Wargamaya pada waktu ini, telah melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Ia susulan daripada majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Antara nama artis yang terpalit dan disenaraikan ialah pelakon, Nadhir Nasar.
Oleh hal demikian, pelakon drama hit Projek: High Council itu tampil memberi penjelasan mengenai isu tersebut menerusi coretan panjang lebar di platform X miliknya.
Jelasnya, jika menamatkan kontrak lebih awal, dia bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Malah ianya juga akan memberi kesan kepada banyak pihak berikutan kontrak yang sudah ditandatangani.
“Tidak setanding langsung (financial penalties dengan nasib penduduk Palestin). Tetapi financial penalties itu banyak untuk dibayar oleh saya sendiri.
“Maaf atas kekhilafan saya. Teruskan usaha untuk melawan. Saya buat apa yang saya mampu, InsyaAllah dengan izin tuhan.
“Maaf atas kekhilafan saya dan rakan artis yang lain. Warganet, awak semua ada hak untuk bersuara dan impaknya sangat besar. Percayalah,” coretnya panjang.
Ads
Bagaimanapun, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu mengambil serius terhadap isu tersebut selain tetap akan berkongsi perkara-perkara positif selepas ini.
Terdahulu, Nadhir dilihat antara selebriti tempatan yang lantang bersuara di media sosial berhubung isu peperangan antara Palestin dengan Israel sebagai tanda solidariti terhadap mereka.
Ads
Namun, warganet meluahkan rasa kecewa kerana Nadhir antara artis yang menjadi wajah untuk beberapa jenama terkenal antarabangsa yang diboikot.
Ramai pihak juga turut menzahirkan kurang senang berikutan ramai selebriti tempatan didakwa masih lagi giat mempromosikan barangan berkaitan dengan Israel.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nombor plat kereta yang menarik sering mendapat perhatian ramai. Setakat ini Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Ismail masih memegang rekod dalam negara kerana berjaya membida dan membeli nombor pendaftaran “F1” pada nilai RM836,660 sekaligus menjadikannya sebagai harga termahal bagi pembelian nombor plat dalam Malaysia.
Bukan itu saja, baginda Sultan Johor yang mempunyai koleksi kereta mewah turut merupakan pemilik kepada nombor kenderaan “W1N” yang dibidanya pada harga RM748,000 dan diletakkan pada Proton Suprima.
Jika di Malaysia harga bagi sebuah nombor bernilai hampir RM1 juta tetapi bagi jutawan dari negara-negara Arab, harga bidaan bagi nombor plat kenderaan jauh lebih tinggi. Inilah harga tertinggi bagi nombor plat dalam dunia.
No plat : D5 Nama pemilik : Balwinder Sahani Harga : RM37.5 juta
Setakat ini, harga bagi nombor plat paling mahal dipegang oleh seorang ahli perniagaan Dubai dari India, Balwinder Sahani kerana membayar sebanyak RM37.5 juta bagi nombor pendaftaran “D5”. Wow, kalau dapat duit sebanyak ini, mahu pengsan sekejapkan. Tapi bagi orang terlampau kaya, duit sebanyak itu hanya untuk pembelian satu nombor sahaja.
Portal berita terkenal Emiriah Arab Bersatu (UAE), Emirates 247 melaporkan bahawa, plat D5 itu akan dipasang pada salah sebuah kereta mewah Rolls Royce milik Balwinder setelah disahkan RTA memenangi bidaan tersebut.
Setakat ini, plat no 5 ini disenaraikan sebagai harga termahal di dunia
No plat ini dipasang di kerete Rolls Royce miliknya
Bilionaire taikun hartanah rantau Asia Barat itu yang juga dikenali sebagai Abu Sabah diumumkan oleh Lembaga Pengangkutan Wilayah (RTA) berjaya membida plat D5 mencecah harga 33 juta dirham (kira-kira RM37.5 juta).
Pemilik kumpulan RSG International, sebuah syarikat pengurusan hartanah terkenal di UAE, Kuwait, India dan Amerika Syarikat itu memberitahu akhbar Gulf News, setakat ini beliau sudah memiliki 10 nombor plat cantik dan berhasrat membeli lebih banyak lagi.
No plat : 1 Nama pemilik : Saeed Abdul Ghaffar Khouri Harga : RM35.9 juta
Sebelum rekod dipecahkan oleh Balwinder, Saeed telah memecah rekod dunia dengan nilai RM35.9 juta
Plat no 1 turut dipasang di kereta Phantom miliknya…
Nombor plat kedua termahal di dunia dimiliki oleh Saeed Abdul Ghaffar Khouri yang merupakan ahli perniagaan dan juga salah seorang ahli keluarga kaya Abu Dhabi telah membeli nombor plat “1” dengan harga RM35.9 juta.
Menurut sumber, kekayaan jutawan ini memang tiada taranya kerana Saeed memang menggemari nombor “1” dan digunakan pada beberapa buah keretanya termasuk Pagani Zonda F, Bugatti Veyron dan Phantom. Sekaligus menjadikan nombor itu lebih mahal dari nilai kereta miliknya.
No plat :- 5 Nama : Talal Ali Mohmmad Khouri, Harga : RM28.4 juta
Talal Ali Mohmmad Khouri, seorang ahli perniagaan dan ahli lembaga Abu Dhabi Chamber of Commerce, telah memecah panggung dan menjadi tajuk berita dunia pada 2007 apabila membeli nombor plat tertinggi kerana sebelum ini pembelian nombor plat ini bukanlah satu bentuk perniagaan menguntungkan. Namun beliau telah mengeluarkan wang sebanyak RM28.4 juta bagi mendapatkan no plat “5” itu. Dalam lelongan yang sama, Talal turut membeli no plat “55” pada harga RM5.5 juta.
No plat : 25 O Nama : John Collins Harga : RM2.86 juta
Jika ramai jutawan dari negara Arab membeli, warganegara dari United Kingdom iaitu John Collins tidak kurangnya. Penjual kereta klasik ini telah membeli nombor plat 25 O pada harga RM2.86 juta dan dipasang di kereta Ferrari 250 SWB yang pernah dimiliki oleh penyanyi Eric Clapton. Patutlah dia membelinya kereta nombor itu sama dengan kereta tersebut. Lebih senang disebut barangkali.
No plat : F1 Nama :Afzal Khan Harga : RM2.43 juta
Nampaknya sukan permotoron yang menggamit ramai peminat di seluruh dunia, Formula 1 turut menjadikan “nilai duit”. Bukan saja mudah disebut, F1 tetapi apabila menyebutnya, ia sinonim dengan sukan tersebut. Inilah antara sebab yang mendorong Afzal Khan, seorang usahawan dari Bradford, United Kingdom yang tidak teragak-agak membayar RM2.43 juta untuk nombor tersebut.
No plat : S1 Nama : Tiada rekod ditemui Harga : RM2.23 juta
Kereta ini pernah digunakan oleh Lord Kingsburgh pada tahun 1903 dan plat nombornya S1 telah menarik minat seorang pembeli yang telah membeli nombor plat berkenaan. Harga bidaannya ialah R2.23 juta dan kemudian nombor plat ini dipasang di kereta Skoda model lama.
Beginilah orang kaya menghabiskan duit merekakan. Ternyata golongan kaya ini tidak kisah pun hendak membayar berapa jumlahnya. Kalau harga kondo di Malaysia bernilai RM1 juta, dengan RM37.5 juta itu mampu membeli 37 rumah kondo dan diduduki oleh 37 keluarga. Kalau ditukar kepada rumah pangsapuri bernilai RM300,000 pula, lebih 133 biji rumah boleh dimiliki oleh 133 buah keluarga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita dan solekan memang tidak dapat dipisahkan. Namun, bukan semua wanita mementingkan mekap yang mampan dan adakalanya mereka juga lebih selesa berwajah polos. Mungkin ramai yang menganggap wanita, terutamanya golongan selebriti ‘tidak boleh hidup’ tanpa solekan kerana figura seperti mereka sudah tentu sentiasa ingin kelihatan menawan.
Nope! Anggapan korang tu sebenarnya tidak betul kerana ramai diantara selebriti juga tidak takut untuk berkongsi foto wajah tanpa mekap di media sosial.
Siapa kata artis Hollywood asyik bermekap tebal sahaja? Berikut kami senaraikan antara selebriti yang berani memuat naik gambar wajah polos mereka tanpa mekap di laman Instagram.
Situasi semasa yang menyaksikan beberapa mangsa terbaru positif Covid-19 adalah di kalangan petugas kesihatan.
Mereka merupakan golongan kehadapan yang sanggup meletakkan nyawa dalam risiko demi berkhidmat kepada masyarakat.
Pergaulan jarak dekat dengan pesakit yag disahkan positif akhirnya membuatkan diri mereka lebih terdedah kepada risiko jangkitan. Lalu beberapa perkhabaran kes kematian Covid-19 yang melibatkan petugas kesihatan tempatan amatlah mendukacitakan.
Mengambil sentimen keprihatinan tersebut, hari ini Pengarah Awam Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah berkongsi posting yang menarik perhatian netizen di akaun Facebook beliau.
Ia adalah mengenai inisiatif Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang telah menyediakan makanan tengah hari untuk petugas kesihatan di Hospital Sungai Buloh.
Menurut beliau lagi, kesemua penerima pek makanan tersebut cukup menghargai pemberian nasi berlauk ‘Cheminahsayang’ tersebut walaupun masing-masing sedang sibuk berkhidmat.
Hari ini, hidangan seterusnya disediakan pula untuk petugas di Hospita Kuala Lumpur. Ia tersiro daripada kari telur, ayam goreng kunyit, sayur Jawa dan buah-buahan. Nyum!
Dalam pada itu, Raja Permaisuri Agong sendiri berkongsi momen menyediakan makanan itu menerusi akaun Instagram @airtangab_tunkuazizah dan menyatakan sekurang-kurangnya ini yang boleh dilakukan untuk petugas kesihatan yang sedang meletakkan nyawa dalam risiko.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.