
Inilah yang dinamakan kifarah, perbuatan jahat dibalas serta merta.
Wanita asal Texas, Angela Mia Vargas telah diberkas polis dan didakwa atas dakwaan dengan sengaja cuba menyebabkan kematian. Dalam satu insiden menurut saksi, Mia dikatakan cuba membunuh anjing jenis Boxer berusia enam bulan milik jirannya yang sedang menyalak dan bermain di jalan hadapan rumah mereka.
Namun sebaliknya yang terjadi, dari tiga das tembakan yang dilepaskan salah satu peluru dari pistol tersebut telah terkena lantai dan melantun mengenai bahagian perut anak lelakinya yang berusia 5 tahun.
An ABC13 exclusive from @ABC13Miya: A woman riding a bike with her son shot a homeowner’s Boxer puppy. She missed, hitting her 5-year-old son instead! The mom is now charged with deadly conduct. https://t.co/KMXwA1SQuP pic.twitter.com/UgOPoiQ3N2
— ABC13 Houston (@abc13houston) June 2, 2021
Walaubagaimanapun, anak lelakinya itu selamat dan kini dilaporkan stabil dirawat di sebuah hospital tempatan manakala anjing sasarannya pula tidak mengalami sebarang kecederaan. Polis mengesahkan yang sikap yang ditunjukkan wanita itu sebagai berbahaya kerana dengan niat cuba mencederakan dan juga sesuka hati melepaskan tembakan di tempat awam.
Jadi apa cerita anjing tersebut?
Tuan punya anjing tersebut telah dikenakan notis kerana membiarkan anjingnya berkeliaran tanpa pengawasan!
Sumber: meaww.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Sekeluarga Meninggal Akibat Sikap ‘Tak Apa’, Enggan Kuarantin Selepas Pulang Dari Itali

Sejak semalam tular di media sosial kisah lima sekeluarga meninggal dunia di Sarawak akibat positif COVID-19. Dalam sidang media semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan pihak KKM mengesan kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak, yang berpunca daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Itali, yang setakat ini meragut nyawa lima mangsa.
Kluster berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu, dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan kluster berpunca ‘kes import’ yang sebelum ini dibimbangi bakal mencetuskan gelombang baharu itu, kini membabitkan jangkitan sehingga generasi ketiga.

Tidak lama itu viral di media sosial mengenai kematian melibatkan satu keluarga ini berpunca dari diri seorang pegawai di sebuah bank yang baru balik dari Italy tetapi langsung tidak kuarantin diri sebaliknya terus pergi kerja.
Kes bermula apabila mangsa yang meninggal (bekerja di bank yang sama- kes 1031 ) tanpa sedar dirinya sudah dijangkiti kerana kontak terdekat dengan pegawai berkenaan. Ia baru disedari apabila ibunya menghadapi masalah pernafasan dan meninggal. Mereka dikebumikan dengan cara biasa dan paling sayu mereka mengadakan kenduri tahlil seperti biasa tanpa menyedari ia kes berkaitan COVID-19.
Ekoran itu ramai yang dijangkiti bermula dari tukang mandi jenazah, orang hadiri kenduri tahlil, saudara mara dan sebagainya hingga mencecah 37 kes dijangkiti akibat sikap mementingkan diri ini.
Carian REMAJA di fb atas nama Sharifah XXXXXXXX anak kepada keluarga ini ada menulis di fbnya.
Viral la pulak..
But I never mentioned name, and workplace.
And I do not say it’s wrong, but I also don’t want to agree.
Terer netizen ngato.
Tapi nama family dan kampung dah clear. Syukur.
But then,
Bak kata adik saya XXXX, kami cuma nak Abah sembuh dan sihat, kami perlukan doa semua
Who knows if we forgive, then Allah will give miracle to Abah..
And we believe in Allah. 🤲
Semoga ada berita baik, I pray that Abah in ICU SGH, will be healthy again. I know you will Abah! You are strong!🌹🤲🤲
Another family member, XXX is currently intubated, also in ICU, please pray for him too. 🤲🤲🤲
And the rest of our family yang positive, semoga cepat sembuh and covid-free, dapat balit rumah. 💋🌹🤲🤲🤲
– ❤️
Main point, be safe, be clean, stay home, and don’t lie.
We have to break this chain.
Nampaknya apa yang ditakuti iaitu gelombang ketiga mula menular akibat perjalanan ke luar negara. Kita di Malaysia baru melepasi kluster dibawa oleh tabligh dan kini gelombang ketiga mula memasuki iaitu dari mereka yang baru pulang dari luar negara.
So stay at home. Tolong putuskan rantaian COVID-19 ini agar negara kita bebas selama-lamanya dari wabak ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kate Middleton Hidap Kanser Tahap Awal, Lewat Dedahkan Berita Demi Anak-Anak

