Muslim Pertama Jadi Ketua Negara Eropah, Tahniah Humza Yousaf!

Share

Mungkin ramai yang menganggap individu yang beragama Islam sukar menempa kejayaan di luar negara, terutamanya di negara yang didominasi oleh masyarakat bukan Islam.

Namun, sebenarnya tanggapan ini tidak benar kerana terdapat banyak pengiktirafan antarabangsa yang telah meraikan individu Muslim berpengaruh dengan mengambil kira imej positif yang ditonjolkan.

ARTIKEL BERKAITAN : #GirlPower: Wanita Islam Pertama Pakai Hijab Ketika Bertugas Di Mahkamah AS, Kenali Hakim Nadia Kahf

Foto Via CNN

Terbaru, seorang lelaki muslim mencipta sejarah apabila dilantik menajdi ketua negara Eropah.

Hal ini selepas Parlimen Scotland pada Selasa mengesahkan pelantikan Humza Yousaf, 37, sebagai Menteri Pertama negara tersebut, lapor AFP.

Pelantikan itu mencipta sejarah apabila ia merupakan kali pertama seorang pemimpin politik beragama Islam muncul sebagai Ketua Eksekutif sebuah negara Eropah.

Humza menggantikan Nicola Sturgeon selepas menang tipis dalam pemilihan Ketua Parti Kebangsaan Scotland (SNP) pada Isnin. Beliau kemudian berjaya mengumpul sokongan yang mengcukupi daripada ahli parlimen untuk diangkat menjawat jawatan nombor satu kerajaan Scotland itu.

foto via BBC

Sebaik diangkat sebagai Menteri Pertama, Humza mengulangi ikrarnya untuk meneruskan proses menuntut kemerdekaan Scotland daripada United Kingdom.

Untuk info, Humza merupakan seorang pemimpin politik Scotland yang berasal daripada keluarga imigran Pakistan. Ayah Humza lahir di Mian Channu, Pakistan dan berketurunan Punjabi. Manakala ibunya yang juga berketurunan Punjabi lahir di Nairobi, Kenya. Nenek moyang ibunya dibawa ke Kenya oleh Empayar British untuk berkerja disana.

Kedua-dua orang tuanya berhijrah ke Scotland pada 1960-an sebelum bertemu dan berkahwin disana.

Moga lebih ramai individu Muslim menjadi orang penting di dunia ini. Tahniah Humza, dan selamat mengalas tanggungjawap yang diberikan.

BACA LAGI : Dalam Sejarah, Saima Mohsin Wanita Muslim Pertama Jadi Peguam Besar Wilayah Amerika Syarikat

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN