Baru-baru ini, juruterbang dan empat penumpang helikopter BO-105 dilaporkan telah terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang, pada Selasa.

Khabar duka itu disahkan oleh Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang, selepas pasukan penyelamat menjalankan operasi di lokasi kejadian. Kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter berkenaan disahkan meninggal dunia.

“Malangnya, kesemua lima individu di dalam helikopter itu disahkan meninggal dunia berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Nahas Helikopter BO-105: Juruterbang, Doktor & Tiga Petugas Kesihatan Disahkan Maut Nahas Helikopter BO-105: Juruterbang, Doktor & Tiga Petugas Kesihatan Disahkan Maut

Mangsa yang dikenal pasti ialah Kapten Zainol, Dr. Ainul Baraah Kamaruddin, penolong pegawai perubatan Alexon Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya. Kesemua mereka dipercayai terlibat dalam tugasan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS), yang memainkan peranan penting dalam menyediakan akses rawatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak.

Ads

Untuk pengetahuan, FDS telah diperkenalkan di Sarawak sejak 1973 bagi membantu penduduk di kawasan terpencil yang berdepan kekangan akses kepada kemudahan kesihatan. Ketika ini, perkhidmatan tersebut meliputi lebih 97 lokaliti di kawasan pedalaman Kapit, Miri dan Limbang yang sebahagiannya masih sukar dihubungi melalui jaringan jalan raya.

Dalam pada itu, Allahyarham Dr. Ainul Baraah Kamaruddin dilaporkan baru sahaja kembali ke Sarawak dua hari sebelum kejadian selepas berada di Semenanjung. Menurut bapanya, Kamaruddin Salleh, 69, arwah pernah berkongsi hasrat untuk menyambung pengajian dan menjadi doktor pakar sebelum kembali berkhidmat di Semenanjung.

Ads
Nahas Helikopter BO-105: Juruterbang, Doktor & Tiga Petugas Kesihatan Disahkan Maut
Kamaruddin Salleh, bapa kepada Allahyarham Dr Ainul

“Malam sebelum pulang, dia (Dr Ainul) kata kepada saya mahu sambung belajar untuk menjadi doktor pakar kerana mahu pulang berkhidmat di Semenanjung,” katanya ketika berkongsi perbualan terakhir bersama anaknya.

Ads

Sementara itu, punca sebenar nahas masih dalam siasatan dan belum dapat dikenal pasti. Terdapat laporan serta rakaman yang tular di media sosial menunjukkan bahagian kipas helikopter dipercayai terbakar ketika dalam penerbangan, namun sebarang dakwaan mengenai kegagalan enjin masih perlu menunggu hasil siasatan rasmi pihak berkuasa.

Sumber: Astro Awani

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads