Difahamkan, Nadhir bakal pulang ke kampung halaman di Kuala Kangsar, Perak bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta tahun ini.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian peminat adalah pengakuannya yang dia masih belum mempunyai teman istimewa buat masa sekarang.
Perkongsian tersebut pantas mendapat reaksi di ruangan komen apabila ramai peminat meluahkan rasa syukur dan gembira mendengar jawapan daripada aktor berusia 28 tahun itu. Malah, ada yang sempat berseloroh ingin mencuba nasib untuk menawan hati Nadhir.
“Okay! Boleh terus maju ke depan sebab dia belum ada ehem ehem,” komen seorang pengguna.
Ads
“Lega tiada lagi, kalau tak saya menangis dah kalau ada,” tambah seorang peminat.
“Rasa nak balik Kuala Kangsar lah tahun ini. Kenapa lah tak letak Kuala Kangsar itu sebelah Johor, senang sikit nanti Nadhir nak balik,” seloroh seorang lagi pengikutnya.
Ads
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok MeriPergiBulat
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai pasangan kekasih ada berbagai cara untuk menunjukkan kebahagiaan dalam perhubungan mereka. Keluar tengok wayang, membeli baju sedondon, keluar makan, berbelanja, bercuti antara perkara yang dilihat agak normal dilakukan oleh pasangan kekasih.
Ada masanya lelaki dan perempuan berkongsi kewangan kerana beranggapan segalanya perlu dikongsi. Namun artikel yang ditulis oleh perunding kewangan ini, Amir Syahir di fbnya memang banyak manfaatnya. Baca, ada semoga hubungan korang kekal ke mahligai perkahwinan.
Lelaki ni kalau dah sayang dia sanggup buat apa saja untuk makwe dia. Beli itu ini. Nak tunjukkan yang dia sayang sangat.
Apa kata mulai sekarang kau tolong pakwe kau. Bukan tolong habiskan duit dia tapi tolong dia menyimpan. Selalu bagi semangat dan ingatkan dia supaya menyimpan untuk duit belanja kahwin nanti.
Masa bercinta sama-sama nak bahagia. Bila nak kahwin semua beban kau hempuk atas bahu pakwe kau. Dah la gaji kecil, kena bayar PTPTN pula tu. Kena kumpul duit untuk belanja kahwin sorang-sorang. Masa bercinta kemain kau mintak itu ini. Pastu bising pakwe kau takde simpanan untuk kahwin. Terus nak cari lain. Cian pakwe kau.
Membuat simpanan adalah jaminan masa depan buat pasangan
Jadi, apa kata korang tolong pakwe korang supaya lebih banyak simpanannya. Antaranya;
Daripada minta belikan hadiah mahal-mahal baik suruh dia simpan duit gaji dia dalam ASB ataupun Tabung Haji.
Daripada minta dia belikan patung beruang besar atau minyak wangi, baik ingatkan dia menyimpan daripada berbelanja dengan boros.
Daripada minta dia belikan baju sedondon, kasut jenama sama, baik suruh dia buat tabung berwarna hijau (RM5) ataupun oren (RM20).
Daripada ajak dia pergi travel, baik kau suruh dia melabur dalam ASB, unit amanah ataupun instrumen pelaburan yang diyakini.
Daripada paksa dia suruh beli kereta import mewah, baik kau kata bahagia guna pengangkutan awam bersama-sama.
Daripada kau selalu merajuk pastu suruh pakwe belikan hadiah bunga atau coklat baik kau minta dia simpan RM100 ke dalam tabung kahwin korang.
Daripada kau selalu ajak dia lepak dekat kedai kopi mahal lepas tu tengok wayang, baik kau ajak dia lepak dekat perpustakaan ke, pantai ke, taman bunga ke. Yang masuk percuma. Jimat duit dia.
***
Pasangan begini sukar dicari. Yang selalu ingatkan satu sama lain. Sama-sama menyimpan demi masa depan bersama.
Takde lah duit pakwe kau lesap je tiap kali gaji. Nak kahwin nanti ada dah simpanan. Tak perlu buat pembiayaan peribadi. Kau juga senang nanti. Keluarga korang tidak terbeban dengan hutang jahat. Janganlah tiap minggu duk lepak kedai hipster sambil up gambar dekat Insta. Tiap minggu habis beratus-ratus masa dating. Kah!
