Ramai remaja mengeluh bila kulit muka dipenuhi jerawat. Bintik-bintik merah ini menjadi igaun ngeri bagi remaja lelaki dan perempuan kerana kebiasaannya, muka mereka yang ditumbuhi terlampau banyak jerawat akan membuat keyakinan diri menjadi kurang.
Sebenarnya untuk mendapatkan kulit muka yang bersih tanpa ada sebarang noda dan cela, ada beberapa rahsia yang korang patut tahu dan amalkan. Rahsia ini dikongsi oleh Puan Ony Nurhusni yang baru saja dinobatkan sebagai Ikon Kosmetik Kedah 2018. Beliau banyak menulis tips di fbnya, Kelab Sayang Kulit By Ony Nurhusni.
Menurut Ony, untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik, ada beberapa pantang yang harus difahami. Apa pantang larangnya?
❌ Pantang 1 : Cuci muka terlalu kerap
Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap
Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci
Kulit akan cenderung menjadi lebih berminyak dan berjerawat .
Oleh itu, pemilihan pencuci muka yang betul mengikut jenis kulit juga sangat penting
Ads
❌ Pantang 2 : Gosok muka terlalu kuat
Ramai yang ingat bahagian yang ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk mengeluarkan sebum dan kotoran di dalam liang roma. Sebaiknya, elakkan mengosok kulit dengan terlalu kuat kerana tindakan ini boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit.
❌ Pantang 3 : Skrub muka terlalu kerap
Kebiasaannya, mekanikal eksfoliator seperti scrub mempunyai tekstur berbiji-biji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana lama-kelamaan ia menyebabkan kulit menjadi agak nipis, menjadi lebih sensitif dan kemungkinan juga boleh menyebabkan jerawat.
Ads
Kekerapan skrub yang disarankan ialah 1-2 kali seminggu saja, ok.
❌ Pantang 4 : Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak serta bahan kimia lain yang boleh meningkatkan iritasi pada kulit muka terutamanya yang jenis sensitif. Apabila terkena pada muka, bahan-bahan tersebut juga kemungkinan menyebabkan jerawat atau ruam-ruam halus terutamanya di bahagian dahi.
Apa yang boleh dilakukan ialah, syampu rambut dahulu, kemudian baru lah mencuci muka dengan pencuci muka.
Ads
❌ Pantang 5 : Biar peluh kering sendiri tanpa dilap
Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya jika boleh, lap lah muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran, asap serta debu bersamanya.
❌ Pantang 6 : Berkongsi tuala badan dan tuala muka
Ramai yang buat ni kan? Lap muka menggunakan tuala badan. Lebih elok jika kita asingkan tuala untuk muka dan badan. Tualan badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.
Credit sharing : Fb Puan Ony Nurhusni
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rokok elektronik sering digambarkan sebagai agak selamat. Malah ada penghisapnya yang mendakwa ia sebagai pengganti rokok, bebas bahan kimia dan nikotin, tidak menyebabkan ketagihan dan selamat digunakan. Malah ada dakwaan vape lebih jimat dari rokok.
Jika ramai berfikir begitu, ternyata memang silaplah dan lebih senang cakap memang kena tipu hidup-hiduplah kerana di Chicago Amerika Syarikat, kematian pertama akibat menghisap vape dicatatkan sekaligus mencatat rekod pertama kematian melibatkan pesakit rokok elektronik ini.
Kes kematian akibat vape turut di tweet oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Ahmad selepas kes ini tersebar.
Tweet Menteri Kesihatan mengenai kematian pertama akibat vape
Laporan Astro Awani semalam menyiarkan laporan berita ini. Seorang pesakit meninggal dunia dipercayai akibat penggunaan rokok elektronik, sekali gus menjadikannya kematian pertama di Amerika Syarikat yang dikaitkan dengan rokok alternatif itu.
Pegawai kesihatan di Jabatan Kesihatan Awam Illinois mengesahkan kematian mangsa yang disahkan menghidap sakit paru-paru kronik dipercayai akibat tabiatnya menghisap vape.
Ia bagaimanapun namun enggan mendedahkan nama, usia dan jantina mangsa, lapor CBS Chicago.
“Keseriusan penyakit yang dialami orang awam akibat vape adalah pada tahap membimbangkan dan kita perlu sedar penggunaan e-rokok adalah berbahaya pada kesihatan.
“Kami minta pasukan dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) untuk datang ke Illinois bagi membantu kami menyiasat kes ini,” kata Pengarah Jabatan Kesihatan Awam Illinois, Dr Ngozi Ezike.
Ramai penghisap vape mendakwa vape bebas nikotin.
Agensi itu berkata sekurang-kurangnya 22 orang berusia di antara 17 dan 38 tahun menghidap beberapa jenis penyakit pernafasan selepas menggunakan e-rokok, manakala 12 kes lain pula sedang disiasat.
