Musim Kahwin Pun Melanda Hollywood! Jom Usha Gaun Miley Cyrus & Meghan Trainor

Share

 

OMG, OMG..!

 

Setelah spekulasi tak sudah-sudah yang dilemparkan oleh media hiburan antarabangsa terutamanya di Hollywood, akhirnya Miley Cyrus dan Liam Hemsworth telah melangsungkan perkahwinan mereka!

Bagaimanapun, Miley dan Liam tidak keseorangan apabila seorang lagi penyanyi pop iaitu Meghan Trainor turut memilih bulan Disember 2018 untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Daryl Sabara.

But first, Miley!

BACA: Cari Suami Lebih Muda, Why Not? Ini 11 Pasangan Selebriti Kahwin Lelaki Muda

  

Pasangan yang seringkali berpacar secara on-off ini dalam diam telahpun bersama hampir sedekad lamanya setelah mereka bertemu untuk kali pertama di set penggambaran The Last Song pada tahun 2009.

Miley dan Liam melalui beberapa keping gambar di Instagram menunjukkan mereka telah berkahwin pada hari Ahad lalu di Tennessee.

We cannot help but to notice her white dress. Girl, Miley kelihatan cukup chic dalam persalinan satin dengan potongan vintaj tersebut. Gaun cold-shoulder dengan perincian korset itu dipercayai direka khas oleh pereka fesyen kegemarannya iaitu Vivienne Westwood.

Portal fesyen pantas cuba mengecam (bukan kecam okay!) gaun tersebut kerana ia kelihatan hampir sama dengan gaun ‘Long Cocotte’ oleh Westwood, seperti di bawah.

Menariknya, sepanjang concert tour yang dijayakan Miley sepanjang tahun ini, dia telah memilih Westwood untuk menyiapkan kesemua baju persembahannya. Ouuhh, sepakat eh! Liam pula dilihat selesa dengan stail kasual sneakers putih bersama tux

klasik.

BACA: 11 Selebriti Kahwin 2018, Siapa Paling Meletop?

 

*****

Meghan Trainor & Daryl Sabara

Berlainan pula dengan Meghan Trainor yang memilih gaun glamor sarat dengan perincian manik. Namun ia dilihat bersesuaian dengan keadaan persekitaran majlis kahwinnya dalam suasana country side, di Los Angelas.

Hanya sekadar mengundang kurang daripada 100 orang tetamu, majlis penuh intim itu menyaksikan Meghan menyarung gaun rekaan Berta yang cukup elegan. Sepatunya daripada Badgley Mischka manakala aksesori pula daripada Norman Silverman.

Menurut Meghan, “Saya inginkan sesuatu yang berkilau dan saya ingin menunjukkan curves saya. Iyalah, saya telah bekerja keras untuk mendapat tubuh idaman dan tiba masa untuk saya tonjolkannya.

“Saya enggan menjadi glamor seperti seorang pop star, saya hanya ingin menjadi seorang pengantin yang cantik seperti yang pernah diidamkan semasa saya berusia 13 tahun.”

Meghan dan suami, Daryl bertemu setelah diperkenalkan oleh rakan pelakon, Chloe Grace Moretz dan terus mula berpacaran! Cepatnya sis…

Apapun, tindakan Meghan itu nyata betul apabila kini mereka telah bergelar suami isteri.

Personally, penulis menyukai stail gaun Miley yang lebih moden, vintaj dan ringkas – all in one.

Korang pula bagaimana?

 

 

IKLAN