Ikmal Amry kini dikategorikan sebagai antara pelakon lelaki yang semakin meningkat naik.
Selain daripada bakat yang terus digilap selepas pencarian Hero Remaja 2017, ramai peminatnya yang memperkatakan tentang Ikmal disebabkan badannya yang maintain sado. Tak terlalu besar dan tak terlalu kurus. Just nice, eh!
Sebagai salah seorang daripada 4 selebriti yang menjadi wajah wangian David Beckham Fragrances, penulis tak lepaskan peluang untuk bertanya tip menjadi sado daripada Ikmal. Dah macam trainer pula dengar cara dia explain, hehe..
Ikmal bersama geng gym-nya, Aedy Ashraff dan Ezaidi Aziz.
Antara workout dan diet, mana lebih penting?
Ikmal Amry (IA): Bagi Am, 80 peratus penyebab badan cantik adalah kerana dietnya. Senaman itu hanya mempengaruhi 20 peratus daripada proses tu.
Jika bersenam 5 jam sehari tetapi tak menjaga pengambilan gula atau nasi, susah nak nampak perubahan pada badan. Sebab tu ramai yang merungut tak nampak result – sebabkan diet.
Makanan apa yang Am ambil masa mula-mula workout dulu?
IA : Am ada jadual diet. Sebabkan dulu kurus, bulan pertama adalah masa untuk naikkan berat badan. Jadi Am ‘bantai’ makan je. (ketawa)
Masuk bulan kedua, kuantiti itu dikurangkan sedikit demi sedikit. Minggu pertama, cut gula waktu siang. Minggu kedua, cut gula terus-menerus. Diet tak akan berkesan jika tergesa-gesa, jadi korang kena relaks dan sabar.
Jangan bahayakan badan kerana simptom ‘badan terkejut’. Am sendiri pernah berhenti ambil gula selama dua hari dan badan mula menggeletar dan lembik. Rasa lesu, menggigil dan terasa nak demam. Doktor pun kata benda yang sama.
Ads
Sebab itulah ia perlu dilakukan step by step dan mengikut tubuh masing-masing. Lain orang lain cara.
Selain ke gym, Ikmal juga rajin menyertai team-nya Challo FC di padang bola sepak.
Tip jadi sado please..
IA : Lelaki atau perempuan, pertama sekali kena niat. Tetapkan dulu kenapa korang nak badan cantik.
Kedua, kena ada target. Dulu, Am memilih gambar badan idaman saya. Korang akan lebih komited kalau ada inspirasi dan target.
Lastly, kena ada ilmu tentang diet dan workout. Kalau buat ikut suka tanpa rujukan, memang impian kamu susah nak tercapai.
Jadi ada 3 perkara – niat, sasaran dan ilmu.
Ads
Juga aktif bersama Challo FC ialah Syafiq Kyle.
Pernah lakukan kesilapan?
IA : Dua tahun Am workout tanpa ilmu. Sampai satu tahap diri sendiri confuse, “Kenapa badan aku ni tak jadi?”
Selepas bergaul dengan kawan yang ada ilmu barulah Am kembali on track. Diet yang betul, berapa kalori sehari dan cara gunakan alatan di gym. Berapa berat yang Am perlu angkat sehari, apa sasaran yang nak achieve. Barulah ada displin, badan pun tak terkejut.
Sebab itu better ada gym buddy yang berpengalaman.
Ads
Ikmal bersama penyanyi, Elizabeth Tan sebagai penghias cover Majalah Remaja Oktober-Disember 2018. Foto: Shahir Osman
Ramai perempuan yang aktif di gym dan suka bina badan. Pendek kata, mereka pun hendak menjadi wanita sado. Kalau lelaki boleh, mengapa tidak wanita?
Apa pandangan Am?
IA : Depends pada perempuan itu.
Cuma bagi Am, perempuan tak perlu pun jadi sado kerana kamu sudah pun dilahirkan cantik tak kiralah body shape kamu.
Tapi sebagai lelaki yang pernah kurus kering dulu, Am faham kenapa mereka nak ‘buat badan’. Cuma eloklah wanita sekadar menjadi fit saja. Sado itu bukan kemestian.
So, perempuan idaman Am kena fit?
IA : (Ketawa) Tahu dah soalan ini akan ‘naik’. Biarlah dia sederhana je. Orang kata, just nice lah!
Anyway, REMAJA nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY kepada Ikmal Amry!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
TBH, masalah berdengkur ketika tidur ini bukanlah lagi satu isu baru bagi kebanyakan daripada kita.
Namun, korang harus tahu bahawa tabiat ini bukan saja akan mengganggu orang yang tidur berdekatan dengan kita tetapi juga akan mengganggu kita sendiri sebagai orang yang menghidapnya. Ini kerana oksigen yang sepatutnya naik ke otak sempat berhenti beberapa saat ketika anda sedang berdengkur.
Dengkuran melampau boleh membuatkan korang sukar mendapat tidur nyenyak dan ia sekaligus mengganggu produktiviti tenaga pada keesokan harinya.
Jadi, untuk menghilangkan tabiat berdengkur, apa kata korang ikhtiar sedikit dengan mengamalkan pengambilan jus yang dikatakan mampu merawat masalah ini.
Cer try resepi di bawah:
Bahan-bahan
¼ hirisan lemon
1 ruas halia merah
2 biji epal
2 biji lobak merah bersaiz sederhana
150 ml air putih
Sumber foto: Britishsnoring.co
Caranya mudah saja, kisarkan (blend) semua bahan sehingga menjadi jus. Amalkan minum jus ini sebelum tidur dan jadikannya sebagai rutin sekerap tiga kali seminggu. InsyaAllah tabiat berdengkur tersebut akan berkurangan.
Selain daripada tip minuman ini, ada perkara-perkara lain yang boleh korang laukan untuk kurangkan dengkuran. Salah satu daripada adalah dengan menurunkan berat badan. Faktor obesiti menjadi salah satu punca utama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kita sering membaca kisah kejayaan individu yang berjaya menguruskan berat badan masing-masing. Nah, kami nak kongsikan sebuah kisah benar (hehe) kejayaan tentang penurunan berat serta panduan untuk korang yang cuba ingin berdiet.
Baca perkongsiannya, moga bermanfaaat buat semua terutama yang ingin kekalkan gaya hidup sihat. Jom kita ambil inspirasi daripada rahsia kurus gadis ini.
Turun hampir 12kg dalam masa 79 hari, wanita ini kongsi cara dan menu makanan yang diamalkannya sebagai diet harian. Menurut individu yang menggunakan nama Juzzlika Jewellery di Twitter ini, dia mengamalkan intermittent fasting 16 jam dan diet ‘suku suku separuh’.
Alhamdulillah sampai hari ni still buat IF dengan cara diet suku suku separuh
11.9KG LOSS 🥰
Dalam masa 79 hari.
Hari ni ke 79
Siapa nak gambar2 menu kita REPLY nak k nanti kita update lagi pic.twitter.com/OcLeDMGUUD
Menurut gadis ini, dia mengamalkan intermittent fasting dimana berpuasa selama 16 jam dari jam 8 malam hingga 12 tengah hari keesokan harinya dan waktu makan hanya 8 jam sahaja dari 12 tengah hari hingga 8 malam.
Tapi korang still boleh minum teh,kopi dan sewaktunya cuma tanpa gula ya!
Masih mengamalkan nasi, Juzzlika memberitahu dia hanya makan nasi segenggam sahaja dan lauk tanpa sebarang kuah. Gadis ini akui pada awalnya agak sukar untuk menahan diri daripada makan di waktu malam.
Pengambilan Air Yang Cukup, 1 Liter Air : 25 Kg
Seperti anda ketahui, perkara paling penting jika ingin menurunkan berat badan adalah pengambilan air yang cukup. Juzzlika turut berkongsikan jumlah air yang perlu diambil mengikut berat badan masing-masing.
Sempat Berkongsi Menu Diet Suku-Suku Separuh
Beza Dulu Dan Sekarang
Secara keseluruhannya, terkini gadis ini berjaya hingga menurunkan berat badan hampir 13Kg. Pergh, bestnya. Apa lagi gais, jom kita diet dan amalkan gaya hidup sihat.
Sumber : Twitter Juzzlika Jewellery
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari kesepuluh Festival Filem Cannes 2024 sekali lagi menjadi tumpuan – bukan disebabkan kehadiran selebriti dalam ballgown dempak di atas karpet merah – tetapi disebabkan kemunculan Bella Hadid dalam persalinan gaun berfabrik Keffiyeh.
Bella yang merupakan model antarabangsa berdarah kacukan Belanda-Palestin tampil di kawasan pantai Croisette dalam gaun vintaj dari tahun 2001 rekaan Michael & Hushi itu dipercayai sebagai tanda bantahannya terhadap kekejaman rejim Zionis yang terus-menerus membedil kawasan tempat duduk rakyat Palestin.
Sambil menikmati aiskrim gelato, Bella juga dilihat lebih selesa dengan gaya kasual bersama sepatu Gucci, scrunchie rambut berjenama Sandy Liang, kaca mata tanpa bingkai dan anting-anting keemasan.
Menerusi hantaran Instagram Stroy, Bella mengesahkan niat di sebalik gayanya itu dengan kapsyen #michaelandhushi @hushi5 Archival 2001 kiffeyeh dress Free Palestine forever.
Terdahulu, rekaan seakannya oleh pereka fesyen yang sama pernah digayakan oleh karakter Sarah Jessica Parker, Carrie Bradshaw dalam salah satu episod drama Sex and the City.
Sebagai info, fabrik Keffiyeh ialah fabrik tradisi yang merupakan simbol kepada identiti serta solidariti rakyat Palestin. Ia cukup mudah untuk dikesan dengan paten yang setiap satunya mempunyai maksud berbeza bagi menceritakan kebudayaan masyarakat Palestin sebenar.
Model berusia 27 tahun itu dan kakaknya, Gigi Hadid sememangnya merupakan segelintir kecil daripada selebriti antarabangsa yang lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan negara mereka sejak beberapa tahun lalu. Malah Bella pernah menyertai perarakan bagi membantah tindakan rejim Zionis di Brooklyn, New York.
Semangat Bella ini hadir disebabkan latar belakang ayahnya sendiri, Mohamed Anwar Hadid yang dilahirkan dalam keluarga Muslim Palestin dan kerana sifat kemanusiaan yang ada dalam diri Bella sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!