Penerimaan peminat drama popular, Melur Untuk Firdaus yang ditayangkan di saluran TV3 baru-baru ini nampaknya masih belum surut termasuklah dalam kalangan peminat dari negara seberang, Indonesia.
Anna Jobling & Meerqeen.
Malah, timbul juga khabar angin mengatakan dua orang teraju utamanya, Meerqeen dan Anna Jobling kemungkinan akan ke Indonesia bagi menjayakan kemunculan di beberapa buah program temubual di sana.
Bercakap mengenai topik pelakon muda Malaysia yang meniti populariti di Indonesia ini, pelakon senior Namron berpendapat ia adalah satu perkembangan yang positif dan berharap pelapis industri seperti Meerqeen, Anna dan ramai lagi muka-muka pelakon baharu akan terus mencari peluang mengikut jejak langkah pemain industri terdahulu seperti Bront Palarae yang pernah membintangi filem di Indonesia (My Stupid Boss, Headshot, Pengabdi Setan 1 & 2 dan Ayat-Ayat Cinta).
Bront Palarae bersama para pelakon filem sekuel Pengabdi Setan.
Begitupun, Namron menasihati para pelakon muda ini untuk tidak sesekali ‘besar kepala’ dan bersifat terbuka untuk bekerjasama dengan produksi di sana.
“Sebenarnya untuk bekerja di Indonesia ini bukanlah sesuatu yang mudah. Perlu ada bakat, ilmu dan kehandalan networking. Bront boleh ke sana kerana mempunyai ilmu untuk (proses) networking itu.
“Apabila pengarah Joko Anwar menawarkan watak kepada Bront selepas menonton filem Terbaik Dari Langit, Bront terus ambil. Dia tak ada tanya pasal bayaran ke, dia hanya terima (tawaran tersebut) untuk bina networking.
Ads
“Bersama Joko, tentunya Bront memberikan (lakonan) yang terbaik dan dalam proses komunikasinya, Joko melihatnya sebagai seorang pelakon yang bijak. Pengarah seperti Joko Anwar ini sukakan orang sebegitu kerana pelakon yang bijak akan membantu merealisasikan projeknya dengan lebih mudah dan berkualiti,” ujar Namron sewaktu ditemui di set cabaran pencarian Dewi Remaja 2022 di mana dia bertugas sebagai juri jemputan.
Harap Meerqeen & Anna Tidak Hanya Buat Kemunculan ‘One-Off’
Tambah Namron, industri lakonan Indonesia berbeza dengan Malaysia di mana pemain produksi sinetron atau drama bersiri di sana tidak sama orangnya dengan pemain produksi filem. Kedua-duanya terbahagi kerana di sana, rata-rata pelakonnya lebih senang untuk fokus dengan satu cabang lakonan sahaja.
Oleh yang demikian, dengan populariti yang dimiliki oleh Meerqeen dan Anna menerusi drama Melur Untuk Firdaus, besar kemungkinan mereka akan lebih tertarik dengan projek sinetron untuk sebab-sebab tertentu.
Ads
“Sinetron adalah strategi untuk mencapai populariti dan pendapatan tinggi.
“Di Indonesia, orang filem dan sinetron jarang cross. Mereka jaga territory sendiri.Tapi kalau nak dibandingkan, pelakon sinetron lagi banyak buat duit dan jauh lebih kaya. Apapun, kedua-dua cabang ini memberikan kepuasan berbeza.
“Saya rasa bagus untuk mereka ke sana. Secara tak langsung, ia buka peluang yang lebih luas. Bila di sana nanti untuk program temu bual, saya harap mereka tidaklah jayakan satu program sahaja. Ikutlah cara Bront untuk mencari networking. Alang-alang pergi, cubalah cari pihak tepat untuk masuk ke industri di sana dan bijak cari peluang.
Ads
“Sama ada memilih filem atau sinetron, pilihlah dengan bijak dan ia harus datang dengan demand juga. Kalau ada orang offer filem, lihat pengarah yang bagus dan ambillah. Tak perlu fikir nak letak rate tinggi. (Ini kerana) bila dapat bekerja dengan pengarah hebat di sana, benchmark anda sudah di tahap berbeza,” nasihat pelakon yang mesra ditegur dengan panggilan Tok Ayah ini.
Kalau anda ingin menyaksikan apa cabaran yang dilakukan oleh Dewi Remaja 2022 dalam episod akan datang bersama Namron, jangan lupa saksikan rancangan realiti ini setiap Sabtu jam 9 malam hanya di Astro Ria.
Agak-agak episod mana ya? Check it out every Saturday guys!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau korang tengah mencari hobi baru, EUC ini mungkin boleh difikirkan.
