Azam baru, nak kurus! Rasanya setiap tahun memang selalu kita dengar semua orang cakap “Tahun ni aku kena kurus” dan sampai la ke tahun hadapan nampaknya masih simpan azam yang sama dan tak pernah pun jadi kenyataan.
Nah, itu semua hanya cakap-cakap kosong bagi mereka yang tak pernah ada usaha nak memperbaiki diri. Ramai yang memandang sinis bila individu bertubuh besar menyatakan hasrat ingin menurunkan berat badan.
Bagi mereka, individu ini hanya hangat-hangat tahi ayam sebab dah sebati dengan ‘makanan’, mana mungkin mampu tahan nafsu makan.
Walaupu bagaimanapun, banyak sebenarnya kisah individu bertubuh besar yang dah pun kurus memberi inspirasi buat orang lain. Bezanya hanya dengan cara bagaimana mereka kurus dan rutin yang diamalkan setiap hari.
Nak Kurus Bukan Hanya Diet
Bagi Afil Syazwan Jefri, dia memilih untuk melakukan diet secara sihat dan bukannya mengambil jalan mudah dengan menggunakan ubat-ubatan untuk kurus. Dia menganggap tidak ada hasilnya pun, daripada buang duit dan masa, lebih baik ‘angkat punggung’ dan buat sesuatu.
Lelaki ini pernah mencecah berat sehingga 98 kg pada Ramadan tahun lepas dan sememangnya setiap kali menjelang bulan puasa dia akan cuak umpama kucing mendengar guruh kerana dia tahu beratnya akan naik kaw-kaw.
Jadi, apa yang dia buat? Cepat-cepat tanam azam dan atur strategi untuk jalani kehidupan yang lebih sihat.
Ads
Berikut merupakan tip yang dikongsi oleh lelaki ini:
1. Cut semua minum manis dan banyak minum air kosong. Dalam sehari, cuba untuk habiskan at least dua botol besar mineral water. Balik rumah, minum lagi. Memang mula-mula susah tapi nanti lama-lama dah terbiasa dan jadi okay.
2. Dari segi makanan, saya makan juga nasi cuma kecilkan sikit saiz hidangan tu. Tengah hari, banyak makan ikan bakar atau ayam bakar. Sayur kena makan juga bagi seimbang sikit.
3. Dinner, kalau selalu ikut time perut, tapi untuk selamatkan keadaan, saya dinner lebih awal. Paling lewat pun jam 8 malam. Then kalau tengah malam saya lapar lagi, saya makan kacang kuda yang kuning tu. Then tidur awal.
4. Setiap pagi, on weekdays saya akan berjalan kaki. Ini untuk dua tiga bulan pertama sebab nak lari, tak mampu lagi. Lagi satu, takut bumi bergegar kalau saya lari. Haha. Just kidding.
Ads
So, saya akan berjalan kaki, setiap pagi 6 km. Selalunya, 1 jam dah settle dah. On weekend, saya akan berjalan 10 km. Berjalan pun janganlah malas sangat. Jalan bagi laju sikit dan biar berpeluh dan rasa jantung tu pam laju.
5. Bila berat saya dah turun seperti yang saya nak, cuba maintain untuk lari (non stop) 2 km every day. Sampailah sekarang, saya kekalkan benda tu. Kalau tak mampu one shot, buat 1 km pagi dan 1 km petang atau malam.
6. Untuk naikkan muscle, kalau tak sempat ke gym, saya akan push up. Sehari, saya buat 100-200 kali push up atau BM dia, tekan tubi. Buat 50 kali bukan lebar dan 50 kali bukaan kecil atau diamond. Itu minimum.
Untuk push up, saya akan buat 20 kali, then rehat 20 saat then sambung lagi 20 kali, dan cukupkan 100 atau 200 kali.
Ads
Kalau tak mampu, sama juga macam berlari. Bahagikan kepada dua bahagian. Contohnya 50 atau 100 kali di sebelah pagi sebelum pergi kerja, dan 50 atau 100 kali sebelum tidur.