Dengan keadaan semasa di mana dunia masih ‘terperangkap’ dalam pandemik wabak Covid-19 dan acara sukan sukar dilaksanakan dalam skala besar seperti kebiasaan, pemandu remaja Adam Khalid tampil membanggakan Malaysia apabila menjuarai kategori MSF Ultimate pada perlumbaan Merdeka Race 2020.
Adam yang memandu jentera SEAT Leon Cupra (mirip jentera Golf GTI tetapi mempunyai spesifikasi Eropah) jelas selesa dengan jentera tersebut walaupun ia merupakan kali pertama dia memandunya.
Satu pencapaian yang REMAJA rasakan membanggakan apabila dia mampu mencapai kejuaraan dengan jentera yang mempunyai hanya 400 kuasa kuda berbanding jentera lain yang mencecah 600 hingga 700 kuasa kuda.
“Saya bermula dengan perlumbaan Formula BMW pada awal karier saya, sebelum saya beralih ke Formula 4 dan Formula 3. Sekitar 2016, saya memutuskan untuk beralih ke perlumbaan jentera Teen Top (seperti perlumbaan GT car ataupun TCR car) kerana bagi saya, ia lebih praktikal untuk jangka masa panjang.
“Dari situ, saya menyertai perlumbaan lokal seperti Malaysia Championship Series. Selepas setahun, saya menjadi di antara perlumba bertuah yang terpilih untuk melakukan shoot out (perlumbaan ujian dan kursus intensif) oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mewakili negara dan mengibarkan Jalur Gemilang,” kata pemandu berusia 22 tahun itu.
Kata Adam, tahun 2020 sepatutnya dipenuhi dengan jadual perlumbaan yang sibuk. Namun dia akur dengan keadaan pandemik di seluruh dunia yang tidak boleh dielakkan.
“Sepanjang tempoh PKP, saya telah mengisi masa berlatih dengan jurulatih kami, Roman dan SIC. Bukan saja latihan memandu dan kecergasan, tetapi juga latihan komunikasi agar saya bersedia untuk bertemu dengan media, sebagai contoh,” tambahnya lagi.
Walaupun perlumbaan Merdeka Race 2020 yang berlangsung baru-baru ini diadakan secara tertutup tanpa penonton, Adam tidak sesekali menganggap ia kurang penting berbanding perlumbaan lain. Ini memandangkan ia adalah perlumbaan pertama yang disertainya selepas Malaysia menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Saya lakukan sebaik mungkin dan saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan kerana membenarkan perlumbaan tersebut dijalankan,” katanya yang menyambut kejayaan itu dengan pemandu, Gilbert Tang bagi pasukan SIC Viper Niza.
Tak sabar untuk menantikan lebih banyak aksi dan kejayaan daripada pelumba remaja ini!
KLIK video di bawah untuk mendengar tip oleh Adam Khalid bagi korang yang mempunyai impian untuk memulakan karier dalam sukan pemotoran. Macam mana eh..?
Betulkan penulis jika tersalah. Tetapi ada rakan korang, ahli keluarga korang ataupun korang sendiri yang menggemari bau tertentu.
Contohnya seperti bau lavendar, bau pinewood daripada gedung perabot IKEA, bau halaman muka surat buku baru atau dalam kes ini, bau minuman Starbucks panas.
Iya, aroma minuman kopi daripada stor tersebut memang mudah untuk menusuk ke hidung. Lalu membuatkan orang di sekeliling terliur ingin merasainya.
Kini, seluruh kereta boleh berbau minuman Starbucks pada setiap hari! Hanya sangkutkan saja pewangi kereta edisi terhad ini di dalam kereta.
Semalam, Starbucks Malaysia telah mengumumkan produk edisi terhad ini di akaun media sosial mereka. Ia hadir dalam dua jenis aroma berlainan iaitu teh hijau (matcha) dan coklat.
Bagi korang yang berminat, dapatkannya di cawangan Starbucks pandu lalu pada harga RM25.
Korang juga boleh membelinya pada harga RM15 jika membeli minuman bersaiz Venti.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!