
Aduhh, dalam banyak-banyak sebab mengapa seseorang direman oleh anggota polis, ini kali pertama kami mendengar alasan kerana berpura-pura menjadi pocong.
Kejadian ini berlaku kelmarin di Indonesia dan ia melibatkan seorang remaja yang bekerja dengan sebuah syarikat perunding perkahwinan.
Err, apa kaitan antara keduanya?
Ia gara-gara perangai nakal remaja itu yang ingin menakutkan orang ramai dengan menggunakan kain putih lebihan daripada pelamin klien mereka.

Kata remaja dari Gowa, Sulawesi Selatan itu, dia menggunakan kain tersebut untuk membalut diri sebagai ‘pocong’ dan pada awalnya berjaya menakutkan pengguna jalan raya.
Namun, taktik itu memakan diri sendiri apabila ramai yang membuat laporan polis.
Tambah mereka lagi, perbuatan nakal itu telah menyebabkan beberapa pembawa motosikal terjatuh setelah terkejut melihat kelibat ‘pocong’ pada malam Jumaat lalu.
Hasil laporan yang dibuat, polis berjaya menangkap remaja tersebut setelah melakukan rondaan dan kini dia ditahan di balai polis Gowa.
*
Jika di Malaysia, korang pasti masih ingat dengan kelibat perempuan berkebaya merah yang menunggu di tepi jalan, kan.
Tular Hantu Kebaya Merah “Kembali” Ganggu Pengguna Di Lebuhraya Utara Tapi Rupanya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia Beralih Ke Fasa Endemik, Ini Antara SOP Yang Berubah

Akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah pun mengumumkan bahawa Malaysia bakal memasuki fasa peralihan ke endemik COVID-19 mulai 1 April ini.
Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk melakukan penilaian risiko dan mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta meneliti syor Menteri Kuartet.

Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ merupakan ‘exit strategy’ untuk membolehkan masyarakat Malaysia kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan COVID-19.
Berikut adalah antara perkara-perkara yang korang perlu tahu dan beberapa SOP yang telah berubah selepas beralih ke fasa endemik ini.
1. Pelitup muka
Pemakaian tetap diwajibkan di tempat awam.

2. Premis perniagaan
Waktu operasi kini mengikut syarat lesen operasi premis dan dibenarkan makan di kedai selepas pukul 12 tengah malam. *Part ni mesti ramai yang happy kan? Hiks!*
3. MySejahtera
Wajib digunakan untuk daftar masuk. Tidak terpakai di kawasan terbuka, tidak sesak dan tiada perhimpunan orang ramai. MYSJTrace adalah diwajibkan untuk tempat tertutup dipenuhi tetamu atau pengunjung.

4. Aktiviti ibadat
Solat jemaah di masjid dan surau serta upacara sembahyang di rumah ibadat dibenarkan tanpa penjarakan fizikal. Namun, SOP terakhir bagi masjid dan surau adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan acara di rumah ibadat tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia/Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain.
5. Vaksinasi
Tidak lagi tertakluk ke atas pekerja dan tidak diperlukan untuk aktiviti merentas negeri.
6. Perkumpulan ramai
Had kapasiti 50% bagi aktiviti ramai dimansuhkan dan penjarakan fizikal masih sangat digalakkan.

Semoga dengan peralihan fasa ini dapat memberikan lebih keselesaan kepada masyarakat Malaysia, namun diingatkan sekali lagi agar tetap berhati-hati dan menjaga diri agar penularan COVID-19 tidak lagi berleluasa.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saya Buat CPR Macam Diajar Paramedik Melalui Telefon, Tapi Ayah Dah Meninggal

Tiada apa lebih menyedihkan saat diuji dengan kehilangan ibu bapa. Apa tah lagi pemergian itu berlaku disaat usia masih mentah.
Namun sesayang mana sekali pun, jika Allah mengkehendakiNya, kita sebagai hambanya perlu redha dengan setiap ujian kehidupan.
Baru ini viral di media sosial berkaitan kisah dua beradik, Azrizal Nor Azri, 14 tahun dan adiknya, Natasha Edreyana, 13 tahun yang tinggal di Presint 9 Putrajaya. Dalam perkongsian yang mendapat lebih 5.6 K itu memaparkan kepayahan dua beradik ini mengharungi kehidupan bila ayah mereka diuji dengan masalah buah pinggang yang mengakibatkan kesihatannya merosot.
Masa yang sama, arwah ibu mereka sudah lama meninggal dunia akibat kanser usus (ketika anak-anak ini berusia 4 dan 3 tahun). Keadaan memerlukan Azrizal memasak untuk ahli keluarganya dan masa yang sama perlu ke sekolah termasuk menjaga ayahnya yang perlu didialisis 3 kali seminggu akibat kerosakan buah pinggang.

Masa yang sama, di rumah pula, keduanya hidup serba kekurangan termasuk tiada peti ais, memasak menggunakan dapur camping dan lain-lain hingga orang ramai membantu kedua beradik ini membeli barangan keperluan rumah terbabit.
Terkini, 5 hari lalu, tanggal 22 Oktober kedua beradik ini diuji dengan kesedihan lagi apabila ayah yang mereka sayangi pergi buat selama-lamanya. Tinggallah mereka bergelar yatim piatu dan mengharapkan kasih sayang bapa saudara untuk menjaga mereka.

