menegur apa-apa kesalahan.
“Dia kemas dapur tak bersih, masak tak sedap, bagi anak makan makanan yang dipanaskan pun saya diam saja. Tapi isteri saya selalu marah dia. Kalau bercakap pun, isteri saya tak pandang matanya sebab rasa tak sedap hati,” ujarnya.
Ads
Hubungan Rumah Tangga Terganggu Akibat Sihir Penunduk
Pelakon berusia 34 tahun itu turut menjelaskan bahawa sepanjang tempoh berkenaan, hubungan rumah tangga mereka menjadi tegang tanpa sebab yang jelas.
“Bila isteri mengadu tentang bibik, saya buat macam angin lalu. Kami selalu bergaduh. Bila difikirkan balik, baru saya sedar mungkin sebab pengaruh sihir penunduk tu,” katanya lagi.
Ads
Motif Disebabkan Cemburu Dengan Majikan
Lebih mengejutkan, Nazrief memberitahu kakak iparnya pernah mendengar luahan cemburu daripada pembantu rumah itu sendiri, yang tidak dapat menerima hakikat bekerja sebagai orang gaji.
“Dia pernah cakap kepada ipar saya kononnya kehidupannya sebelum ini sama seperti isteri saya makan makanan sihat, pergi gim, selalu berdandan. Tapi bila suami dia sakit, dia terpaksa datang Malaysia bekerja,” kata Nazrief.
Menurutnya, selepas kejadian itu, mereka lebih berhati-hati memilih pekerja dan menjadikan pengalaman itu sebagai pengajaran besar dalam hidup berumah tangga.
Sihir Penunduk Masih Wujud Di Zaman Moden
Kisah sihir penunduk yang dialami oleh Nazrief Nazri membuka mata ramai bahawa amalan ini masih wujud dalam masyarakat moden dan tidak boleh dipandang remeh. Sihir jenis ini sering dikaitkan dengan niat membuat seseorang “tunduk” atau “terikat” secara emosi terhadap individu tertentu.
Ads
Pakar agama menasihatkan agar masyarakat melindungi diri dengan doa harian, amalan zikir, dan bacaan ruqyah. Dalam masa yang sama, penting juga untuk menjaga hubungan baik dengan pekerja dan orang sekeliling bagi mengelak perkara tidak diingini.
Pengajaran Daripada Pengalaman Sihir Penunduk
Kini, Nazrief dan isterinya dilihat semakin bahagia dan tenang. Pelakon itu menganggap pengalaman tersebut sebagai peringatan untuk lebih dekat dengan Allah dan berhati-hati dalam mempercayai orang luar.
“Saya ambil semua ni sebagai ujian kecil. Yang penting, jangan leka dan sentiasa minta perlindungan daripada Allah,” katanya menutup cerita.
Bekas anggota kumpulan K-Pop terkenal NCT, Taeil atau pemilik nama sebenar Moon Taeil baru-baru ini dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun enam bulan oleh Mahkamah Daerah Pusat Seoul, pada Khamis selepas disabitkan bersalah atas kesalahan serangan seksual.
Dalam keputusan yang diumumkan, mahkamah turut mengarahkan Taeil yang kini berusia 31 tahun untuk ditahan serta-merta di mahkamah. Pada masa yang sama, dua rakan subahat yang terlibat dalam insiden itu turut menerima hukuman sama dan turut ditahan.
Sebelum ini, ketiga-tiga lelaki terbabit didakwa tanpa penahanan pada Mac lalu atas pertuduhan melakukan serangan seksual ke atas seorang wanita warganegara asing yang berada dalam keadaan mabuk di Seoul pada Jun tahun lalu.
Selain itu, mahkamah juga memerintahkan mereka menjalani program rawatan keganasan seksual selama 40 jam.
“Kesalahan ini sangat serius memandangkan mangsa ketika itu dalam keadaan mabuk dan tidak berdaya untuk melawan,” kata mahkamah dalam satu kenyataan.
Dalam sesi pendengaran sebelum ini, pihak pendakwa memohon agar ketiga-tiga tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun, namun mahkamah menjatuhkan hukuman separuh daripada tempoh yang dimohon.
Terdahulu, Taeil telah dibuang dari kumpulan NCT pada Ogos tahun lalu selepas beliau disoal siasat oleh pihak polis berhubung dakwaan kes serangan seksual tersebut.
Kes ini telah mengejutkan ramai peminat K-pop dan menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan netizen berkenaan isu kelakuan tidak senonoh oleh selebriti. Ramai yang meluahkan rasa kecewa terhadap kejadian ini di media sosial kerana mencemarkan imej industri hiburan Korea Selatan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dokumentari yang dimuat naik BBC di Youtube baru-baru ini masih lagi hangat diperkatakan di media sosial. Ia mengenai skandal kelab ‘Burning Sun’ yang melibatkan beberapa orang selebriti Korea Selatan.
Menerusi dokumentari berkenaan, dua wartawan mendedahkan skandal seks yang melibatkan selebriti seperti Seungri, Choi Jong-hoon, Joon Joon-young dan ramai lagi.
Apa yang lebih mengejutkan, nama mendiang Goo Hara dari anggota Kara turut menjadi sebutan wartawan hiburan, Kang Kyung Yoon apabila dikatakan menjadi punca pembongkaran skandal tersebut.
Awalnya, Hara melihat kegiatan pelik pada telefon bimbit rakan selebritinya iaitu Choi Jong Hoon. Susulan hal itu, Hara menyakinkan Jong Hoon untuk mendedahkan segalanya dan rakaman tersebut dirakam oleh wartawan sekaligus menjadi tajuk berita mengenai ruangan sembang menerusi aplikasi KakaoTalk pada masa itu.
Kredit: BBC
Menurut penyanyi tersebut, dia bertindak melakukan pendedahan itu selepas mengalami nasib yang sama seperti mangsa skandal Burning Sun dan video seksnya juga disebarkan oleh bekas teman lelakinya.
Wartawan tersebut berkata, gerangan polis yang terlibat dalam ruang sembang itu merupakan kunci penting. Ia seperti kerja rumah yang tidak boleh diselesaikan, namun disebabkan kemunculan Hara yang ingin membantu, nyata membuka pintu kepada pendedahan kes ini.
“Saya masih ingat hari itu dan saya teringat suara yang berkata, ‘Hello, ini Hara’. Saya betul-betul nak bantu awak” – Kang Kyung Yoon
Dia kemudian bertanya kepada Hara motif utamanya untuk membantu kes ini dan ingin membantu siasatan. Kata Hara, “Saya kan mangsa rakaman video haram juga“.
Keberanian mendiang Goo Hara dipuji oleh ramai masyarakat kerana dikatakan membela nasib wanita teraniaya.
Untuk rekod, skandal Burning Sun dibongkar pada 2021 yang melibatkan penyanyi Seungri BIGBANG, Jung Joon Young dan Choi Jong Hoon daripada FT Island. Mereka dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan gangguan seksual dan rogol pada tahun 2021.
Bagaimanapun mereka kini telah dibebaskan selepas menjalani beberapa tahun hukuman penjara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Syukur Alhamdulillah. Selamat atas kehadiran anak lelaki pertama pada Khamis 4 April 2024 pada jam 8.17 malam.
“Baby dan mommy sihat walafiat. Semoga si kecil kelak menjadi anak yang berbakti dan membanggakan orang tuanya.
“Tahniah Puteri Aishah dan Firdaus Sulaiman,” coretnya di Instastory.
Terdahulu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu berkongsi berita kehamilannya pada Januari lalu, selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Sekadar info, Aishah mendirikan rumah tangga bersama Firdaus yang juga ahli perniagaan pada 21 November 2021, selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.