Sekarang, berat Afil sudah pun 78.8 kg dan selama lebih kurang setahun, dia berjaya menurunkan 16.3 kg. Lihat saja progress yang ditunjukkan daripada gambar before dan after, memang boleh jadi inspirasi buat anda yang nak menurunkan berat badan juga.
Bukan nak sado, kurus atau apa, tapi dia cuba untuk turunkan berat untuk elak mengah, cepat penat, sakit kaki dan mudah rasa ngantok. Mungkin ada yang kata “Tak nampak beza pun”, Afil dengan selamba menjawab, “Who cares”.
Nasihatnya kepada individu yang bertubuh besar, kita boleh turunkan berat badan sedikit demi sedikit kalau kita betul-betul nak. Jadi, jangan putus asa dan jangan berhenti.
“Kalau kau percaya bahawa diet semata-mata boleh turunkan berat, kau kolot sebab itu adalah mitos. Nak tak nak, kau kena juga bergerak dan keluarkan peluh,” tambahnya lagi.
Bintang k-pop sensasi berusia 33 tahun, HyunA tular setelah dirinya rebah sewaktu mempersembahkan lagu hitnya, ‘Bubble Pop!’ di pentas festival muzik Waterbomb di Macau.
Menerusi video-video di media sosial yang dikongsikan oleh pengunjung konsert dan peminat HyunA, penyanyi itu dibantu oleh dua orang penari latarnya setelah rebah sebelum seorang staf sekuriti mengangkatnya turun dari pentas untuk mendapatkan bantuan perubatan.
Bagi meredakan spekulasi di media sosial, HyunA menerusi satu hantaran di Instagram menjelaskan dirinya okay dan berharap peminat tidak merisaukan keadaan kesihatannya. Namun bekas ahli kumpulan 4Minute itu tidak pula mendedahkan punca kejadian.
“Saya benar-benar minta maaf. Saya ingin memberikan anda persembahan menakjubkan tetapi saya merasakan seperti tidak profesional (kerana rebah).
“Saya akan menguatkan semula stamina dan terus bekerja keras pada masa hadapan. Ia akan menjadi satu pengalaman hebat sekiranya segala-galanya berjalan lancar seperti yang saya inginkan,” katanya sambil berterima kasih di atas doa dan harapan peminatnya.
“Saya benar-benar okay! Jangan risaukan saya!” tambah isteri kepada Yong Jun-hyung ini.
Dalam ruangan komen, peminat menyuarakan keraguan mereka terhadap kesihatan HyunA. Ini memandangkan pendedahan penyanyi itu dalam laporan media baru-baru ini kononnya dirinya berjaya mengurangkan berat badan sehingga 10 kilogram dalam masa sebulan.
Diet yang terlalu ekstrem itu besar kemungkinan menganggu stamina yang dimiliki oleh HyunA memandangkan selama ini, dia tidak pernah berdepan isu seperti ini di atas pentas nyanyian.
Terdahulu, REMAJA pernah berkongsi mengenai cara bintang dari Korea Selatan menurunkan berat badan dan mengekalkan bentuk badan mereka walaupun terpaksa bergelut dengan diet yang ketat.
Sejak kebelakangan ini, acap kali isu kesihatan mental dibincangkan warganet di media sosial. Ada yang memerlukan rawatan pakar, tetapi ada juga yang dianggap ‘sakit’ dek kerana pengambilan dadah berbahaya.
Melalui satu hantaran di aplikasi X, pelakon Izara Aishah berpendapat gangguan mental hanya dianggap sah jika seseorang itu tidak sedang dipengaruhi oleh dadah jenis ‘ice’ (crystal methamphetamine).
Hantaran tersebut kemudian mendapat perhatian ramai dengan lebih dari 6,000 retweet dan 9,000 tanda suka. Isu ini menjadi perbincangan orang ramai apabila beberapa netizen mempunyai pandangan yang berbeza.
Girl seriously. It’s not mental illness when you’re high. That’s it. That’s the whole tweet. https://t.co/UQm8Z0JtBi
Netizen yang dikenali sebagai Nurul Izzah menyatakan bahawa dadah mungkin dianggap sebagai penyelesaian paling mudah bagi pesakit mental yang kurang sokongan.