Macam sudah menjadi trend, Skuter elektrik ini kian popular digunakan di Malaysia sebagai pengangkutan jarak pendek yang mesra alam. Bukan itu sahaja, ramai yang mengunakan PEV ini sebagai kenderaan untuk ke kampus mahupun ke tempat kerja bagi mengelakkan kesesakkan jalan raya.
Salah satunya satu tayar atau nama sebenarnya ialah Unicycle elektrik.
Unicycle elektrik ini sangat utamakan keseimbangan diri, ia juga disebut roda elektrik atau hanya eWheels, tergolong dalam EPTD yang paling mudah alih. Jangan risau, roda besar ini juga boleh melalui jalan-jalan yang sukar seperti jalan berlubang, jalan rumput, jalan berlopak, dan juga jalan kerikil.
Tayar satu ini biasanya hadir dengan size dari 12 ″ hingga 16 ″ tetapi roda yang lebih besar juga ada. Namun, sudah semestinya model mewah umumnya lebih selamat daripada peranti yang murah kerana ia mempunyai motor yang lebih kuat yang boleh menjamin keselamatan korang di jalan raya.
Oleh kerana saiz dan berat EUC yang terhad, ini menjadikan EUC kenderaan hebat untuk pelbagai tujuan. Cukup senang nak bawa EUC korang ke dalam beg galas atau seret di belakang dengan pemegangnya, berulang-alik, atau berjalan dengan stylo.
Spesifikasi
Kelajuan maksimum: roda murah maksimum lebih kurang 15 km / j , EUC terpantas melebihi 45 km / j (roda 18 inci)
Purata Jarak: dari 10 – hingga 80 km. Model yang lebih murah hanya memiliki jarak sekitar 10-15 km, model jarak pertengahan memiliki jarak rata-rata 30 km. Semuanya bergantung pada saiz bateri, kualiti, ukuran roda dan faktor lain.
Kelebihan
Tidak seperti papan selaju elektrik yang memerlukan pengawal untuk bergerak, korang hanya memecut dan melambatkan dengan menyandarkan badan ke hadapan atau ke belakang.
Sangat mudah alih. Mudah diambil atau menarik di belakang (dengan syarat mereka mempunyai pemegang teleskopik)
Kalis air. Menunggang dalam hujan atau melalui lopak tidak ada masalah dengan kebanyakan model. (hubungi pengilang sebelum membeli)
Beberapa model mempunyai lampu kepala dan ekor standard untuk meluncur dengan selamat ketika gelap
Mudah disimpan. Bawa je masuk kedai mamak sambil letakkan EUC di sebelah meja korang. Cool beb!
Ia juga baik untuk kesihatan kerana mampu menguatkan otot punggung dan perut (kekuatan teras) serta keseimbangan yang lebih baik.
Keburukan
Yang tak bestnya, proses belajar menaiki EUC ini sangat mementingkan keseimbangan, maknanya korang kena power dalam seimbangkan badan baru boleh cuba EUC ini. Kalau tidak mau tersembab muka korang ke depan.hahaha
Bersedia untuk menghabiskan sekurang-kurangnya beberapa jam dan beberapa hari untuk belajar ‘memandu’ EUC.
Untuk pengetahuan korang, Di Malaysia juga sudah ada komuniti yang menaiki EUC ini tetapi mereka tetap mengutamakan keselamatan seperti memakai helmet, safety gears dan kasut sukan yang selesa. Nak join boleh klik disini : Electric Unicycle Club Malaysia
Penulis pun ada try belajar EUC ni tapi masih tak pandai-pandai, tapi serius cool naik ni….hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalunya peminat K-Pop akan didedahkan dengan kecomelan idol lelaki mereka.
Namun dalam diam dan di sebalik rupa paras comel mereka, ada di kalangan penyanyi K-Pop ini yang giat membuat badan. Sampai tak keruan lah peminat melihat setiap kali ‘dibelanja’!
Semalam, anggota SHINee termuda iaitu Taemin memuat naik satu klip video di Instagram-nya semasa di gimnasium. Hhm, berotot ya..
01
Taemin SHINee
Taemin nampaknya sedang membentuk otot belakang badannya. Korang cuba tengok sendiri, terliur tak? Hiks! Agak-agak, Taemin ingin mengikut jejak langkah hyung-nya, Minho yang dikenali dengan badan berotot.
Bukan saja badan atletik Baek Ho menjadi idaman wanita, tetapi ramai peminat yang menyukai personaliti bad boy apabila badannya juga bercacah tatu.
03
Jungkook BTS
Nampak saja mata bundar Jungkook ini kelihatan innocent seperti budak lelaki, tetapi apabila sisi seksi penyanyi ini terlihat di atas pentas, ramai yang terkejut melihat bahagian abs yang lengkap dengan 6-packs!