Kehilangan Pricess of Wales, Kate Middleton daripada radar setelah dilaporkan menjalani pembedahan abdominal dengan jayanya telah menjadi topik yang hangat dibualkan bukan sahaja oleh rakyat di Britain tetapi juga oleh masyarakat dunia.
Kali terakhir Kate, 42 membuat kemunculan rasmi di khalayak ramai adalah pada Hari Natal bersama ahli keluarga diraja Britain lain.
Kate hanya kembali muncul menerusi hantaran foto di Instagram bersama tiga anaknya, Putera George, Puteri Charlotte dan Putera Louis pada sambutan Hari Ibu peringkat United Kingdom pada 10 Mac lalu yang telah menjadi objek kritikan awam berikutan suntingan tidak kemas yang dilakukan Kate menggunakan perisian Photoshop.
Sejak itu, Kate kembali menghindarkan diri daripada melakukan mana-mana kemunculan awam sehingga menimbulkan kesangsian.
Kira-kira jam 2 pagi waktu Malaysia pada 23 Mac 2024, Kate menerusi hantaran video di media sosial akhirnya mendedahkan kondisi kesihatan beliau pada waktu ini.
Kongsi Kate, beliau telahpun didiagnos dengan kanser tahap awal setelah menjalani pembedahan perut pada 16 Januari lalu. Berikutan itu, beliau perlu menjalani kemoterapi bagi mencegah punca ketumbuhan itu daripada merebak.
“Ia merupakan kejutan yang sangat besar buat saya, suami dan keluarga. Kami akan berusaha melakukan segala-galanya.
“Saya perlu sihat dan kuat setiap hari. Saya perlu memberi tumpuan kepada perkara yang akan membantu saya sembuh. Fikiran, badan saya perlu bersemangat.
”Dengan mempunyai William di sisi saya juga merupakan sumber keselesaan dan jaminan yang hebat. Begitu juga kasih sayang, sokongan dan kebaikan yang telah ditunjukkan oleh masyarakat di seluruh dunia. Ia sangat bermakna bagi kami berdua.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti menghantarkan kiriman mesej berbentuk sokongan,” ujarnya.

Koresponden diraja di Britain saling berpendapat bahawa William & Kate telah memilih waktu yang tepat bagi membuat pendedahan ini. Ini kerana pasangan diraja itu ingin melindungi keselamatan & kesejahteraan emosi tiga anak mereka yang kini baru sahaja menjalani cuti perayaan Easter di Britain dan ingin sama-sama memberikan sokongan kepada ibu tercinta mereka itu.
Meninjau ruangan komen video pendedahan Kate Middleton di saluran YouTube BBC, warganet turut berdukacita dengan perkhabaran ini.
Ada juga yang berpandangan kritikan serta cemuhan yang diterima Kate berikutan isu suntingan gambar tidak kemas tempoh hari tidak seharusnya berlaku dan berharap agar ‘keyboard warrior’ yang melontarkan kata-kata nista termasuklah, “Kate Middleton seorang penipu,” meminta maaf dan menyesali perbuatan mereka itu.
Terdahulu pada 6 Februari 2024, Raja England, Raja Charles III turut didiagnos dengan kanser dan kini sedang menjalani rawatan susulan di istana.
ARTIKEL BERKAITAN: Raja Charles III Didiagnos Dengan Kanser, Ini Butiran Lanjut
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kronologi Tragedi Yang Meragut Nyawa 6 Anggota Bomba Wira Negara

Seluruh negara hari ini bersedih dengan tragedi yang dianggap cukup mengejutkan semua pihak. Sejak tengah malam semalam, netizen tidak putus-putus menghulurkan kata-kata takziah dan simpati kepada keenam-enam keluarga mangsa perwira negara yang telah terkorban semasa bertugas.

Enam anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBDPM) yang terkorban ialah Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25; Yahya Ali, 24; Adnan Othman, 33; Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25; dan Mohd Fatah Hashim, 34 yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Shah Alam.
BACA: ‘Lemas Itu Mati Syahid, Mulianya Kematian 6 Anggota Bomba’ – Mufti Wilayah
Tragedi ini turut mendapat perhatian daripada pelbagai peringkat rakyat Malaysia termasuklah pemimpin tetinggi negara. Perdana Menteri, Tun Mahathir menyifatkan kejadian ini sebagai satu treagedi yang amat menyedihkan.

Semetara itu Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata keenam-enam wira negara ini mati syahid. Jelasnya, mereka bukan sahaja mati lemas tetapi terkorban kerana dalam misi membantu dan menolong mangsa sehingga meragut nyawa sendiri.
REMAJA yang turut turun ke Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Shah Alam pagi tadi turut merasa hiba dan sesungguhnya negara telah kehilangan anggota yang cukup berdedikasi dengan tanggungjawab dan tugasannya.
Inilah kronologi tragedi malang yang telah meragut nyawa 6 ahli bomba.
TERIMA PANGGILAN (6.30 PETANG)
Kira-kira jam 6.30 petang semalam, Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya telah menerima panggilan kecemasan dan dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana kerana terdapat kes seorang remaja terjatuh dan lemas.
KETIBAAN ANGGOTA PPDA (8.55 MALAM)
Seramai enam orang ahli Bomba dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan empat orang dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua orang dari Balai Bomba Shah Alam tiba di lokasi untuk misi mencari dan menyelamat.
TURUN KE LOMBONG (9.15 MALAM)
Selepas melakukan persiapan, ahli pasukan PPDA mula turun ke lombong untuk memulakan misi mencari mangsa. Keenam-enam anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain dan dari tebing tali secara perlahan-lahan dihulurkan bagi merapatkan diri ke kawasan yang dipercayai tempat mangsa jatuh. Namun secara tiba-tiba arus deras yang mengalir mula menarik seorang demi seorang anggota PPDA ke dalam arus pusaran.
USAHA MENYELAMAT (9.45 MALAM)
Anggota penyelamat yang berada di bahagian tebing berusaha lebih 30 minit untuk menarik mereka seorang demi seorang dan memberikan bantuan pernafasan (CPR).
PENGESAHAN KEMATIAN (9.50 MALAM)
Selepas melakukan CPR, pasukan perubatan dari Putrajaya yang turut berada di lokasi kejadian mengesahkan enam anggota bomba terbabit meninggal dunia akibat lemas.
Salam takziah buat keluarga 6 pegawai bomba yang terkorban dalam operasi menyelamat.
Ya Allah ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, ampunilah kesalahan mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kubur mereka. pic.twitter.com/MVndH0ymfO
— BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (@bombaJBPM) October 3, 2018
Kami di team REMAJA mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang gugur ketika bertugas dan juga kepada keselurahan keluarga besar JBDPM.
Al-fatihah…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

