Baru-baru ini, seorang barista yang dikenali sebagai Nas Jaafar mencuri perhatian apabila berjaya dinobatkan sebagai juara World Brewers Cup 2026, sekaligus mencipta sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama yang memenangi pertandingan pembuatan kopi manual paling berprestij di dunia itu.
Difahamkan, kejayaan berkenaan bukan sahaja membanggakan komuniti kopi tempatan, malah turut meletakkan Malaysia dalam radar industri pengkhususan kopi di peringkat antarabangsa.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook Malaysia Specialty Coffee Association, kemenangan Nas disifatkan sebagai satu pencapaian bersejarah buat negara. Dalam pertandingan yang berlangsung di Brussels, Belgium dari 25 hingga 27 Jun lalu, Nas berjaya mengatasi lima finalis lain dari Australia, Hong Kong, Republik Czech, Korea Selatan dan Perancis untuk merangkul gelaran juara.
“Kemenangan ini membawa banyak perkara, tidur yang lewat, tekanan, amalan, kepercayaan dan sokongan daripada semua orang yang menyokongnya sepanjang perjalanan”
Ads
“Nas, terima kasih atas kerja keras anda, dedikasi anda dan kerana membawa nama Malaysia dengan sepenuh hati. Terima kasih kerana menunjukkan kepada dunia apa yang mampu dilakukan oleh komuniti kopi,” tulis Malaysia Specialty Coffee Association dalam perkongsian tersebut.
Untuk info, pertandingan World Brewers Cup merupakan salah satu acara di bawah siri World Coffee Championships yang menghimpunkan barista terbaik dunia untuk mempamerkan kemahiran dalam penyediaan kopi menggunakan kaedah manual. Setiap peserta dinilai berdasarkan teknik brewing, kualiti kopi yang dihasilkan, konsistensi serta keupayaan mempersembahkan cerita dan karakter di sebalik setiap cawan kopi kepada panel juri.
Pada masa yang sama, kejayaan Nas di pentas dunia itu hadir selepas beliau terlebih dahulu dinobatkan sebagai juara Malaysia Brewers Cup 2025, sekaligus melayakkan beliau mewakili negara ke pertandingan berprestij tersebut. Sepanjang pertandingan, beliau berjaya menampilkan kemahiran, ketelitian dan kefahaman mendalam terhadap seni penyediaan kopi yang membezakannya daripada peserta lain.
Ads
Kemenangan bersejarah ini turut menerima pelbagai reaksi positif daripada pengusaha kafe, coffee roaster serta komuniti kopi tempatan yang menyifatkannya sebagai satu pencapaian besar buat industri kopi Malaysia. Selain itu, ramai percaya kejayaan tersebut mampu membuka lebih banyak peluang kepada bakat tempatan untuk bersaing di pentas antarabangsa pada masa akan datang.
Sebagai sebahagian daripada siri World Coffee Championships yang berlangsung di beberapa bandar utama dunia termasuk Brussels, Dubai dan Bangkok, World Brewers Cup sememangnya diiktiraf sebagai antara pertandingan paling berprestij dalam dunia kepakaran kopi.
Dengan kejayaan ini, Nas bukan sahaja mengharumkan nama negara, malah membuktikan bahawa Malaysia juga memiliki barisan barista bertaraf dunia yang mampu berdiri sebaris dengan negara-negara pengeluar kopi terkemuka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, Iskandar Warid Mohd Nazrul Izad baru-baru ini mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Kursk State Medical University, Rusia pada usia seawal 17 tahun.
Memetik laporan Getaran, remaja yang berasal dari Kuantan itu memperoleh tempat di universiti berprestij berkenaan menerusi keputusan percubaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE UK) yang didudukinya tahun lalu.
Menurut bapanya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Mohd Nazrul Izad Mohd Arsad beliau meluahkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian akademik luar biasa anaknya.
“Ketika rakan-rakan sebayanya sibuk membuat persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia telah pun memulakan pengajian di sebuah universiti di luar negara,” katanya.
Menurut Mohd Nazrul lagi, potensi akademik Iskandar sebenarnya telah terserlah sejak di bangku sekolah rendah. Sepanjang tempoh pengajiannya di MRSM Kuantan, Iskandar juga sering menerima pelbagai anugerah kecemerlangan akademik.
“Siapa sangka seorang anak dari Beserah mampu melangkah sejauh ini untuk mengejar impiannya menjadi seorang doktor dan mungkin suatu hari nanti, seorang ahli politik,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Iskandar difahamkan akan mengikuti program perubatan selama tujuh tahun bagi melayakkan dirinya bergelar doktor. Selepas menamatkan pengajian, beliau boleh memilih sama ada untuk melengkapkan latihan klinikal di luar negara ataupun kembali berkhidmat di Malaysia.
Difahamkan, Iskandar sudah pun berlepas ke Rusia pada Februari lalu untuk memulakan pengajian, namun akan kembali ke Malaysia pada Disember bagi menduduki peperiksaan SPM seperti calon lain.
Sementara itu, menurut Iskandar, peluang melanjutkan pengajian pada usia muda ini dianggap sebagai satu amanah besar yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
“InsyaAllah, saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai impian menjadi pakar kanser suatu hari nanti”
MRSM KUANTAN
“Saya amat terkesan dengan pemergian datuk kesayangan saya akibat kanser paru-paru. Itulah yang mendorong saya untuk mengkhusus dalam rawatan kanser,” jelasnya.
Selain mengejar cita-cita sebagai pakar onkologi, Iskandar juga menyimpan hasrat untuk terlibat dalam bidang penyelidikan perubatan pada masa hadapan. Beliau mahu menyumbang kepada pembangunan rawatan kanser yang lebih efektif dan pada masa sama lebih mampu diakses oleh pesakit, khususnya mereka yang berdepan kekangan kos rawatan.
Sumber: Getaran
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa yang tidak pernah makan Tom Yam? Rasanya yang masam dan masin penuh kesegaran membuatkan selera semakin meninggi apatah lagi jika dimakan bersama nasi. Jika anda pernah ke Thailand dan menikmati menu ini di sana, Tom Yum Kung merupakan sup pedas yang dimasak menggunakan pelbagai bahan segar seperti serai, cili padi, jus limau nipis, serai, lengkuas dan juga udang.
Kementerian Kebudayaan Thailand mahu menu tersebut disenaraikan oleh UNESCO sebagai sebahagian dari warisan budaya yang tidak ketara. Ini lantaran Tom Yam Kung merupakan menu yang sudah terkenal di seluruh dunia dan nama Thailand memang sudah sinonim dengan menu tersebut.
Sumber gambar: pexels.com
Tom Yum melambangkan kehidupan ringkas komuniti agrikultur tradisional yang tingal di sepanjang sungai dan terusan di kawasan dataran tengah yang mana seni masakan tradisi yang diamalkan sangat dekat dengan alam semula jadi.
Menurut Menteri Budaya Thailand, Itthipol Kunplome, resipi dan juga skil memasak menu ini sudah diperturunkan dari generasi ke generasi dalam setiap rumah sebagaimana industri kulinari yang merangkumi makanan tempatan dan kebangsaan telah berkembang dan mendapatkan pengetahuan dan skil untuk memasak Tom Yam Kung.
Jika berjaya disenaraikan di dalam senarai UNESCO ia akan menjadikan reputasi makanan Thailand lebih terkenal di peringkat antarabangsa sekaligus mampu memberi peluang perniagaan yang lebih luas kepada industri makanan di Thailand.
Rasa bangga dan syukur jelas terpancar dalam perjalanan akademik pelakon, Rebecca Nur Al-Islam.
Di sebalik komitmen sebagai anak seni, isteri dan ibu, beliau tetap tidak pernah menoktahkan impiannya. Hasrat yang lama dipendam akhirnya berubah menjadi kenyataan, membuka satu fasa baharu yang penuh makna dalam hidupnya.
Majlis Konvokesyen ke-38 Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam menyaksikan langkah penuh yakin Rebecca ketika menerima ijazah yang sekian lama menjadi impiannya. Saat itu bukan sekadar simbol pencapaian akademik, tetapi juga gambaran ketabahan seorang wanita yang memilih untuk terus berjuang di sebalik kesibukan dunia seni dan tanggungjawab keluarga.
Pengumuman gembira ini turut dikongsikan sendiri oleh beliau melalui entri di Instagram. Dalam muat naik tersebut, Rebecca menzahirkan pesanan ringkas namun sarat makna.
“Believe In Yourself & TRUST in Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Dengan kejayaan ini, Rebecca kini secara rasmi bergelar graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) UUM.
Pencapaian tersebut sekali gus membuktikan bahawa impian yang tertangguh bukanlah impian yang mustahil dan dengan usaha berterusan, keyakinan diri serta tawakal kepada Tuhan, segala yang diusahakan mampu menjadi realiti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG REBECCA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi versatil, Aisha Retno sekali lagi menjadi perhatian selepas menjawab teguran seorang netizen yang mempersoalkan personalitinya ketika berada di khalayak umum.
Menerusi komen tersebut, individu...