Namun, pelakon ini menekankan pengambilan dadah jenis ‘ice’ (crystal methamphetamine) akan memberikan kesan yang lebih teruk.
Kata Izara, berikutan tweet tersebut, beberapa netizen telah memanggilnya bodoh kerana menyatakan bahawa ketagihan dadah merupakan salah satu bentuk gangguan mental.
Tanpa mahu berbalah, menantu kepada penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini menegaskan bahawa seseorang tidak dapat dianggap sakit mental jika sedang dipengaruhi oleh dadah.
Jadi apa pendapat korang? ‘Valid’ atau tidak untuk melabel ketagihan dadah sebagai satu bentuk penyakit mental?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: Instagram Izara Aishah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebenarnya banyak drama menarik dekat Netflix yang korang boleh layan sepanjang PKP ni tau!
Bukan selalu filem Thailand dibawa untuk tayangan di negara kita. Kebiasaan yang dibawa masuk pastinya mencapai tahap box office di negara mereka. Begitu juga dengan ‘Girl From Nowhere’ yang sudah ditayangkan pada sejak 2018 untuk siri pertamanya , Siri thriller supernatural yang agak gelap penuh dengan misteri seorang remaja perempuan bernama Nanno, lakonan Kitty Chicha Amatayakul.
Menariknya, Girl From Nowhere sekarang sudah memasuki musim kedua boleh stream di Netflix. Untuk pengetahuan anda, setiap episod siri ini berdasarkan kisah benar masalah sosial yang berlaku di Thailand.
Memang menarik siri dan memang susah nak move on dengan Nanno, jom kita kenali dengan lebih dekat fakta menarik tentang pelakon muda yang berbakat ini.
‘Kitty’ bukan nama panggilan, tapi sebenarnya adalah sebahagian dari nama kelahirannya yang diberikan oleh ayahnya.
“Ketika ibu melahirkan saya, ayah sebenarnya berada di Jepun. Jadi, bila nak pulang ke Thailand, dia cuba mendapatkan hadiah, dan kebetulan Hello Kitty cukup popular pada masa itu. Oleh itu, dia memutuskan bahawa itu mungkin nama yang baik untuk seorang perempuan.”
Bekas Girl Group Thailand ‘Kiss Me Five’
Kitty bermula dengan bidang nyanyian dan sebahagian daripada girl group Thailand ‘Kiss Me Five’ sebelum terjun ke bidang lakonan. Beberapa lagu hits mereka termasuk One Last Chance dan Sensitive. Kiss Me Five adalah girl group Thailand yang dianggotai oleh 5 orang ahli. Debut pada Oktober 2010 di bawah label rakaman KAMIKAZE. Kitty menyertai KAMIKAZE pada usia 17 tahun.
Juga Terlibat Dalam Siri The Serpent
Kalau nak tahu, gadis 27 tahun ini terlibat dalam projek siri The Serpent (kebetulan ditayangkan juga di Netflix).
Dia memainkan watak gadis Thailand yang berhubungan dengan penjenayah, The Serpent berkisarkan tentang kisah benar perjalanan hidup pembunuh bersiri Charles Sobhraj era 70-an.
Watak Joker Merupakan Impiannya
Kata Kitty, di masa depan, dia ingin membawa watak seperti Joker, itu merupakan impian setiap pelakon. Kitty sukakan cabaran dalam lakonan dan tidak mahu play safe sahaja.
Harry Styles Follow Di IG
Kitty bukan biasa-biasa, Harry Styles juga antara yang follow di Instagram, buat masa ini sudah mempunyai lebih 3.3 juta pengikut hingga kini. Agaknya Harry Styles pun tak boleh move on dengan watak Nanno.
Apa yang menarik perhatian Remaja tentang keseluruhan siri ‘Girl From Nowhere’ ini ialah kebolehan lakonan pelakon utamanya, Kitty yang menggalas yang cukup hidup melakonkan karakter Nanno ini.
‘Girl From Nowhere’ merupakan siri antarabangsa yang terbaik dan wajib ditonton remaja diluar sana! Go watch it now!
Rating – 4/5
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.