Good news kepada semua peminat Marvel! 

Thor: Ragnarok mendapat respon yang sangat positif daripada pengkritik filem dan juga peminat namun filem tersebut dirasakan tidak lengkap kerana ketiadaan watak wanita utamanya, Jane Foster yang dilakonkan oleh Natalie Portman.

Namun begitu, untuk filem keempat Thor ini akan menyaksikan kemunculan kembali Natalie Portman apabila dia akan memegang watak female thor dalam Thor: Love and Thunder ini.

Berita baik itu diumumkan semasa Comic-con di San Diego hujung minggu lalu malah aktres itu turut mengesahkan perkara itu menerusi laman Instagram miliknya.

“Sangat teruja untuk berkongsi berita dengan anda hari ini di #Sdcc2019 bahawa saya akan kembali ke Marvel #MCU sebagai female thor bersama para lagenda Taika Waititi, Tessa Thompson dan Chris Hemsworth,” tulisnya.

IKLAN

Untuk pengetahuan, Thor: Love and Thunder ini juga merupakan fasa keempat untuk filem Marvel bermula dengan filem Black Widow yang akan menemui peminat pada musim panas tahun hadapan.

Peminat Teruja

Susulan itu, peminat menerima baik kehadiran semula Natalie dalam filem tersebut malah rata-rata menyatakan tidak sabar untuk melihat bagaimana penceritaan untuk filem keempat Thor tersebut.

IKLAN

IKLAN

Filem Lain Marvel 

Selain daripada Black Widow, Marvel juga turut mengumumkan filem-filem lain yang bakal dikeluarkan iaitu The Eternals, Shang Chi And The Legends Of The Ten Rings, dan Doctor Strange In The Multiverse Of Madness.

Dalam pada itu, Marvel juga turut mengumumkan filem Blade yang bakal dilakonkan oleh pelakon, Mahershala Ali dan juga filem Fantastic Four.

Sumber: Games Radar & CBR

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI