Mulai 12.01 tengah malam ini, akan berkuatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) melibatkan tiga buah negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Sebagaimana dimaklumkan, bagi mana-mana individu yang ingin merentas daerah perlu mendapatkan surat dari balai polis atau mendapatkan surat pengesahan kerja dari majikan bagi membolehkan korang merentas daerah atau negeri tanpa disiasat.
Tapi ada ketika, kita terkeliru lokasi rumah tempat tinggal kita sekarang termasuk dalam zon atau daerah mana. Betulkan.
Ya lah kita pun tak nak, tengah syok-syok memandu kena lalu pemeriksaan polis dan akhirnya mendapati kita sudah memasuki sempadan daerah lain. Lebih parah kita tak ada apa-apa surat sebagai bukti ketika itu.
Untuk pengetahuan korang, negeri Selangor ini terdiri dari sembilan daerah.
Ads
Ia terdiri daripada Daerah Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Hulu Langat, Hulu Selangor, Petaling, Gombak dan Sepang.
Bagi Klang, kawasan yang termasuk dalam daerah ini terdiri dari Klang dan Kapar.
Bagi Kuala Langat terdiri dari Jugra, Teluk Panglima Garang, Bandar, Tanjung 12, Kelanang, Morib dan Batu.
Ads
Kuala Selangor terdiri dari Tanjong Karang, Ulu Tinggi, Hujung Permatang, Kuala Selangor, Api-api, Jeram, Ijok, Pasangan dan Bestari Jaya.
Sabak Bernam ialah Bagan Nakhoda Omar, Sabak, Sungai Panjang, Panchang Bedana dan Pasir Panjang.
Bagi Hulu Langat, zon yang termasuk dalam daerah ini ialah Rawang, Setapak, Batu dan Hulu Klang
.
Bagi Hulu Selangor terdiri dari Hulu Bernam, Kalumpang, Kuala Kalumpang, Sungai Kerling, Gumut, Peretak, Ampang Pechah, Rasa, Batang Kali, Hulu Yam dan Serendah.
Ads
Sementara daerah Petaling terdiri dari Bukit Raja, Sungai Buloh, Damansara dan Petaling.
Bagi Gombak kawasan masuk dalam zon ini ialah Ampang, Hulu Langat, Cheras, Kajang, Hulu Semenyih, Semenyih dan Beranang.
Akhir sekali zon Sepang terdiri dari Dengkil, Labu dan Sepang.
Jadi inilah had-had zonk orang boleh lalu ya tanpa memerlukan surat rentas sempadan mengikut lokasi rumah korang duduk sekarang. Tapi kalau nak rentas sempadan, buatlah surat seperti diarahkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden kemalangan yang membabitkan pemandu mabuk seakan berleluasa terjadi di negara kita. Ada yang sehingga melibatkan kes kematian dan sememangnya masyarakat meminta mereka dikenakan hukuman yang berat.
Terbaru, seorang remaja berusia 22 tahun menjadi individu pertama di Pulau Pinang yang didakwa di bawah bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 selepas dikuatkuasakan Jumaat lalu.
Saw Yen Yew dihadapkan ke Mahkamah Majistret Georgetown kerana menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol tiga hari lalu. Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.
Kredit foto: malaymail.com
Mengikut kertas pertuduhan, Yen Yew didakwa menunggang motosikal dalam keadaan melebihi kadar alkohol yang ditetapkan iaitu 125mg alkohol dalam 100 darah di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ketika ditahan jam 2.55 pagi, Ahad lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pindaan 2020 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM30,000 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun serta hilang kelayakan lesen memandu selama dua tahun.
Peguam Mohd Ismail Mohamad dalam rayuannya memohon mahkamah menetapkan jaminan setimpal berikutan Yen Yew baru mendapat pekerjaan sebagai juruteknik komputer selain masih muda.
Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Trafik, Inspektor Erma Yanti Abdul Rahim meminta mahkamah memberikan jumlah jaminan yang tinggi.
Kredit foto: Astro Awani
Rosnee kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 November ini sebagai tarikh sebutan semula.
Terdahulu, media melaporkan pada 21 Oktober lalu, Rang Undang- undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang mengenakan hukuman lebih berat terhadap pesalah jalan raya membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 dikuat kuasa bermula 23 Oktober.
Akta baharu ini diyakini dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai terhadap pematuhan undang-undang.
Ha, baru tahu rasa kan? Walaupun nyawa tidak dapat ditukar ganti, namun setidaknya selepas ini biarlah pemandu mabuk yang bersalah dikenakan hukuman yang setimpal.
Sejak semalam tular di media sosial kisah seorang makcik gelang pink yang didapati makan di sebuah café d Meru Raya, Ipoh.
Di saat gambarnya ditularkan, makcik berusia 72 tahun itu sedang menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas didapati positif COVID-19 selepas menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari selepas kembali ke tanah air pada 4 Julai lalu.
Di saat “gambar makcik tertangkap” selamba makan di luar walau pun perlu menjalani kuarantin di rumah hingga ramai menyuarakan kemarahan, hari ini pula semakin banyak gambar individu-individu yang gambar mereka memakai gelang pink ditularkan di media sosial.
Ada dilihat selamba membeli belah, duduk minum di kedai mamak dan sebagainya.
Senang kata, bukan orang berusia saja ingkar arahan tapi anak muda pun ramai yang degil. Sama-sama tak mendengar nasihat perlu kuarantin di rumah.
Dalam satu perkongsian gambar dari Faizal St di fbnya, dapat dilihat anak muda selamba keluar membeli belah walau gelang masih di tangan. Walau lokasi tak dinyatakan di mana, tapi dengan sikap dan pemikiran begitu, rantaian COVID-19 sukar diputuskan apabila Pesakit Di Bawah Pengawasan selamba keluar ke mana-mana tanpa mempedulikan kesihatan orang lain. Secara tak langsung, orang-orang begini memperjudikan nasib orang lain pula.
Kalau dalam kes makcik gelang pink cafe perlu dibuat semburan, tak mustahil jugalah pasaraya yang telah dikunjungi oleh pemakai gelang pink ini juga perlu dibuat semburan dan pembersihan (setakat nie belum ada berita mengenainya lagi dan kita mungki terdedah kepada jangkitan. Betul tak?)
Ermm, kalau begini gayanya, kluster apalah bakal keluar ya?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat rakyat Malaysia, semua kategori pengembara warganegara serta pemastautin tetap Malaysia dan Singapura layak menggunakan laluan perjalanan lengkap vaksin-laluan darat (VTL-Land) berkuatkuasa 20 Disember ini.
Pelancaran VTL-Land antara Malaysia dan Singapura yang telah dilakukan pada 29 November lalu bertujuan untuk melancarkan pergerakan merentas sempadan tanpa kuarantin yang mengintegrasikan protokol kesihatan, keselamatan dan kelulusan imigresen. Inisiatif ini membolehkan mereka yang terpisah daripada orang tersayang akibat pandemik untuk kembali semula bersama keluarga.
Bagi memenuhi peningkatan permintaan orang ramai terhadap inisiatif VTL-Land ini, semua kategori pengembara terdiri daripada warganegara Malaysia dan Singapura boleh memasuki Singapura dan Malaysia masing-masing, menggunakan VTL (Land) berkuatkuasa 20 Disember 2021.
Fuh, ada peluang ni ke luar negera. Hiks!
Walau bagaimanapun, penggembawa wajib divaksinasi sepenuhnya dan bagi kanak-kanak di bawah umur 12 yang tidak divaksinasi, mereka harus ditemani oleh ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap divaksin.
Penggembara yang layak adalah tertakluk kepada ujian saringan COVID-19 dan keperluan kesihatan terperinci yang ditentukan oleh negara masing-masing.
Buat masa ini, VTL-Land masih terhadap kepada perkhidmatan bas sahaja. Perkhidmatan bas VTL-Land akan menawarkan tiket untuk memenuhi permintaan yang meningkat dan tertakluk kepada status kesihatan awam semasa.
Perkhidmatan bas VTL-Land yang ditetapkan di Malaysia akan menggunakan Terminal Bas Larkin Sentral (Larkin Sentral) manakala di Singapura akan menggunakan Terminal Queen Street (QST) dan Woodlands Temporary Bus Interchange (WTBI).
Sebelum membuat pembelian tiket, korang yang ingin masuk ke Malaysia menggunakan VTL-Land dikehendaki mendaftar di mysafetravel.gov.my manakala penggembara dari Malaysia ke Singapura dikehendaki mendaftar di go.gov.sg/vtl-portal.
Butiran mengenai keperluan VTL-Land ini boleh didapati di www.miti.gov.my dan www.safetravel.ica.gov.sg
Sama ada untuk urusan perniagaan atau bercuti, kini kita bebas bergerak merentas ke seberang tambak. Yeayy!
Apa-apa pun jangan lupa untuk menjaga SOP ya kerana virus COVID-19 masih berada disekeliling kita. Stay safe guys!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.