
Baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang pertama sebagai pasangan, pelakon dan pengacara Zulin Aziz memberi bayangan seolah-olah rumah tangga bersama suaminya Farhan Norzaini, menemui titik noktah.
Menerusi perkongsian terbaharu di laman Instagram miliknya, Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, memberitahu tiada lagi persefahaman antara mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Genap Setahun Perkahwinan, Zulin Aziz Mohon Doa Dikurniakan Zuriat

“Mungkin sampai sini sahaja kisah kami. Tiada persefahaman.
“Semoga yang baik-baik untuk masa akan datang, Insya-Allah masa merawat semuanya. Terima kasih untuk semuanya. Jaga diri,” coretnya ringkas.
Pelantun lagu Rahsia itu menulis perkara tersebut di laman Instagram miliknya berserta gambar hari pernikahan mereka.

Menerusi ruangan komen ramai yang memberi reaksi terkejut dengan berita tersebut lantaran mereka selalu menunjukkan kebahagiaan mereka bersama.
Pemerhatian Remaja mendapati, Zulin turut memadam kesemua gambar suaminya di Instagram. Hanya gambar akad nikah mereka beserta kapsyen penjelasan sahaja yang dapat dilihat buat masa ini.

Sekadar informasi, Zulin dan Farhan mendirikan rumah tangga pada tanggal 20 Februari 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Zulin Aziz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ayana Moon Kongsi Gambar Bersama Adiknya, Aydin Sambut Ramadan Pertama

ka sebelum ini nama Ayana Moon menjadi viral kerana gadis Korea ini memeluk Islam, tahun lepas adiknya, Aydin pula telah memeluk Islam. Kedua pasangan adik-beradik ini mendapat perhatian kerana selebriti instagram ini berpeluang menyambut Ramadan bersama adiknya.
Aydin Seongwook Moon memeluk Islam pada Mei 2019 di Masjid Central Seoul yang merupakan pusat komuniti Muslim di Korea Selatan. Tahun ini merupakan pengalaman pertama Aydin menyambut Ramadan dan kebetulan, kakaknya turut sama berada di Korea bagi menjalani ibadah puasa.
Mereka turut berkongsi gambar di media sosial dan ramai yang memuji kedua adik-beradik ini dan mendoakan kebaikan buat mereka.
View this post on InstagramA post shared by Ayana Jihye Moon (@xolovelyayana) on



Ayana juga dikhabarkan sudah berhijrah ke Indonesia dan dia turut berharap agar selepas tamat persekolahan nanti, adiknya berpindah ke negara yang majoritinya Islam seperti di Malaysia atau pun Indonesia untuk banyak belajar tentang Islam dengan lebih mendalam kerana jika di Korea, ianya agak sukar (intepseleb.com).
Alhamdulillah, sama-sama kita doakan agar kedua beradik ini istiqamah dan dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan penuh makna.

Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Angry Birds 2 Pasti Membuatkan Korang Tak Henti-Henti Ketawa!

Masih ingat lagi dengan permainan Angry Birds yang sebelum ini menjadi fenomena di seluruh dunia? Diadaptasikan daripada permainan tersebut, filem Angry Birds muncul dengan sekuel iaitu Angry Birds 2.
Jalan cerita mengekalkan Red sebagai watak utama bersama rakan-rakanya, Chuck (burung kuning) dan Bomb (burung hitam).
Menariknya filem kedua ini menunjukkan bagaimana Red bersama rakan-rakan serta bekas musuh mereka iaitu Leonard daripada pulau Piggy terpaksa berdamai apabila berdepan dengan musuh sama iaitu Zeta, seekor burung helang yang ingin memusnahkan habitat mereka.
Susulan itu, Red dan Leonard mewujudkan satu pasukan khas bagi menjalankan misi menyelamatkan pulau kesayangan mereka walaupun terdapat ketidakfahaman antara mereka.

Dalam pada itu, Red juga turut berdepan dengan konflik dirinya sendiri yang gusar sekiranya populariti yang diperoleh daripada menyelamatkan Pulau Burung akan hilang jika penduduk tidak lagi melihatnya sebagai hero.
Oleh sebab itu, Red berusaha keras untuk membuktikan bahawa dia adalah hero sebenar dan terdesak untuk berjaya hingga banyak melakukan kesilapan. Namun begitu, dia sangat beruntung kerana dikelilingi oleh rakan-rakan yang tidak henti-henti menyokongnya.
Confirm Gelak Tak Berhenti
Seawal 10 minit pertama menonton filem ini menyaksikan para penonton tidak henti-henti ketawa. Malah penulis sendiri turut terhibur dengan aksi-aksi lucu yang ditunjukkan oleh setiap karakter di dalam filem ini.

Sememangnya file mini sesuai buat kanak-kanak dan mereka yang ingin mencari hiburan santai. Memang berbaloi!
Mesej Sampai
Walaupun menghiburkan namun tidak dinafikan bahawa mesej yang ingin disampaikan dalam filem Angry Birds 2 ini sampai kepada penonton.
Pertama sekali, hubungan sesama kawan-kawan itu penting dan no man is an island. Keinginan membuak-buak Red untuk cuba jadi hero ternyata gagal dan mujur dia cepat sedar pentingnya kerjasama dalam kumpulan.
Itu akhirnya yang membuatkan misi mereka berjaya!
Apa-apapun, yang paling comel tentulah tiga ekor anak burung yang akhirnya membantu Red dan kawan-kawan untuk menjayakan misi mereka.
Ia juga turut memberikan mesej bahawa tidak semestinya anak kecil tidak bermakna mereka tidak membantu. Kadang-kadang penglibatan si kecil inilah yang paling penting sekali!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MYPHONE -IN! Cuma Call Untuk Ganti MyKad & Cip Rosak, Tak Perlu Bersesak Di JPN Lagi

Ramai yang masih beranggapan kalau ingin berurusan di jabatan-jabatan kerajaan tak cukup sejam dua. At least kena cuti sehari atau paling mudah setengah hari. Kata orang lagi, banyak buang masa terutama urusan di kaunter.
Jika ada 10 kaunter tersedia, pasti hanya empat lima saja yang dibuka. Bukan saja masa menunggu lama dan tidak efisen, malah lenguh punggung dan habis bateri baru urusan selesai (kejamkan statement dan tanggapan begini kerana bukan semua kaunter begini)
Walau pernah dikecam kerana lembap suatu ketika dahulu namun kini perkhidmatan di jabatan kerajaan mencapai taraf professional apabila lebih banyak jabatan mempermudahkan urusan orang ramai di mana permohonan boleh dibuat secara online dan call (kata orang kalau boleh mudah buat apa susah-susahkan).
Bila urusan secara online diperkenalkan, semuanya jadi mudah dan di hujung jari, sesuai dengan situasi sibuk yang semua orang alami. Dalam erti kata lain, bos-bos bolehlah pantau anak buah kaki “temberang” kalau bagitau nak keluar sekejap membuat urusan di jabatan kerajaan. Hikz.


Terkini, Jabatan Pendaftaran Negara telah memperkenalkan penukaran MyKad yang rosak dengan hanya call saja ke talian di 03-88808066 bagi yang MyKad biasa dan Cip/ Kad Rosak yang dinamakan MYPHONE – IN.
Fuhhh best! Tak perlu beratur lagi kalau nak kad pengenalan rosak atau cip bermasalah.
Antara syarat-syaratnya adalah KORANG MESTI WARGANEGARA MALAYSIA dan bayaran RM10 akan dikenakan ketika pengambilan kad baru.
Pemohonan dan mengambil kad pengenalan ini hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri (bukan orang lain punya ya). Kalau korang masih di bawah umur 18 tahun, perlu ditemani ibu/ ayah atau penjaga yang sah semasa membuat kutipan.
Hah! Senangnya! Kalau nak tahu lebih lanjut boleh saja call JPN di bahagian khidmat pelanggan JPN di 03-88807077. Tapi aplikasi secara online turut diperkenalkan oleh JPN dan ia bukanlah baru.

#InfoQJPN, satu aplikasi boleh tahu berapa ramai que
Selain mempermudahkan urusan orang ramai menukar MyKad dan cip/kad rosak, Jabatan Pendaftaran Negara turut memperkenalkan #InfoQJPN di mana korang sebenarnya boleh merancang masa yang sesuai jika ada urusan di JPN.
Maklumlah cuti-cuti sekolah niekan, semua mahu selesaikan urusan masing-masing. Tapi melalui aplikasi #InfoQJPN ni korang boleh tahu berapa ramai sedang menunggu giliran.
Berikut adalah info yang korang perlu tahu!
Anda boleh merancang kunjungan anda ke JPN dengan memuat turun aplikasi #InfoQJPN . Aplikasi ini dapat memberikan maklumat bilangan pelanggan yang menunggu di satu-satu Pejabat JPN bagi mengelakkan pelanggan menunggu lama;
Sekiranya urusan anda dikaunter merupakan urusan gantian Kad Pengenalan yang tidak bermasalah, anda boleh menggunakan kemudahan sistem gantian atas talian (https://mykadganti.jpn.gov.my) atau MyPhoneIn (Talian Hotline: 03-8880 8066);
JPN ada menyediakan kaunter perkhidmatan khas bagi pelanggan kami di bawah kategori warga emas, Orang Kurang Upaya dan ibu mengandung sekiranya datang berurusan di JPN. Petugas kaunter kami akan menawarkan pelanggan kategori ini ke kaunter khas yang disediakan.


Sumber : JABATAN PENDAFTARAN NEGARA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

