Syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa hari ini sehingga diberitahu kelak.
Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu memaklumkan keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.
“Tekanan kewangan menjadi punca keputusan sukar itu terpaksa dibuat selain menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan penjanaan semula modal syarikat itu.
Ads
“Kami amat kesal dan memohon maaf kerana terpaksa membuat keputusan ini kerana kami memahami kesannya terhadap penumpang setia kami, pekerja yang berdedikasi dan rakan kongsi.
“Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada pilihan selain mengambil keputusan ini,” katanya.
Ads
Menurut kenyataan itu lagi, MYAirline turut menasihati penumpang yang terjejas supaya tidak ke lapangan terbang selain perlu mencari alternatif lain untuk ke destinasi mereka.
“Lembaga Pengarah, pemegang saham dan semua kakitangan MYAirline akan bekerja tanpa jemu untuk menyambung semula operasi secepat mungkin tetapi pada peringkat ini kami tidak dapat komited pada sebarang garis masa.
“Kami sekali lagi mengulangi permohonan maaf atas sebarang kesulitan yang timbul daripada penggantungan ini dan akan melakukan yang terbaik untuk memaklumkan sebarang kemas kini sekiranya ada,” menurut kenyataan itu.
Ads
Pelanggan yang berdepan sebarang masalah boleh menghubungi customercare@myairline.my untuk mendapatkan bantuan sokongan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: BERITA HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Latihan ketenteraan selalunya kita bayangkan sebagai sesuatu yang sangat mencabar – penuh dengan halangan fizikal, mental dan disiplin yang ketat. Bukan semua orang sanggup mengharunginya, tetapi baru-baru ini, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah membuktikan bahawa seorang pemimpin muda juga mampu melangkah keluar dari zon selesa untuk menghadapi cabaran ekstrem ini.
Latihan Asas Komando TUDM
Tengku Hassanal berkenan menyertai latihan asas komando hutan sebagai sebahagian daripada Kursus Komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Latihan ini terkenal sebagai antara yang paling tough kerana ia menguji kekuatan fizikal, semangat juang, dan juga ketahanan mental.
Apa yang lebih mengujakan, sebelum ini baginda berjaya melakukan dua kali terjunan bebas pada ketinggian 10,000 kaki di udara. Bayangkan, bukan mudah untuk terjun dari ketinggian itu dengan penuh keyakinan dan fokus – ia betul-betul menggambarkan keberanian luar biasa seorang pemimpin muda.
Bukan Sekadar Pewaris Takhta
Selain berlatih bersama anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dalam kursus komando yang berlangsung selama tiga bulan sejak Julai lalu, Tengku Hassanal juga memegang beberapa peranan penting di negeri Pahang. Antaranya:
Pemangku Raja Pahang sejak 2019, ketika ayahandanya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Canselor Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS).
Presiden Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang (MUIP).
Walaupun bergelar pewaris takhta, baginda sering meraih pujian kerana sifatnya yang rendah hati, mesra rakyat, dan sentiasa memberi inspirasi kepada generasi muda.
Inspirasi Untuk Remaja
Apa yang dilakukan oleh Tengku Hassanal sebenarnya memberi mesej penting buat kita semua: kejayaan bukan datang dengan mudah. Ia memerlukan keberanian untuk mencabar diri, disiplin dalam setiap langkah, dan keyakinan diri untuk menempuh apa saja halangan.
Bagi remaja hari ini, cerita Tengku Hassanal ini boleh dijadikan motivasi. Kalau seorang pemimpin muda boleh sanggup diuji dengan latihan komando yang begitu tough, kita juga mampu push diri untuk capai kejayaan dalam bidang masing-masing – sama ada pelajaran, kerjaya, mahupun sukan.
Kerana pada akhirnya, menjadi hebat bukan tentang siapa kita sekarang, tapi tentang kesanggupan kita melangkah keluar dari zon selesa dan berani mencabar diri sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wanita dan minyak wangi memang tidak boleh dipisahkan. Siapa yang tidak suka berbau harum kan? Disebabkan itu ramai yang membelikan minyak wangi untuk dijadikan hadiah kepada ibu, isteri, girlfriend atau kawan perempuan mereka.
Terdapat banyak jenis minyak wangi berjenama yang ada di pasaran sehingga membuatkan kita rambang mata untuk memilih. Kalau salah beli, rugi pula kan sebab harga minyak wangi ni bukannya murah. Ada juga yang cecah ribuan ringgit.
Istimewa kali ini kami nak kongsikan 10 jenis minyak wangi wanita terbaik yang korang boleh miliki atau hadiahkan kepada insan istimewa.
1. Viva La Juicy Gold Couture (RM260)
Campuran vanilla dan caramel membuatkan minyak wangi ini mempunyai tarikannya tersendiri.
Ketahanan: 5/5
2. JPG So Scandal (RM359)
Campuran raspberry dan orange menjadikan minyak wangi ini berbau seperti sweet bubblegum, sweet & sexy!
Ketahanan: 4.5/5
3. YSL Black Opium (RM490)
Kalau korang peminat ‘Gourmand’ memang sesuai dengan minyak wangi ini dengan ‘notes’ beraroma Coffee. Selalunya wanita bekerjaya suka memakai wangian ini.
Ketahanan: 4/5
4. La Vie Est belle L’eclat (RM489)
Sesuai untuk kegunaan outdoor kerana mempunyai notes bergamot dan juga orange yang membuatkan minyak wangi ini berbau fresh & clean.
Ketahanan: 4/5
5. Pacco Rabbane Olympea (RM319)
Ini memang perfume legend! Top notes ada water jasmine dan dry down keluarlah bau vanilla.
Ketahanan: 4/5
6. Versace Pour Femme Dylan Blue (RM497)
Wangian berbau green apple dan kemudiannya, drydrown baru dapat bau peach + jasmine.
Ketahanan: 4/5
7. Marc Jacob Divine Decadence (RM270)
Bauan ini seperti Decadencr, tapi dia twist sikit di bahagian topnotes, original one ada note ‘Iris’ yang tiada. Kalau korang memang collecter perfume wajib ada minyak wangi ini.
Ketahanan: 4/5
8. Chloe EDP (RM393)
Wangian ini ada bau sedikit soft, fresh dan vibes floral.
Ketahanan: 4/5
9. Mon Guerlain EDP (RM449)
Untuk yang ini, opening ada bau lavender dan yang bestnya ada Iris juga.
Ketahanan: 4/5
10. Jadore EDP (RM620)
Minyak wangi ini agak mahal sikit, sesuai untuk golongan berumur 20-25 tahun kerana baunya yang happy-go-lucky.
Ketahanan: 5/5
So lepas ni kalau nak beli bolehlah terus cari minyak wangi yang kami senaraikan ini. Semoga bermanfaat!
Kehadiran tahun 2023 dalam masa beberapa minggu sahaja lagi pastinya mengujakan para pelancong dan pengembara dari Malaysia yang tidak sabar lagi perancangan perjalanan masing-masing selepas fasa endemik semakin beransur pulih.
Korang tentu mempunyai destinasi impian untuk dituju pada tahun hadapan. Bagaimanapun, tahukah korang terdapat beberapa laluan penerbangan baru yang akan diperkenalkan bermula 2023. Malah sesetengah daripadanya juga telahpun diperkenalkan pada akhir tahun ini.
Sementara itu, ada juga lalu penerbangan lain yang dilaporkan telah digantung oleh syarikat operasi.
Pastikan korang alert dengan destinasi di bawah agar perancangan kembara bertambah lancar.
Penerbangan Semula Ke Busan, Korea Selatan
AirAsia X akan menjadi syarikat penerbangan pertama dari Malaysia yang akan menyambung semula laluan terus Kuala Lumpur ke Busan, Korea Sealatan bermula awal 2023.
Ini sekaligus akan menjadi laluan kedua AirAsia X ke Korea Selatan selepas melancarkan semula penerbangan ke Seoul pada April lalu. Ia akan dijadualkan sekerap tiga kali seminggu dan AirrAsia X menjangkakan ia akan meningkat kepada penerbangan harian menjelang akhir tahun 2023.
