Kecantikan wanita Thailand cukup terkenal dengan kulit putih bersih dan sememangnya terhindar dari masalah kulit. Malah, solekan mereka kini menjadi ikutan dek hasil yang tipis dan buat kulit gebu.
Kalau sekali korang tengok reels toturial jurusolek popular mereka, Babara memang tak lekang mata melihat hasil solekan yang memukau.
Jadi, apa kata kali ini kita cuba praktiskan beberapa trik solekan orang Thailand yang REMAJA sediakan dibawah;
Satin Finish
Solekan Thai mempunyai kemasan seperti satin. Wanita Thailand memilih untuk memakai asas separa matte untuk menghasilkan kulit wajah yang maksimum.
Untuk kesan yang sempurna dan bercahaya, mereka menambah highlighter pada beberapa titik wajah. Hasilnya, sudah tentulah cantik tanpa cela!
Ads
Kening Tebal
Hujung kening sengaja dibuat sedikit ke atas untuk memberi kesan menawan dan anggun. Bentuk kening yang tebal tetapi tidak terlalu padat ini serupa dengan trend kening Korea. Teknik yang diaplikasikan dalam solekan kening ini memberikan kesan yang natural dan tidak keterlaluan.
Kredit Foto: Instagram Davikah
Solekan Mata Yang Tegas
Wanita Thailand memilih solekan mata smokey untuk menjadikannya kelihatan lebih hidup. Manakala pilihan warna pembayang mata kebanyakannya warna lembut. Untuk kesan yang lebih menarik, kebiasaannya mata akan ditambah dengan bulu mata palsu dengan ketebalan yang sederhana agar kelihatan asli dan natural.
Kredit Foto: Instagram Davikah
Untuk celak pula, kebanyakannya membentuk mata yang nipis untuk kesan yang lebih lembut dan tidak terlalu tajam.
Blush On Yang Samar-Samar
Sama seperti solekan Korea, solekan Thai untuk pembayang pipi agak ringan. Kebanyakan mereka memulakan pemerah pipi mengikut bentuk tulang pipi dan disapu ke atas arah pelipis. Cara sapuannya lembut dan perlahan supaya hasilnya nampak samar-samar dan flawless.
Ads
Kontur Pada Hidung
Solekan wanita Thailand dan kontur sememangnya tidak boleh dipisahkan. Mereka memakai kontur pada hidung untuk memberi kesan yang lebih tajam atau mancung.
Kredit Foto: Instagram Natapohn T.
Solekan Bibir Penuh
Trend solekan Thai kebanyakannya lebih berkiblatkan kepada solekan Barat. Mereka selesa dengan bentuk bibir yang penuh dan merona. Untuk itu, mereka sering memakai lipstik melebihi garis bibir. Maka, bibir akan terlihat tebal dan penuh. Jika anda mahu mencubanya, boleh menggunakan lip pencil dan sempurnakannya dengan lip matte atau lip gloss.
Kredit Foto: Instagram Davikah
Highlighter Sebagai Sentuhan Glowing
Untuk kesan yang berseri, wanita Thailand sering memakai highlighter di kebanyakan titik wajah. Selalunya bahagian yang disapu dengan highlighter adalah di bawah kening, tulang pipi dan hidung untuk kesan bibir yang lebih menyerlah.
Tak sangka semua teknik diatas sangat senang! Pasti hasil mekap sebegini memang akan menaikkan seri awet muda dan paling penting terlihat flawless.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kali terakhir Malaysia mengirimkan wakilnya ke pentas Miss Supranational adalah pada tahun 2018. Ketika itu negara diwakili oleh gadis berdarah India, Sanjna Suri yang berjaya menempatkan dirinya dalam kelompok 25 terbaik daripada 72 peserta keseluruhan yang menyertai pertandingan itu.
Kini untuk tahun 2022, akhirnya takhta yang dipegang oleh Sanjna Suri selama empat tahun berpindah tangan kepada gadis cantik dan manis, Melisha Lin. Dia bakal mewakili Malaysia ke Poland untuk merebut mahkota pertandingan berprestij ini.
Bukanlah asing dalam dunia ratu cantik tempatan, Melisha dipilih dari kalangan mereka yang menghantar pernyertaan dan disenarai pendek sebagai finalis top 2 bersama seorang lagi peserta, Vinthiya Vasu. Mahkota Miss Supranational Malaysia 2022 menjadi miliknya, apabila dia memperoleh keputusan undian paling tinggi.
Kemenangan gadis dengan ketinggian 177cm ini diumumkan pada 14 Mei 2022 oleh Dr. Sean Wong yang merupakan pemegang francais pertandingan itu bagi Malaysia menerusi siaran langsung Facebook syarikatnya hyperlive.tv.
Menurut Dr Sean Wong lagi, organisasinya telah memilih dua peserta terbaik dan memberikan rakyat Malaysia kesempatan untuk mengundi siapakah peserta yang paling mereka mahukan sebagai Miss Supranational Malaysia yang baharu.
Walaupun kemenangan Melisha Lin diumumkan secara dalam talian, satu majlis eksklusif akan diadakan pada bulan Jun akan datang untuk memahkotakannya. Dalam hantaran yang dimuat naik oleh Dr Sean Wong di laman Instagramnya, majlis tersebut akan diadakan di butik perhiasan kemas, Ceres Jewels Kuala Lumpur.
Berusia 24 tahun, Melisha merupakan graduan dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran daripada University of Greenwich. Sebelum ini dia pernah menyertai pertandingan Suprastarsearch 2021 dan bergelar finalis.
Pencapaian terbaik Malaysia dalam pertandingan Miss Supranational adalah pada tahun 2015 menerusi perwakilan Tanisha Demour Kaur, ketika itu dia berjaya menjadi peserta 10 terbaik. Adakah Melisha akan mengulangi sejarah ini? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semakin ramai penduduk dunia yang pentingkan kesihatan, termasuklah di kalangan remaja lelaki di Manila, Filipina.
Buktinya, ribuan remaja lelaki di sana didapati sedang terbarin di atas meja yang dilapik dengan surat khabar lama. Muka mereka dalam keadaan berpeluh, gigi mereka menahan sakit. Ya, mereka dikhatankan secara berjemaah!
Tempoh bulan Mei hingga Jun ini merupakan musim berkhatan beramai-ramai di Filipina, mirip musim berkhatan di Malaysia sepanjang cuti sekolah.
Walaupun bukan negara majoriti penduduk Islam, Filipina sememangnya merupakan antara negara yang mempopularkan rutin berkhatan di kalangan remaja lelaki. Malah Filipina juga ialah antara negara bukan Islam dengan statistik tertinggi lelaki berkhatan di dunia.
Itulah yang menyebabkan negara-negara sedunia tertarik dengan Filipina. Ini kerana banyak negara yang melabelkan khatan sebagai ‘penderaan kanak-kanak serta remaja’ dan berterusan mengutuknya. Namun di Filipina, ia adalah rutin tahunan yang perlu dilalui oleh ramai remaja lelaki.
Setiap tahun, ribuan remaja daripada keluarga susah mendapat bantuan operasi berkhatan secara percuma oleh pihak kerajaan Filipina atau klinik yang memberi bantuan komuniti. Selalunya, ia dilakukan secara besar-besaran di bilik darjah, pusat kesihatan atau komplek sukan.
Alahai, mak-mak pun dekat situlah nak ambil gambar.
Menurut laporan media di Manila, seramai 1,500 remaja lelaki melalui prosedur tersebut di sebuah bandar berdekatan dengan Manila. Itu baru satu bandar tau, bukan seluruh Filipina lagi. Ia menunjukkan bahawa musim berkhatan itu amat normal di sana, cuma kita saja yang tidak tahu.
*
Untuk pengetahun korang, Persatuan Kesihatan Sedunia melaporkan 90 peratus daripada kaum lelaki sedunia berkhatan termasuklah demi tujuan perubatan (bukannya atas arahan agama) seperti di Filipina. Malah, lelaki Filipina juga selalu akan menyakat rakan mereka yang tidak berkhatan dan menyelar mereka sebagai ‘pengecut’.
Eh, macam itu pula!
Apapun, mungkin idea untuk memberikan prosedur berkhatan secara percuma kepada kanak-kanak dan remaja lelaki di Malaysia boleh dilakukan. Kalau Filipina boleh, mengapa tidak kita?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan suami isteri di antara Justin Bieber dan Hailey Baldwin memasuki ke fasa seterusnya setelag mereka berkongsi mengenai penyakit Lyme yang didiagnos oleh pakar terhadap Justin.
Perkongsian tersebut bagaimanapun telah menerima respon bercanggah daripada netizen.
Ada yang memahami situasi Justin tersebut, selebihnya terang-terangan memperlekehkan betapa seriusnya penyakit Lyme yang dihadapinya.
Sebagai isteri, Hailey setia berdiri bersama Justin dan memberikan respon balas di media sosial.
Kata Hailey, “Kepada mereka yang cuba perlekehkan kepayahan pesakit Lyme, tolong lakukan kajian kamu dan dengar kisah pesakit yang pernah bergelut dengannya selama bertahun-tahun.
“Perbuatan mempermainkan dan memperlekehkan penyakit yang kamu sendiri tidak faham bukanlah caranya. Apa yang perlu kamu lakukan adalah untuk mengajar diri sendiri mengenainya.”
Ouch.
Untuk pengetahuan korang, penyakit Lyme adalah penyakit berjangkit yang diperolehi menerusi gigitan daripada sekurang-kurangnya 3 jenis bakterium berbeza.
Jika tidak pantas dipantau dan dirawat, ia boleh merebak ke bahagian jantung, sendi dan darah.
Menurut laporan Pusat Pencegahan Sakit AS, kira-kira 300,000 kes penyakit Lyme dicatatkan pada setiap tahun dan ada juga kes yang berlaku kepada selebriti terkenal Barat, seperti Avril Lavigne.
Hailey berterima kasih kepada Avril dengan berkata, “Sending so much love to @AvrilLavigne for all things you do to educate people about Lyme. You’re amazing.”
Sebelum ini Avril telah menghabiskan 2 tahun di katil hospital untuk menangani penyakit itu.
“Saya sedih mendengar kes Justin Bieber ini. The fact that it ia hard to diagnose was something I suffered through also.”
*
Kisah Justin dan penyakit Lyme ini akan dimuatkan dalam siri dokumentari YouTube penyanyi itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.