Sebelum ini tular di media sosial apabila Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjadi perhatian apabila dilontarkan soalan tentang kumpulan K-pop popular dunia, BTS dan Blackpink.
Menerusi temubual eksklusif bersama Astro Awani, Ashwad Ismail dan Cynthia Ng berpeluang bertanyakan soalan viral dan antaranya adalah dengan memilih BTS atau Blackpink?
Ya, walaupun hampir setahun berlalu kerana temu bual itu dibuat sekitar Julai 2019, namun berita ini turut mendapat perhatian daripada media di Korea Selatan.
Koreaboo merupakan antara portal bahasa Inggeris yang memfokuskan tentang hiburan K-pop dan menjadi platform antarabangsa untuk menjadi rujukan berkaitan dengan industri hiburan Korea. Platform ini mencatatkan sejumlah 50 juta pembaca di seluruh dunia.
Terbaru, berita tentang YDP Agong memilih sama ada BTS atau Blackpink juga turut mendapat perhatian mereka. Artikel yang bertajuk ‘The King Of Malaysia Was Asked To Choose BTS Or BLACKPINK, Here’s His Pick’ diterbitkan pada 14 Disember 2020 ini turut menerima komen daripada rakyat Malaysia.
Ads
Ads
Posting ini juga turut mendapat lebih daripada 400 komen dan perkongsian di laman Facebook.
Tidak dinafikan kedua-dua kumpulan K-pop ini mempunyai pengikut mereka tersendiri. Jadi, tidak kiralah siapa pun yang dipilih oleh YDP, ia merupakan hak peribadi seseorang.
Betul tak?
Apa-apa pun, memang daebak laa media di Korea pun buat liputan tentang Raja kita. Daulat Tuanku!
Anugerah Grammys yang berlangsung semalam masih menjadi topik perbualan sedunia.
Ia merupakan malam kemenangan bermakna untuk penghibur perempuan apabila 2 daripada pemenang utama di anugerah Grammys tahun ini ialah perempuan.
Billie Eilish dan Lizzo masing-masing ‘menang besar’ dalam kategori utama.
Billie terutamanya mencipta sejarah apabila membolot 4 kategori utama Grammys seperti Artis Baru Terbaik, Album Tahunan Terbaik, Lagu Tahunan Terbaik dan Rekod Tahunan Terbaik.
Lizzo juga membanggakan peminatnya apabila memenangi kategori Persembahan Pop Solo Terbaik menerusi lagu popular Truth Hurts, Album Urban Kontemporari terbaik dan Persembahan R&B Tradisional.
Menariknya, kamera yang merakamkan anugerah Grammys semalam berjaya ‘menangkap’ reaksi #GirlPower oleh Billie dan Lizzo sewaktu pemenang kategori masing-masing diumumkan.
Dalam klip di bawah, korang boleh membaca bibir Billie yang berkata, “Please don’t be me, please don’t be me.” (“Janganlah biar saya menang, janganlah biar saya menang.”)
“Please don’t be me. Please.”
Billie Eilish being genuinely disgusted by her own success is one of the most hilarious things I’ve ever seen at a major awards show. #Grammyspic.twitter.com/A7iSCVta2N
Dalam masa tidak sampai dua tahun, kumpulan remaja wanita Malaysia, Dolla sudahpun pasakkan kehadiran mereka dalam industri seni hiburan tempatan dengan cukup kukuh.
Biarpun satu masa dahulu, Dolla pernah terikat dengan kata-kata nakal kononnya mereka cuba mencedok konsep sebuah kumpulan K-pop sensasi untuk dijayakan sebagai versi Malaysia, kumpulan yang dianggotai oleh Sabronzo (Wan Sabrina Wan Rusli), Tabby (Tabitha Ariel Lam), Angel (Angelina Chai Ka Ying) dan Syasya (Noorsyasya Afiqah Shahrizal) ini berjaya menepis semua andaian itu dengan naskah-naskah terbaru mereka.
Sejak single pertama berjudul Dolla Make You Wanna, Dolla dapat dilihat semakin berani berganjak ke hadapan dengan melakukan sesuatu yang berada di luar zon selamat mereka menerusi single seperti Raya Raya Rayayang dilancarkan khas bagi sambutan Aidilfitri 2021 dan juga singleImpikan aka Watch Me Glow.
Malah, kehadiran mereka dalam dunia lakonan menerusi telemovie Dollabaru-baru ini juga menyakinkan para peminat mereka yang menggelarkan diri sebagai iDolla bahawa kumpulan ini masih mempunyai pelbagai perancangan menarik selepas ini.
Terbaru, Dolla tampil dengan single baharu setelah peminat terpaksa menunggu dengan penuh sabar berbulan lamanya. Single berjudul Beraniini dirasakan cukup selari dengan perjalanan karier terkini Dolla yang semakin berani mempelbagaikan repertoir sebagai penghibur berkumpulan tempatan (yang jujurnya, hanya boleh dikira dengan jari saja).