Penerbangan Semula Ke Jeddah, Arab Saudi
Berita baik kepada korang yang sedang merancang untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun hadapan. AirAsia X memperkenalkan semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Jeddah, Arab Saudi bermula November lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2)
AirAsia X juga pada masa yang sama bergabung usaha engan platform kembara dan gaya hidup mesra Muslim Capital A, IKHLAS untuk menawarkan pakej umrah pada harga berpatutan. Penerbangan yang disediakan sekerap enam kali seminggu ini juga akan menyediakan pilihan kembara dan umrah secara kendiri tidak lama lagi.
Pengenalan Syarikat Penerbangan MYAirline
Syarikat Penerbangan Tambang Rendah (LCC) baharu Malaysia, MYAirline Sdn Bhd telahpun beroperasi secara rasmi bermula 1 Disember lalu di mana ia menawarkan tiga lalua domestik pertamanya.
Tiga laluan penerbangan itu membabitkan laluan Kuala Lumpur ke Langkawi, Kuala Lumpur ke Kuching dan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.
Apa yang menarik mengenai MYAirline adalah harga tiket ‘tidak masuk akal’ yang ditawarkan. Perlahan-lahan, MYAirline katanya akan menambah kekerapan penerbangan. Ia juga sedang merancang untuk menawarkan penerbangan ke Kota Bharu, Pulau Pinang, Sibu, Tawau, Miri, Alor Setar, Terengganu dan beberapa lagi destinasi dalam negara lain.
Terbaru, MYAirline pada 6 Disember 2022 mengumumkan ia bersedia membuka laluan baharu ke Kota Bharu, Pulau Pinang dan Sibu. Penjualan tiket serendah RM49 sehala telahpun mula dijual dan promosi ini hanya dibuka sehingga 11 Disember ini sahaja.
Laluan Baharu Dari Sibu Ke Singapura
Geng di Sibu, Sarawak tidak perlu lagi transit di KLIA untuk melancong ke Singapura setelah AirAsia melancarkan laluan baharu tersebut baru-baru ini.
Ia menawarkan penerbangan sekerap empat kali seminggu berikutan permintaan tinggi daripada warga Sarawak. Terdahulu, AirAsia hanya menawarkan laluan dari Kuching dan miri ke Sarawak sahaja.
Penerbangan Semula Kuala Lumpur Ke Melbourne, Australia
Akhirnya, kita kembali mempunyai pelbagai pilihan penerbangan ke Australia apabila AirAsia X kembali membuka satu persatu laluan ke negara Kangaroo itu.
Pada November lalu, ia telah memperkenalkan semula penerbangan ke Melbourne Australia dan menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, AirAsia bersedia untuk meningkatkan frekuensi penerbangan kepada tujuh hari seminggu bermula suku pertama 2023 ke Australia (Sydney, Melbourne dan Perth) dan New Zealand (Auckland).
Penerbangan Terus Kuala Lumpur Ke Yogyakarta, Indonesia
Korang kini mempunyai lebih banyak pilihan untuk melancong ke Indonesia apabila Malaysia Airlines pada bulan November lalu melancarkan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Yogyakarta, Indonesia.
Penerbangan sekerap dua kali seminggu iaitu pada hari Rabu dan Ahad itu mengenakan tambang penerbangan bermula daripada RM1,255. Tepuk dada tanya selera.
Penggantungan Penerbangan Ke Brisbane
Walaupun lebih banyak laluan penerbangan yang telah diperkenalkan dan dibuka semula, ada juga laluan yang telah digantung buat sementara waktu untuk memulihkan operasi syarikat penerbangan.
Di Malaysia Airlines, mereka terpaksa menggantung laluan Kuala Lumpur-Brisbane bermula 27 Mac 2023 yang dikhabarkan tidak mencapai kapasiti penumpang optimum berbanding destinasi Australia lain seperti Sydney, Melbourne, Perth dan Adelaide.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!