Kerjasama ini sememangnya membawakan muzik yang menambat hati dan juga selera. Bukan sahaja ia menggabungkan dua jenama sebutan ramai yang berkongsi prinsip dan nilai jenama yang sama, tetapi turut membawakan sesuatu yang menarik dan berbeza untuk semua.
Bagi meraikan kerjasama erat ini, orang ramai telah dihiburkan dengan konsert yang mengetengahkan bakat-bakat tempatan di bawah naungan Universal Music Malaysia seperti Athalia, Bella Astillah, Meer Nash dan Yonnyboii. Hadirin terhibur dengan persembahan penuh bertenaga artis-artis yang menggegar arena.
Konsert khas ini menyediakan platform untuk artis tempatan menyerlahkan bakat dan memperlihatkan tumpuan kedua-dua jenama selama ini mempromosi bakat dan juadah tempatan. Di samping itu, seorang lagi bakat tempatan yang diketengahkan dalam kerjasama ini ialah chef selebriti Anis Nabilah, yang baru-baru ini mencipta menu istimewa Ramadan dan Raya untuk Secret Recipe.
Kerjasama tersebut menyaksikan Chef Anis berganding bahu dengan Secret Recipe untuk mencipta tiga juadah hebat, iaitu Nasi Kerabu, Nasi Kerabu Ayam Percik, Nasi Kerabu Ikan Saba Percik dan dua minuman yang menyegarkan, iaitu Kurma Calamansi Fizz dan Ice Blended Onde-Onde untuk melengkapi sajian tersebut. Menu bermusim ini telah dilanjutkan sehingga Julai 2023 setelah mendapat ulasan dan sambutan luar biasa daripada penggemar makanan dari jauh dan dekat.
Mengulas mengenai perkongsian itu, Evelyn Lee, Ketua Pemasaran Secret Recipe berkata, “Ia menarik untuk melihat dua jenama bekerjasama untuk mencipta acara dan aktiviti yang menyeronokkan untuk golongan muda Malaysia. Kami sentiasa berdedikasi untuk meningkatkan momen setiap hari melalui kerjasama ini yang kami percaya akan bergema dengan rakyat Malaysia.”
Ads
Istimewa Secret Recipe X @yonnyboii Sempena Hari Ibu
Sempena Hari Ibu ini , penyanyi dan artis rap Malaysia, Yonnyboii, juga telah mereka kad ucapan Hari Ibu edisi terhad khas untuk pelanggan yang membeli mana-mana sebiji kek Secret Recipe yang menyelerakan. Untuk menjadikan detik ini lebih manis lagi, senarai lagu Hari Ibu juga dicetak pada kad hadiah untuk membolehkan pelanggan memainkan lagu pilihan kepada ibu tersayang, sebagai penghargaan kepada insan istimewa dalam hidup mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dakwah terkenal Gus Azmi atau nama sebenarnya Muhammad Ulul Azmi Askandar al-Abshor adalah antara penyanyi muda yang semakin menempah nama di industri muzik nasyid di negara jiran kita Indonesia.
Biarpun baru berumur 19, dia mampu menarik ramai anak muda untuk hadir ke majlis selawat dan acara agama.
Baru-baru ini, tular satu video berkaitan penyanyi remaja ini. Satu klip video tular apabila berlaku suasana riuh di sebuah majlis ilmu di negara jiran, dalam video tersebut suasana riuh terjadi apabila kelihatan seorang penyanyi islamik lelaki dikatakan sedang membaca selawat. Tapi dalam majlis ilmu, kenapa pula macam vibes konsert kpop?
Gus Azmi, penyanyi Islamik kacak
Dalam satu video TikTok berdurasi 41 saat yang kini tengah tular di Twitter ini, ada seorang ‘vokalis’ dikatakan sedang membaca selawat, bagaimanapun dilihat pembaca selawat itu ada tersenyum sedikit.
Dengan sekelip mata, ramai penonton bersorak terutamanya penonton dalam kalangan wanita. Video tersebut telah meraih lebih daripada 950 jumlah retweets dalam masa 2 jam ia dimuat naik.
Kejadian di Negara Konoha, penonton saling menjerit fangirling hilang kawalan melihat pendakwah tersenyum tipis sewaktu berselawat dalam satu majlis ilmu. pic.twitter.com/i1WlCLAu8G
— Seputeh Qaseh RamlahRam (@IniAlalalannn) March 27, 2023
Akibat reaksi para penononton wanita itu, netizen meluah rasa keliru mereka tentang tujuan sebenar para wanita yang hadir pada majlis itu. Bagi netizen, reaksi itu agak keterlaluan dan tidak sopan.