Bercakap di sidang media secara maya, Sabronzo mewakili ahli kumpulan lain menakrifkan Berani sebagai menyelak jilid baharu buat Dolla. Berani yang dicipta oleh John Jeeves dan Firdaus Rahmat ini jelas merupakan lagu yang lebih perlahan untuk memberi peluang kepada pemerkasaan vokal dan emosi setiap ahlinya sepanjang lagu ini.
“Kami ingin menunjukkan sisi berbeza Dolla yang tidak semua sedari. Paling penting, kami ingin tunjukkan betapa versatilnya kami sebagai penghibur kumpulan M-Pop.
“Berani ialah khas untuk perempuan dan wanita di luar sana yang ingin memperbaiki kehidupan masing-masing dan tidak gentar bangkit menentang rasa takut dan penindasan yang mereka rasakan. Pada zaman ini, seorang wanta seharusnya mampu hidup tanpa semua negativiti tersebut dan menggantikannya dengan keberanian.
“Kami percaya masih ramai wanita (di Malaysia) yan masih merasa kerdil, lemah atau tidak terdaya. Sebab itulah, kita perlukan usaha pemerkasaan ini di sekeliling kita,’ jelas ahli berusia 26 tahun itu.
Sebagai kumpulan baharu, mereka juga beranggapan sokongan peminat, iDolla sebagai satu bentuk pemerkasaan buat mereka berempat untuk terus merasa bermotivasi dan mempunyai inspirasi baru dalam bergerak secara kreatif.
Bukan hanya susunan lagu Berani ini yang kedengaran berlainan, Dolla turut menyuntik kelainan pada video muzik Berani yang diarahkan oleh Thaqif Saadon menerusi penggunaan elemen animasi.
“Kami berharap usaha (melakukan kelainan oleh hanya 8 orang daripada Studio Firepulse dan Atypical Visual yang bekerja di sebalik tabir) ini membolehkan kami mempamerkan sebuah video muzik pada aras yang lebih tinggi. Ia memberikan fantasi dan penonton bebas untuk mengintepretasikannya mengikut cara sendiri.”
“Secara tidak langsung, video muzik Berani ini memberi peluang kepada industri animasi negara mempertaruhkan bakat dan kreativiti mereka ke hadapan. Malaysia sememangnya mempunyai bakat dan sumber bagi menghasilkan video muzik berkelas dunia,” kata Sabronzo lagi.
Tahun 2021 nyata telah membuka pintu baharu buat Dolla. Bukan saja mereka memperolehi pengiktirafan daripada jenama peranti Korea Selatan, Samsung dengan dinding mural di Jalan Tun H.S Lee Kuala Lumpur.
Pengiktirafan terus diberikan kepada Dolla apabila mereka menjadi artis terbaru dari Malaysia yang muncul pada papan iklan digital di Times Square, New York selepas Yuna dan Layla Sania.
Pelakon terkenal, Fattah Amin baru-baru ini tampil berkongsi berita gembira apabila isterinya yang juga penyanyi, Amira Othman selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka yang merupakan seorang bayi lelaki.
Menerusi sebuah perkongsian di Instagram milik beliau, Fattah atau pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin (36) berkata, Amira telah selamat melahirkan bayi mereka pada petang semalam dan kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.
Dalam hantaran tersebut, aktor popular itu turut memperkenalkan nama putera sulung mereka kepada para peminat. Menurut Fattah, bayi lelaki berkenaan diberikan nama Muhammad Jarir Umar.
“Ahlan Wasahlan Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah. Alhamdulillah isteri saya Nadia Amira binti Othman selamat melahirkan baby kami jam 6.20 petang semalam”
“Terima kasih pada yang mendoakan. Semoga Jarir menjadi anak yang soleh penyejuk hati Mommy & Daddy,” katanya.
Pada masa yang sama, Fattah turut memuat naik foto bayi mereka di media sosial sebagai tanda berkongsi kegembiraan bersama para pengikut. Bagaimanapun, beliau memilih untuk tidak mendedahkan wajah penuh anak sulungnya itu kepada umum.
Sementara itu, perkongsian tersebut segera menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat serta rakan-rakan selebriti yang tidak putus-putus mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan keluarga kecil mereka.
Dalam pada itu, Fattah turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menitipkan doa dan kata-kata semangat sepanjang tempoh kehamilan isterinya. Malah, beliau turut berharap agar anak yang baru dilahirkan itu membesar sebagai insan yang baik dan membanggakan keluarga.
Untuk rekod, Fattah dan Amira telah mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu dan kini kehadiran Muhammad Jarir Umar melengkapkan lagi kebahagiaan pasangan selebriti tersebut selepas hampir setahun melayari bahtera perkahwinan bersama.
Sumber: Instagram Fattah Amin
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!