04
Chanyeol EXO
Dia merupakan salah seorang artis K-Pop lelaki yang sering dipuji kerana memiliki fizikal yang hampir sempurna. Pada ketinggian 185sm, Chanyeol mempunyai bentuk badan yang slim tetapi berotot pada bahagian lengan, bahunya yang bidang dan – hhm – abs!
05
Kai EXO
Seorang lagi anggota kumpulan EXO yang mempunyai fizikal menawan. Tak hairanlah Kai selalu digelar dancing machine bagi kumpulan EXO. Bagaikan tiada lemak langsung pada badannya.
06
Minhyuk BTOB
Ada beberapa orang bintang K-Pop yang telah menghiasai halaman cover majalah Men’s Health Korea Selatan. Minhyuk dikenali sebagai salah seorang artis yang atletik yang selalu work out dan mempunyai skil akrobatik.
07
Wonho MONSTA X
Kalau nak ikutkan, Wonho ialah antara selebriti lelaki yang selalu ‘belanja’ badannya yang berotot kepada peminat. Walaupun bermuka comel, namun korang jangan tertipu dengan dengan kemampuannya untuk ‘membuat’ badan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi remaja berbakat, Ummi Umairah atau lebih dikenali sebagai Umai, kini mencuri perhatian ramai apabila tampil berhijab sepenuhnya. Penampilan baharunya itu mengejutkan peminat selepas tiga hari lalu, Umai memuat naik foto berhijab di laman media sosialnya yang pantas menerima pujian dan doa daripada warganet.
Keputusan Umai Berhijab Sepenuhnya Atas Kehendak Sendiri
Perkara itu disahkan sendiri oleh ibunya, Siti Saerah Tarudin, 42, yang juga adik kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menurut Saerah, keputusan Umai berhijab sepenuhnya dibuat atas kehendak sendiri tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.
“Alhamdulillah, Umai mula bertudung atas kehendaknya sendiri. Apabila dia mula mengenakan tudung, dia kata dia lebih berasa tenang. Sebagai seorang ibu, tentunya saya sangat bersyukur dengan keputusan itu,” ujar Saerah ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Perubahan Imej Dilakukan Secara Perlahan dan Ikhlas
Tambahnya lagi, Umai memilih untuk tidak mengumumkan perubahan imej itu secara terbuka kerana ingin melakukannya secara perlahan-lahan tanpa tekanan.
“Dia tak mahu buat pengumuman apa-apa mengenai hal ini. Dia mahu perlahan-lahan sahaja. Kami sekeluarga mendoakan supaya Umai istiqamah dan terus kuat dengan keputusan yang dibuat,” katanya.
Menurut Saerah, tindakan Umai berhijab bukan kerana dipengaruhi mana-mana pihak, sebaliknya datang daripada kesedaran dirinya sendiri.
“Tidak ada sebab tertentu. Dia sendiri rasa sudah bersedia. Beberapa hari sebelum itu, dia mula memakai tudung setiap kali keluar rumah. Saya sempat bertanya sama ada dia benar-benar mahu bertudung, dan dia jawab ya, dia memang mahu,” ujarnya.
Sebagai seorang ibu, Saerah mengakui dirinya terharu dan bersyukur melihat anak perempuannya kini mula menutup aurat.
“Tiada ibu yang tidak mahu melihat anak perempuannya menutup aurat. Saya sendiri berusaha istiqamah bersamanya supaya dia terus kuat. Harap semua pihak dapat sama-sama doakan Umai agar kekal dengan keputusan baik ini,” katanya lagi penuh harapan.
Umai Berhijab Jadi Inspirasi Remaja Lain
Umai berhijab sepenuhnya pada usia 14 tahun menunjukkan kematangan dan kesedaran diri yang tinggi. Beliau mula dikenali sejak kecil kerana mewarisi bakat nyanyian daripada keluarga seni terkenal itu. Selain suaranya yang merdu, personaliti manisnya juga sering menjadi perhatian di kalangan remaja.
Kini, dengan imej berhijab, Umai bukan sahaja tampil lebih sopan dan matang, tetapi turut menjadi inspirasi buat ramai gadis muda yang sedang berusaha memperbaiki diri. Langkah Umai berhijab ini menjadi bukti bahawa perubahan baik tidak perlu diumumkan secara besar-besaran, cukup dengan keikhlasan hati dan istiqamah dalam setiap langkah.
Semoga Umai terus kuat, diberkati dan menjadi contoh positif buat remaja lain di luar sana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berpengalaman, Kamal Adli berkongsi bahawa Ramadan tahun ini terasa sangat berbeza, lebih-lebih lagi selepas hidup bersendirian.“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik...