Minuman manis memang sinonim dengan kebanyakan masyarakat di Malaysia kerana lihat sahaja ramai yang gemar menikmati bubble tea selain minuman-minuman seperti teh tarik atau milo ais yang dibeli di kedai mamak.
Susu dalam tin antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan minuman lemak manis ini dan jika korang ke pasar raya, terdapat pelbagai jenis susu tin yang dijual. Nampak sama tapi sebenarnya masing-masing mempunyai kandungan dan fungsi yang berbeza.
Penting untuk korang tahu sebelum memilih susu dalam tin yang ingin dibeli. Berikut adalah perbezaan kandungan susu tin yang telah dibuat oleh ahli nutrisi, Thiru Kanesh.
Susu yang telah disejatkan airnya. Lemak dalam susu itu pula telah diganti dengan minyak makan sayuran. Ada juga yang menggunakan produk ini dalam masakan, kuih dan pemanis mulut seperti Ais Batu Campur (ABC).
Krimer manis ialah keluaran yang diperoleh dengan menggabungkan lemak atau minyak sayuran dengan gula atau apa-apa bahan pemanis lain, konstituen susu untuk memaniskan dan memutihkan minuman. Kebiasaannya produk jenis ini tinggi kandungan gula (kandungan gula adalah ramuan utama) dan hampir tiada kandungan susu bergantung kepada jenis keluaran atau jenama.
Penggunaanya sangat meluas di negara kita terutamanya dalam minuman panas seperti teh tarik, sirap bandung dan sebagainya. Ada juga krimer manis yang berperisa (coklat, strawberi, karamel).
Ads
Selain itu, ada juga produk krimmer tanpa tenusu, iaitu keluaran yang disediakan daripada lemak sayuran dan karbohidrat yang sesuai. Kalau di pasaran, jenis keluaran ini dapat dilihat dalam bentuk serbuk seperti krimer kopi dan sering digunakan dalam minuman pracampur atau 3 in 1.
Jadi, selama ini korang gunakan produk susu yang mana satu?
Jika korang membaca label dengan teliti, ada produk krimer manis akan ditambah mineral atau vitamin. Kuantiti yang ditambah tu jarang memberi impak baik berbanding GULA yang kita sedia tahu implikasi kesihatan jika diambil secara tidak terkawal.
Ads
Kalau dirujuk Piramid Makanan Malaysia, hanya SUSU SEJAT (1 sajian = 2/3 cawan susu sejat) yang tergolong dalam kumpulan susu dan produk tenusu. Menurut Akta Makanan 1983 pula, krimer manis tergolong di bawah kategori bahan pemanis (sweetening substance).
Menurut Thiru lagi, tidak hairanlah bila negara kita tersenarai dalam statistik negara paling obes dan mendahului carta bilangan pesakit kencing manis yang ramai sebab kerap dan banyak mengambil minuman/ makanan berasaskannya.
Nasihatnya, fikirkan semula, amalkan kesederhanaan. Ambil inisiatif dan rajinkan diri membaca label serta kenali jenis produk. Label produk mungkin berbeza mengikut formulasi terkini syarikat pengeluar.
Siri rancangan kanak-kanak ini pasti menggamit memori kan? Penulis pun membesar dengan karakter popular seperti Big Bird, Elmo dan Cookie Monster. Menerusi karakter-karakter ini, rancangan tersebut banyak membantu golongan kanak-kanak terutamanya pendidikan.
Terbaru rancangan televisyen ini telah memperkenalkan dua watak kanak-kanak Rohingya bagi membantu ribuan pelarian anak-anak mengatasi trauma dan kesan pandemik di penempatan pelarian terbesar dunia di Bangladesh itu.
Menurut Sesame Workshop yang merupakan organisasi di sebalik rancangan televisyen tersebut, karakter adik beradik kembar yang diberi nama Noor dan Aziz Yasmin akan ditampilkan seiring dengan karakter rancangan tersebut yang popular seperti Louie dan Elmo menerusi video pendidikan dalam bahasa Rohingya di kem pelarian itu.
“Bagi kanak-kanak Rohingya, Noor dan Aziz akan menjadi karakter pertama dalam media yang kelihatan dan kedengaran seperti mereka. Dua karakter ini pastinya akan membawa kuasa transformasi bagi pembelajaran yang menyeronokkkan kepada keluarga pada masa bila mereka memerlukannya lebih dari sebelum ini,” ujar Sherrie Westin yang merupakan Presiden Impak Sosial di Sesame Workshop.