REMAJA menghubungi Azrizal untuk berkongsi kisah terkininya. Jelas Azrizal dia kini tinggal bersama bapa saudaranya, Nor Azman di Subang Jaya selepas bapanya meninggal.
Mengakui masih bersedih dengan kehilangan, namun kata Azrizal dia perlu kuat mengharunginya apatah tahun depan dia akan menduduki PT3.
“Saya akan bersekolah di Subang Jaya tahun depan. Buat masa ini, saya dan adik rasa selesa di sini,” katanya ketika dihubungi.
Mengakui masih tidak dapat melupakan detik akhir mengadap ayahnya, jelas Azrizal ketika itu arwah bapanya terbaring di katil.
“Tiba-tiba saya nampak air keluar dari hidung dan mulutnya tanpa henti. Ayah nampak seperti susah bernafas. Saya call ambulan dan mereka mengajar saya lakukan CPR melalui telefon. Inilah kali pertama saya lakukan hal ini. Saya tekan dada ayah macam dia orang ajar tapi tengok ayah diam kaku.
“Masa paramedic sampai dalam setengah jam kemudian, mereka sahkan ayah sudah meninggal dunia,” katanya memaklumkan waktu kejadian sekitar 12.30 tengahmalam dan dia serta adiknya menyaksikan detik menyedihkan ini. Ditanya bagaimana dia tahu memasak seperti hal yang tular, kata Azrizal, ayahnya yang mengajar antara masak kari, masak nasi goreng dan sebagainya.
Saya jaga amanah arwah adik
Baru lima hari arwah meninggal, abang kepada Nor Azri iaitu Nor Azman mengakui sudah ada individu yang menelefonnya bertanya, adakah benar dia mahu melepaskan hak penjagaan anak-anak ini.
“Istigfar saya. Saya pegang amanah arwah yang mahu saya jaga anak-anaknya kalau apa-apa berlaku pada dirinya. Kami memang rapat sebelum ini di mana arwah adik bongsu sementara saya nombor 6. Anak-anak ini kini bersama saya,” katanya mengakui biar apa pun berlaku, dia akan menjaga dua beradik ini seperti diamanahkan.
Bagi mengelak salah fahaman masyarakat tentang bantuan-bantuan diterima kedua beradik yatim piatu ini, Nor Azman berkata, semua urusan pencen ayah mereka yang bekerja di Jabatan Pendidikan diletakkan di bawah nama Azrizal.
“Begitu juga urusan Baitulmal dan JKM anak-anak ini.Bantuan orang ramai juga begitu kerana lebih baik begitu. Saya akan bukakan kedua beradik ini SSPNi untuk kegunaan masa depan mereka,” katanya memaklumkan arwah adiknya mengidap pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, gout, masalah jantung dan lain lagi semasa hayatnya. Dalam masa yang sama Nor Azman yang mempunyai dua anak berusia 10 dan 8 tahun memaklumkan, arwah ibu anak-anak saudaranya ini, Asiana Akmat meninggal akibat kanser usus pada usia 27 tahun sejak 10 tahun lalu.
“Sejak itu mereka dijaga oleh arwah adik. Saya abang paling rapat dengannya dan dia ada amanahkan saya untuk menjaga anak-anaknya kalau ada-apa berlaku padanya,” katanya ketika dihubungi.
Bagi orang ramai yang mahu menghulurkan sebarang sumbangan buat dua beradik yatim piatu ini boleh salurkan sumbangan ke BANK ISLAM MALAYSIA atas nama Azrizal Nor Azri di akaun 16-027-02-0011415
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih 30.3K Tweet, Trending Di Twitter Menteri Pengajian Tinggi Didesak Letak Jawatan

Susulan kenyataan media Kementerian Pengajian Tinggi memaklumkan penangguhan sesi pendaftaran secara fizikal/bersemuka kesemua pelajar IPT kemasukan Oktober 2020 yang akan dilakukan beberapa hari saja lagi, kurang dari beberapa jam dari memo itu dikeluarkan, netizen telah melancarkan kempen #MenteriKPTsilaletak jawatan.
Rata-rata menyuarakan rasa marah kerana kurangnya perancangan baik dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang didakwa sudah menyusahkan ramai mahasiswa khususnya yang sudah mula berkampung atau melakukan penerbangan dari Sabah dan Sarawak.
Netizen beranggapan, pihak KPT telah menyusahkan para pelajar, tidak berfungsi dan rata-rata berasa kasihan melihat rakan-rakan yang telah melalui penerbangan. Malah satu tweet memaklumkan rakan mereka dari Lendu, Sarawak sudah melakukan penerbangan untuk pendaftaran masuk ke university dan apabila terjadi begini, ia dianggap benar-benar menyusahkan pelajar yang bukan datang dari keluarga berada.
Malah #MenteriKPTsilaletak jawatan trending di twitter dan ada lebih 30.3 tweet sejak ia dilancarkan.

Dalam kenyataan media beberapa jam lalu KPT memaklumkan pihak mereka amat prihatin dengan pandangan pelbagai pihak serta kebimbangan yang disuarkan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat dengan peningkatan kes COVID-19 yang berlaku hanya selang beberapa hari lagi dari tarikh kemasukan pelajar baharu ke universiti.
KPT turut prihatin mengenai kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pelajar-pelajar, staf universiti dan semua pihak yang terlibat.
Justeru itu, KPT mencadangkan kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk menangguhkan dahulu pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar baharu dan lama ke kampus. Semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.
Keputusan menangguhkan pendaftaran secara fizikal / bersemuka pelajar-pelajar terlibat perlu dibuat demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.
Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing. PIhak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

