Pemergian seorang pemuda berusia 23 tahun, Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, mengundang rasa sebak apabila beliau menjadi penderma organ selepas disahkan mengalami kematian otak (brain death) akibat kemalangan.
Lebih menyentuh hati, kakitangan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), Kubang Kerian, Kelantan turut memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham menerusi acara Honor Walk yang berlangsung pada awal pagi tadi.
Menerusi perkongsian yang tular di media sosial, suasana pilu menyelubungi hospital berkenaan apabila cahaya hijau dinyalakan sebagai simbol penghormatan terhadap jasa dan pengorbanan Allahyarham yang berpeluang memberikan harapan baharu kepada pesakit lain.
Penghormatan yang diberikan kepada Muhammad Aidil itu turut memperlihatkan penghargaan terhadap insan yang menjadi penderma organ, sekali gus meninggalkan kenangan penuh bermakna buat keluarga Allahyarham.
Keluarga Jelaskan Keadaan Sebenar Allahyarham
Dalam pada itu, seorang ahli keluarga Allahyarham menerusi akaun Facebook Siti Hawa Najwa tampil memberikan penjelasan berhubung keadaan sebenar Muhammad Aidil selepas timbul salah faham antara pihak keluarga dan doktor pada hari kejadian.
Menurutnya, pihak doktor telah menjelaskan bahawa terdapat perbezaan antara kematian akibat terhentinya fungsi jantung dan kematian otak.
Dalam kes Muhammad Aidil, beliau telah disahkan mengalami kematian otak meskipun beberapa organ lain masih berfungsi dengan bantuan mesin sokongan hayat.
Ads
“Dan Aidil mengalami kematian otak walaupun organ beliau yang lain berfungsi dengan baik. Organ beliau yang lain bergantung hidup pada mesin, jika mesin itu diputuskan, Aidil tidak mampu bernafas sendiri.
“Jadi, dalam erti biologi Aidil memang dah tak ada,” jelasnya menerusi perkongsian tersebut.
Untuk pemahaman, kematian otak merujuk kepada keadaan apabila seluruh fungsi otak, termasuk batang otak, telah terhenti secara kekal dan tidak dapat dipulihkan.
Pemergian Jadi Asbab Kebaikan Buat Insan Lain
Walaupun berdepan kehilangan yang cukup besar, keluarga Allahyarham akhirnya bersetuju untuk mendermakan beberapa organ Muhammad Aidil bagi membantu pesakit lain yang memerlukan.
Keputusan tersebut dibuat dengan harapan agar sumbangan terakhir Allahyarham dapat menjadi amal jariah yang berpanjangan buat dirinya.
Ads
“Aidil merupakan insan yang terpilih. Kami sekeluarga membenarkan hospital untuk menderma beberapa organ beliau untuk dijadikan amal jariah berterusan buat beliau di dunia,” katanya.
Difahamkan, prosedur pembedahan pendermaan organ bermula sekitar jam 10.45 malam sebelum selesai kira-kira jam 1 pagi.
Penghormatan menerusi Honor Walk itu bukan sahaja menjadi simbol penghargaan terhadap Allahyarham, malah turut memperlihatkan betapa besarnya makna pendermaan organ dalam memberikan peluang kehidupan kepada insan lain.
Penghormatan Terakhir HPUSM Buat Muhammad Aidil
Acara Honor Walk yang berlangsung di HPUSM menjadi antara detik paling menyentuh hati dalam kisah pemergian Muhammad Aidil.
Ads
Cahaya hijau yang menyinari hospital pula membawa simbolik tersendiri kerana warna tersebut sering dikaitkan dengan kesedaran dan sokongan terhadap pendermaan organ.
Walaupun kehilangan seorang insan tersayang bukan sesuatu yang mudah diterima, keputusan keluarga Allahyarham memperlihatkan bagaimana sebuah pemergian boleh menjadi asbab kebaikan buat kehidupan orang lain.
Sesungguhnya, pemergian Muhammad Aidil meninggalkan kesedihan buat keluarga dan insan tersayang. Namun, keputusan mulia keluarganya diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada masyarakat mengenai kepentingan pendermaan organ.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, mengampunkan segala dosanya serta mengurniakan ketabahan kepada seluruh ahli keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes Zara Qairina: Kehadiran Datuk Ram Singh cetus tanda tanya dalam kalangan masyarakat selepas beliau disahkan mewakili tertuduh pertama dalam kes buli berprofil tinggi ini. Nama peguam terkenal itu sekali lagi menjadi perhatian kerana reputasinya yang sering mengendalikan kes besar di Malaysia.
Hari ini, Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu menjadi tumpuan media apabila lima remaja berusia 18 tahun didakwa berhubung insiden buli Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir. Seawal jam 8.45 pagi, kenderaan yang membawa kesemua tertuduh tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah dengan kawalan ketat pihak polis. Prosiding pendakwaan bermula kira-kira jam 9 pagi, dengan kelibat pasukan peguam keluarga Allahyarhamah turut mencuri perhatian.
Datuk Ram Singh wakili tertuduh pertama
Apa yang paling menjadi buah mulut ramai adalah kehadiran Datuk Ram Singh yang dikhabarkan mewakili tertuduh pertama. Beliau merupakan antara peguam jenayah paling dikenali kerana pernah terbabit dalam beberapa kes berprofil tinggi. Kehadiran figura sekelas ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya, lebih-lebih lagi apabila isu kemampuan keluarga tertuduh untuk melantik peguam berprofil tinggi turut dipersoalkan.
Malah, tular di media sosial kenyataan sinis yang menyebut, “Kalau bukan anak VIP, mana mampu lantik dan bayar Datuk Ram Singh.” Situasi ini menambah lagi perdebatan mengenai status tertuduh serta perjalanan kes tersebut.
Tertuduh tiba dengan Vellfire
Perhatian media juga tertumpu kepada cara kemunculan tertuduh yang tiba menaiki kenderaan jenis Vellfire dan bukannya kenderaan polis. Perkara ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, yang rata-ratanya menilai ia sebagai sesuatu yang tidak biasa untuk kes melibatkan remaja berdepan pertuduhan buli.
Gambar Sinar Harian
Di platform digital, perbincangan semakin rancak. Ada yang meluahkan rasa tidak puas hati, manakala sebahagian lain tetap menekankan prinsip undang-undang bahawa setiap individu tidak bersalah selagi belum dibuktikan. Namun begitu, ramai yang tetap mendoakan agar kes ini berakhir dengan keadilan sewajarnya buat Allahyarhamah Zara Qairina.
Pertuduhan di mahkamah
Menurut laporan, Jabatan Peguam Negara (AGC) meneliti kertas siasatan sebelum mendakwa kelima-lima remaja terbabit di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan. Pertuduhan ini merujuk kepada perbuatan buli sahaja dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan kematian Zara Qairina.
Kes ini dijangka berlarutan dan terus menjadi perhatian seluruh negara. Bagi generasi muda, ia bukan sekadar kes mahkamah, tetapi juga cerminan bagaimana masyarakat menilai isu keadilan, hak asasi dan kedudukan undang-undang dalam negara.
Ijazah anumerta buat Nurly Sahirah mangsa tragedi bas Gerik menjadi penghormatan penuh bermakna buat keluarga, rakan-rakan serta seluruh warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Walaupun pemergiannya sudah lebih 100 hari, kenangan terhadap arwah masih segar dan meninggalkan kesan mendalam.
Penghormatan Di Majlis Konvokesyen
Menurut laporan Harian Metro, pada 11 November ini, ibu bapa arwah, Azman Mohamad, 63, dan Kamariah Abdul Latif, 60, akan menaiki pentas konvokesyen menerima ijazah anumerta mewakili anak mereka. Majlis ini bukan sekadar simbol akademik, tetapi juga tanda bahawa usaha arwah menuntut ilmu tetap diiktiraf walaupun hayatnya terhenti akibat tragedi.
Arwah Nurly Sahirah bersama seorang lagi rakan, Allahyarham Fatin Nasrien Fadli, adalah antara 15 mangsa yang terkorban dalam nahas bas membawa pelajar UPSI di Gerik, Perak, pada 9 Jun lalu.
Kenangan Yang Tidak Pernah Hilang
Menurut bapanya, walaupun sudah berbulan berlalu, beliau masih merasa seolah-olah arwah berada di sisi. Universiti yang sering bertanya khabar dan mengunjungi keluarga membuatkan mereka berasa seakan Nurly masih menuntut ilmu di sana.
“Sesekali teringat rutin harian menjemput arwah di Bandar Jertih apabila dia pulang bercuti menaiki bas, tetapi kini semua itu hanya tinggal kenangan,” katanya sebak.
Impian Seorang Guru
Ibunya pula berkongsi, walaupun mereka pernah mencadangkan bidang lain, Nurly tetap memilih jurusan Pendidikan Khas kerana minat mendalam untuk mendidik. Walaupun tidak sempat bergelar guru, amalan baik dan mushaf al-Quran tulisan tangan peninggalan arwah menjadikannya inspirasi buat ramai.
“Allahyarham tidak sempat menjadi pendidik secara formal, tetapi Allah telah mengangkat dia sebagai guru untuk seluruh dunia dengan amalan memuliakan al-Quran,” katanya.
Inspirasi Buat Generasi Muda
Kisah arwah Nurly Sahirah mengingatkan kita bahawa setiap usaha menuntut ilmu adalah berharga, walaupun tidak sempat digapai sepenuhnya. Ijazah anumerta ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi bukti bahawa semangat, doa dan pengorbanan seorang pelajar tidak pernah sia-sia.
Buat remaja di luar sana, kisah ini wajar dijadikan motivasi untuk terus menghargai ilmu, menghormati ibu bapa serta mendekatkan diri dengan al-Quran. Nurly mungkin sudah tiada, tetapi inspirasinya kekal hidup selamanya.
Prof Emeritus Dr Moha Alauddin Moha Ali berkongsi pengalaman peritnya selepas ditahan dan dilayan kasar oleh tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.
“Dua askar tangkap saya, kilas tangan ke belakang dan seret dalam 200 meter,” katanya, mengimbas detik mencemaskan itu.
Menurut Moha Alauddin, tentera Israel bertindak ganas sebaik kapal mereka tiba di Pelabuhan Ashdod.
“Dia (tentera Israel) suruh melutut selama sejam. Tangan yang dilipat ke belakang itu macam nak patah. Itulah layanan paling kasar terhadap saya selain daripada kena duduk dalam kandang,” ujarnya kepada pemberita.
Selamat Tiba Di Tanah Air
Ketua sukarelawan Malaysia dalam misi Freedom Flotilla Coalition × Thousand Madleens to Gaza (FFC × TMTG) itu selamat tiba di tanah air petang tadi menaiki pesawat Turkish Airlines TK60 dari Istanbul yang mendarat di KLIA pada jam 4.01 petang.
Selain Dr Moha Alauddin, lapan lagi rakyat Malaysia menyertai misi ini di atas kapal Conscience:
• Dr Fauziah Mohd Hassan
• Dr Hafiz Sulaiman
• Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi
• Prof Dr Mohd Afandi Salleh
• Dr Noorhasyimah Ismail
• Norsham Abu Bakar
• Wartawan Astro Awani Syafik Shukri Abdul Jalil
Seorang lagi, Dr Maziah Muhammad, berada di atas kapal Umm Saad.
“Kami Bukan Hero, Tapi Mahu Dunia Tahu…”
Prof Dr Mohd Afandi Salleh pula menegaskan bahawa mereka hanyalah aktivis biasa yang meneruskan perjuangan sukarelawan global dalam usaha menghentikan kezaliman rejim Zionis.
“Kami di sini bukan sebagai wira, bukan sebagai hero. Tapi kami nak tunjukkan bahawa kerakusan dan kejahatan Israel bukan hanya pada penduduk Gaza, malah kepada seluruh dunia.
“Kami telah ditangkap, diculik di lautan antarabangsa dan ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. Saya percaya isu Palestin akan buat dunia sedar mengenai kekejaman mereka,” katanya.
“Misi Tak Perlu Sampai Gaza Untuk Berjaya”
Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Datuk Seri Prof Dr Kamal Nasharuddin Mustapha turut menegaskan bahawa perjuangan membebaskan bumi Palestin akan diteruskan dengan pelbagai cara.
“Misi ini tidak perlu sampai ke Gaza untuk berjaya. Ketika dunia mula memerhati dan kita semua resah tentang nasib rakyat Gaza, objektif misi ini sudah tercapai.
“Israel boleh menahan kapal dan memenjarakan aktivis kita, namun gelombang flotila ke Gaza akan terus belayar dan tidak meruntuhkan semangat solidariti semua,” jelasnya.
Misi Kemanusiaan Dipintas Tentera Zionis
Misi FFC × TMTG disertai kira-kira 150 aktivis dari 25 negara, menaiki sembilan kapal termasuk Consciencedan Umm Saad. Namun, kapal-kapal tersebut dipintas tentera Zionis kurang 120 batu nautika dari Gaza pada 8 Oktober lalu.
Tentera Israel bertindak menunda kapal ke Pelabuhan Ashdod sebelum memindahkan aktivis ke penjara Ketziot di Negev, Israel. Insiden berlaku sekitar jam 10.50 pagi waktu Malaysia.
Malaysia Kecam Tindakan Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam keras tindakan provokatif Israel itu, menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa serta prinsip hak asasi manusia.
Pada hari sama, Wisma Putra segera menghubungi Turkiye dan Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Christopher Landau, bagi mempercepatkan pembebasan sembilan aktivis Malaysia yang ditahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Golongan muda hari ini bukan sahaja perlu menguasai ilmu akademik, malah kemahiran dalam bidang sains dan teknologi juga semakin penting bagi mempersiapkan diri menghadapi...