Untuk info, nama Gus Azmi mula terkenal selepas dia menyertai kumpulan doa Syubbanul Muslimin, dan dia sebagai vokalis. Beberapa buah lagu telah berjaya dipersembahkan untuk mendapat perhatian khalayak ramai. Azmi juga pernah menjadi pelakon dalam sebuah filem pada 2019.
Gus Azmi dilahirkan pada 23 April 2004 menjadi pujaan terutama golongan remaja kerana suaranya yang merdu dan wajahnya yang kacak.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Istana Negara hari ini mengesahkan tujuh petugasnya positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.
Menurut beliau, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menjalani saringan kesihatan dan pengesanan Covid-19 dan disahkan negatif.
“Lanjutan daripada proses saringan ini, Seri Paduka Baginda berdua sedang menjalani kuarantin diri selama 14 hari, mulai semalam,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Fadil berkata, sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah telah dinasihatkan tidak mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat mingguan Pra-Kabinet yang dijadualkan semalam dan sesi-sesi berikutnya sehingga situasi pandemik Covid-19 pulih.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan sokongan kepada pengumuman awal keputusan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April ini. Seri Paduka Baginda turut berharap semua rakyat Malaysia tabah menghadapi dugaan dan terus memberi sokongan kepada petugas-petugas kesihatan dan keselamatan.”
Bersempena sambutan Hari Polis ke-213 semalam, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam memastikan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi bagi membendung pandemik Covid-19 di negara ini.
Al-Sultan Abdullah turut menitahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri untuk melaksanakan solat hajat serentak di seluruh negara pada hari yang akan ditentukan demi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi situasi terkini.
Semalam, Zulkifli dalam kenyataan beliau berkata menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong agar rakyat menunaikan solat di rumah atau tempat masing-masing bagi memutuskan rantaian wabak Covid-19 di seluruh negara, sekali gus menangguhkan aktiviti masjid dan surau bagi mematuhi perintah kawalan itu.
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini, penceramah terkenal di tanah air iaitu Ustaz Ebit Lew dilihat agak senyap selepas tercalit beberapa kontroversi.
Terbaru melalui perkongsian dilaman Facebook, Ebit Lew dikhabarkan telah terbang ke Brazil demi menjalankan misi bantuan kepada golongan yang memerlukan di sana pada awal Disember yang lalu.
Beliau telah disambut dengan terbuka oleh warga tempatan di sana. Rata-rata penduduk Brazil memuji kebaikan yang dilakukan oleh beliau sehingga berani menziarah satu kawasan yang agak ‘panas’ di Sao Paolo dan bertemu dengan ketua kawasan di sana.
Malah, Ebit Lew sempat menceritakan keadaan di kawasan tersebut seperti filem Fast Furious. Sangat bahaya kerana penduduk di kawsan tersebut sewenang-wenangnya boleh mengunakan senjata api.
“Rupanya di Rio ni memang kawasan Favela setinggan memang gaya hidup mereka macam ni. Senjata api ni biasa je di kawasan Favela. Tiada orang berani masuk. Memang bahaya.”
Sebelum ini, Ebit Lew juga telah berkongsikan beberapa gambar semasa beliau dan juga pasukannya memberi bantuan kepada anak-anak kecil yang berada di sekitar Pavela Rio dan bergambar dengan ketua kawasan satu kawasan yang dikatakan bahaya di Sao Paolo Brazil..
Foto : Facebook Ebit LewFacebook : Ebit Lew
Katanya, nampak pada sebahagian wajah mereka nak belajar jadi baik dan berubah. Kita tak datang dalam dunia. Allah hantar kita untuk seluruh umat seluruh alam bawa kebaikan kasih sayang. Doakan jadi asbab kebaikan. Malah, kelihatan begitu gembira dan seronok ketika menerima sumbangan dan hadiah dari pihak Ebit Lew dan asyik mengatakan Malaysian Good.
Alhamdulillah…moga Ustaz Ebit Lew terus diberikan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan misi kebajikan beliau.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muhammad Mikail Ghazali mencuri tumpuan di Sukan SEA Thailand 2025 apabila meraih pingat emas Muay Thai dan memikat hati peminat tuan rumah dengan aksi berkelas dunia.