Kes-kes penyakit pernafasan yang berkaitan dengan vape turut dilaporkan berlaku di Chicago dan Champaign. Mereka yang terjejas mempunyai gejala termasuk batuk, sesak nafas dan keletihan.
Ada di antara mereka juga mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. Sehingga Rabu, CDC melaporkan 153 kes sesak nafas berlaku di Amerika Syarikat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
13 Mac 2020 dipilih sebagai World Sleep Day bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada penduduk dunia tentang kepentingan tidur dan berehat, termasuklah dalam bidang perubatan, pendidikan, aspek sosial dan pemanduan.
Sambutan ini diperkenalkan oleh World Sleep Day Committee of World Sleep Society dengan menerangkan pentingnya tidur dan juga cara menghalang masalah tidur.
Mereka terdiri daripada individu yang bekerja dalam sektor perubatan, mengambil bidang kesihatan khususnya dalam penyelidikan berkenaan tidur.
World Sleep Day diraikan pada hari Jumaat sebelum fenomena Spring Vernal Equinox berlaku setiap tahun. Untuk tahun ini, sambutan hari tidur sedunia disambut pada 13 Mac dan pada tahun hadapan, ia akan berlaku pada 12 Mac 2021.
Hm, tak sangka pula tidur pun diangkat sebagai satu sambutan bagi masyarakat dunia. Tapi, ada relevannya juga kerana segelintir individu terlalu menghabiskan masa dengan kerja sehingga mengambil mudah soal tidur dan berehat.
Manusia dewasa lazimnya memerlukan waktu tidur selama 7 ke 8 jam sehari, tapi dek kerana kepadatan jadual kerja, ada yang tidur hanya 4 jam sehari.
Selain itu, tidur juga sebenarnya mempunyai manfaat seperti berikut:
1. Jantung lebih sihat
Tidur yang berkualiti mengurangkan beban terhadap jantung anda, kerana tekanan darah dan kadar degupan jantung menurun pada waktu malam.
Sementara itu, orang yang kurang tidur atau tidur terlalu banyak berisiko tinggi untuk menghidap Hiperlipidemia, di mana keadaan kolesterol di dalam darah berada pada tahap tinggi, yang boleh menjadi punca serangan jantung atau strok.
2. Berat badan yang sihat
Kurang tidur boleh menganggu keseimbangan hormon ghrelin dan leptin di dalam badan, di mana kedua-dua hormon ini boleh mengawal atau menambah selera makan yang menyebabkan pengambilan kalori berlebihan sehingga berat badan bertambah.
3. Mengawal emosi
Tidur dan emosi mempunyai kaitan yang rapat; kekurangan tidur boleh menyebabkan emosi terganggu dan tekanan, sementara mengekalkan corak tidur yang sihat dapat membantu meningkatkan kesejahteraan emosi.
4. Memori dan konsentrasi
Tidur juga membantu meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah, konsentrasi dan produktiviti.
Wah, mesti ada yang rasa nak sambung tidur kan? Hiks!
Tidak dinafikan dengan situasi yang melanda dunia, ramai diantara kita yang menjadi lebih paranoid dan stres apabila memikirkan tentang wabak COVID-19.
Risau, curiga serta was-was sering berlegar di kepala kerana bimbang sekiranya diri dijangkiti virus dan menyebarkan pula kepada ahli keluarga yang lain.
Ya, kami faham memang ada yang berperasaan sedemikian. Jadi, untuk mengelakan rasa panik dan cemas yang berlebihan, cuba lakukan saranan yang telah diberikan oleh Public Health Malaysia ini.
1. Korang risau, resah atau sunyi?
Cuba berhubung dengan orang lain. Bercakap dengan orang yang korang percaya dan prihatin dengan perasaan korang.
2. Duduk di rumah?
Kekalkan kesihatan diri, fizikal dan mental. Amalkan deep breathing (tarik nafas dalam-dalam), serta lakukan regangan badan. Ambil makanan yang berkhasiat dan tidur yang cukup.
3. Panik atau cemas berlebihan?
Berhenti layari cerita COVID-19. Berhenti daripada membaca, mendengar tentang COVID-19 termasuk di media sosial. Hadkan masa dan pilih hanya sumber yang dipercayai mengenai COVID-19.
Gambar hiasan
Ramai juga masyarakat yang sebenarnya memang mengalami masalah cemas dan panik ini berkongsi pengalaman di ruangan komen.
Jangan pandang ringan dengan individu yang korang rasakan terlebih panik disebabkan korang tidak merasa perasaan tersebut. Cuba nasihatkan mereka dengan memberi kata-kata positif dan paling penting elakkan daripada melayari media sosial kerana pada saat ini, memang ramai yang sibuk membahaskan tentang isu COVID-19 ini.
Apa-apa pun stay at home and stay safe guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Persahabatan WOODZ Jennie akhirnya terbongkar selepas 10 tahun, mendedahkan kisah sebenar hubungan mereka sejak zaman sekolah yang menyentuh hati peminat.