Dengan pengenalan dua karakter ini, pelarian kanak-kanak Rohingya akan mampu untuk kekal berhubung dan kenal dengan asal usul mereka. Program ini juga mendapat sokongan dari BRAC yang merupakan badan bukan kerajaan Bangladesh dalam menyokong pembangunan kanak-kanak Rohingya.
Memasuki satu dekad penganjuran program ‘Ramadan Festival 2023’ di bumi Inggeris pada tahun ini, ternyata umat Islam yang menetap di sana dapat merasai kemeriahan bulan Ramadan pada tahun ini.
Jika terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai kemeriahan dekorasi lampu yang menerangi laluan utama membeli-belah di Piccadilly Circus.
Bersempena malam 10 Likur, festival tersebut sedang hangat menganjurkan program Open Iftar di 10 bandaraya UK termasuklah di Battersea Power Station di London.
Jika dahulunya, sambutan berbuka puasa secara terbuka seperti ini bukanlah sesuatu yang biasa dilakukan di sana memandangkan masyarakat Muslim UK terdiri daripada grup minoriti.
Begitupun, tahun demi tahun, UK kian mengamalkan keterbukaan dari segi kepelbagaian kaum serta kepercayaan menerusi aktiviti percuma dan terbuka kepada semua seperti Open Iftar ini.
Bertempat di Battersea Power Station semalam yang merupakan lokasi bersejarah buat Malaysia, personaliti berita di sana, Haliza Hashim Doyle telahpun berkongsi beberapa momen menarik sewaktu dirinya menghadiri acara Open Iftar di sana.
Koresponden berita di United Kingdom, Haliza Hashim Doyle.
Menurutnya, mereka telah menjadi saksi kepada laungan Azan pertama yang pernah berkumandang dan terlibat dalam solat Maghrib secara berjemaah yang dilangsungkan untuk julung kalinya oleh Open Iftar di tapak tersebut.
“Amat-amat bersyukur dapat menyaksikan momen istimewa ini. Sukar untuk saya tidak merasa beremosi apabila mendengar Azan di persekitaran yang indah bersebelahan dengan stesen janakuasa ikonik ini,” luah Haliza sambil menggunakan tanda pagar #PartofHistory.
Turut tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menikmati momen Open Iftar itu ialah rakyat Malaysia lain yang kini telah bermastautin di UK.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Humidifier merupakan alat yang direka bagi menambah kelembapan dalam ruang kediaman. Kelembapan udara sangat diperlukan, terutamanya dalam keadaan cuaca panas dan kering yang boleh menyebabkan kulit korang kering dan menjadi penyebab susah untuk tidur.
Tambah pula sekarang ini, kita lebih banyak menghabiskan masa di rumah kerana kebanyakannya masih WFH dan menjalani PdPR. Jadi, pengunaan humidifier sedikit sebanyak dapat memberi manfaat ketika korang berada di rumah.
Bagaimana pula dengan harganya? Jangan risau kerana ia boleh didapati dengan harga yang murah dan mempunyai pelbagai pilihan yang dijual secara online.
Jom kita lihat antara 10 humidifier comel yang korang boleh beli dengan harga yang murah.
1. Mini Bear Air Humidifier 3 in 1
Boleh beli disini: https://invol.co/cl5dun9
2. Adorable TV Humidifier
Boleh beli disini: https://invol.co/cl5duob
3. Aroma Diffuser Humidifier
Boleh beli disini: https://invol.co/cl5dup7
4. Portable USB Air Purifiers
Boleh beli disini: https://invol.co/cl5dupn
5. UNICORN USB Humidifier
Boleh beli disini: https://invol.co/cl5duqc
6. 3D Moon LED Humidifier
Boleh beli disini: https://invol.co/cl5duqr
7. Figaro Household Air Diffuser
Boleh beli disini: https://invol.co/cl5dusi
8. Ultrasonic Cute Humidifier
Boleh beli disini: https://invol.co/cl5dusr
9. Rainbow Light Humidifier
Boleh beli disini: https://invol.co/cl5dusr
10. Mini Cute Humidifier
Boleh beli disini: https://invol.co/cl5duug
Memang cute sangat. Tengok saja pun dah boleh tenang. Hiks! Korang bolehlah beli dan cuba pasangkan humidifier di rumah untuk lihat keberkesanannya.
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.