Sesekali nak juga masak resipi yang ringkas. Bukan sebab pemalas, tapi faham-faham la kalau dah nama ‘remaja’ tu, asal sedap dan mudah itu yang menjadi pilihan utama.
Mesti ramai yang suka makan cucur ikan bilis yang mak korang buat kan? Memang sedap kalau dibuat kudap-kudapan waktu petang. Makanan ni pun boleh jadi addicted tau. Dari hari-hari beli dekat kedai, lepas ni dah boleh buat sendiri. Bahan-bahannya pun mudah dan murah.
Siapa suka makan cucur ikan bilis? Memang sedap dijadikan hidangan makan petang dan dipadankan dengan teh panas.
Tapi, ada satu teknik yang korang perlu cuba untuk menghasil cucur ikan bilis bulat seperti beli di kedai. Nak tahu tekniknya macam mana? Kena ikuti perkongsian resepi cucur ikan bilis paling simple di bawah.
Mudah! Hanya beberapa bahan sahaja diperlukan. Jom cuba…
Bahan-bahan:
4 sudu tepung gandum
Air panas secukupnya
Air biasa secukupnya
Garam
Kucai
Ikan bilis
Cara penyediaan:
1. Yang ni paling penting iaitu 4-5 sudu tepung gandum.
Ads
2. Part paling penting, bila air panas menggelegak, curah dalam tepung tadi perlahan-lahan. Kacau dengan sudu cepat-cepat sambil campur air biasa.
3. Pastikan tekstur seperti kanji.
4. Masukkan garam, masa ni bancuhan suam-suam, garam mudah larut.
Ads
5. Ok mula nak buat bancuhan, curah tepung ikut banyak mana kita nak buat cucur.
6. Saya masukkan daun kucai yang halus tu sebab baunya sangat wangi.
7. Saya masukkan ikan bilis, boleh je nak masukkan apa-apa ikut cita rasa masing-masing. Kacau sebati.
Ads
8. Bancuh sampai jadi macam ni. Tak pekat sangat,t ak terlalu cair, lebih kurang doh yang senang dijemput sebab nak bagi bentuk bulat-bulat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, qari dan qariah Malaysia dinobat sebagai johan Tilawah Al-Quran bagi kategori masing-masing pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-64 pada 12 Oktober.
Pemenang dalam kategori qari, Muhammad Husaini Mahmur menjadi johan selepas meraih markah 95.71 peratus manakala Abdur Rasheed dari Pakistan di tempat kedua (93.59 peratus) dan di tempat ketiga ialah Wahyu Andi Saputra dari Indonesia (92.09).
Bagi kategori qariah pula, Nor Hidayah Abdul Rahman muncul johan selepas mencatatkan markah 91.76 peratus diikuti peserta Filipina Raihana Ambangaladi tempat kedua (90.26 peratus) manakala Syamimi Assahira dari Indonesia di tempat ketiga (89.46).
Kredit: Bernama
Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang dalam kategori qari manakala Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bagi kategori qariah.
Selain itu, untuk kategori hafazan lelaki pula menyaksikan Oubaydullah Boubacar Ango dari Niger muncul johan dengan markah 97.63 peratus diikuti Ibrahim Sow dari Ivory Coast (97.00 peratus) dan tempat ketiga Aeimiddin Farkhudinov dari Rusia (96.88).
Manakala, peserta Niger Habsatou Hamissou Boubacar muncul johan bagi kategori hafazan wanita dengan markah 96.13 peratus diikuti Putri Aminah Mohd Hanif dari Malaysia di tempat kedua (94.89 peratus) dan ketiga ialah Fathimah Shaya Zahir dari Maldives (94.38).
Johan bagi kategori Tilawah Al-Quran dan Hafazan Al-Quran masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM40,000 daripada kerajaan berserta kepingan emas bernilai RM12,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan menerima hadiah iringan dan sijil.
Kredit: Alhijrah
MTQHA ke-64 merupakan anjuran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, menampilkan 92 peserta dari 71 negara terdiri daripada 53 bagi tilawah dan 39 hafazan.
Seramai 15 hakim dari pelbagai negara juga terlibat dalam MTQHA kali ini dan mengekalkan beberapa hakim iaitu dari Maghribi dan Turkiye selain muka baru dari Arab Saudi dan Indonesia dengan proses penilaian meliputi aspek tajwid, fasahah, kualiti suara serta ingatan khususnya bagi peserta hafazan.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi. Inilah perumpamaan yang sesuai digambarkan dengan pelantikan Datuk Onn Hafiz bin Ghazi sebagai Menteri Besar terbaru negeri Johor Darul Takzim. Beliau nampaknya mengikut jejak keluarganya yang sebelum ini menyandang jawatan penting dalam kerajan negeri Johor darul Takzim itu.
Lelaki berusia 43 tahun ini yang menang sebagai ahli dewan undangan negeri Machap di pilihan raya negeri Johor dengan kelebihan majoriti undi 6,543 undian telah mengangkat sumpah hari ini di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kira-kira jam tiga petang tadi.
Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja dan graduan dalam bidang perakaunan dari University of Hertfordshire, United Kingdom, Onn Hafiz sebelum ini pernah memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor serta aktif dalam Gerakan aktiviti untuk generasi muda.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, politik dan Onn Hafiz bukanlah perkara asing. Tidak keterlaluan penulis katakan yang perkara ini sudah mengalir dalam darahnya.
Beliau merupakan cucu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan ini menjadikannya sebagai anak saudara kepada Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Onn Jaafar
Moyangnya pula merupakan presiden pertama Parti UMNO dan Menteri Besar Johor yang ketujuh, Onn Jaafar. Manakala buyutnya pula, Jaafar Muhammad merupakan Menteri Besar Kesultanan Johor Moden yang pertama.
Selamat maju jaya REMAJA kepada Datuk Onn Hafiz!
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam dunia penerbangan yang sering dilihat sinonim dengan dominasi lelaki, Malaysia Airlines sekali lagi melakar sejarah apabila mengendalikan satu penerbangan istimewa yang dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan wanita.
Penerbangan MH2610 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu ini bukan sekadar membawa penumpang ke destinasi, malah menjadi simbol keberanian, kepakaran dan kepimpinan wanita dalam industri penerbangan yang penuh cabaran.
Apa yang menjadikan penerbangan ini lebih bermakna, setiap peranan penting digalas oleh wanita, bermula dari ejen daftar masuk, jurutera penyelenggaraan, pegawai keselamatan, kru kabin, sehinggalah ke kokpit yang dikemudi juruterbang wanita. Keseluruhan operasi ini menampilkan kecekapan dan profesionalisme wanita dalam setiap sudut penerbangan.
Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan kebolehan mereka, malah menyerlahkan kekuatan serta peranan besar wanita dalam industri yang selama ini sering dikaitkan dengan kaum lelaki.
Menurut Malaysia Aviation Group (MAG) menerusi laman Facebook rasmi mereka, wanita kini merangkumi 36 peratus tenaga kerja syarikat, sekali gus mengatasi sasaran 25by2025 yang ditetapkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Pencapaian ini jelas menunjukkan bahawa wanita bukan sekadar ‘pelengkap’, sebaliknya menjadi tonggak utama kejayaan syarikat penerbangan negara. Ia juga menjadi simbol inspirasi bahawa kaum wanita mampu menembusi batasan, mencipta peluang serta memacu masa depan industri penerbangan.
“Semoga penerbangan hari ini menjadi inspirasi bukan sahaja kepada rakan sekerja, tetapi juga generasi penerbangan akan datang untuk terus bermimpi besar dan berani menongkah cabaran,” kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan.
Kejayaan bermakna ini turut mendapat pujian orang ramai yang meluahkan rasa bangga dengan pencapaian tersebut. Ramai berpendapat, pencapaian ini mampu menyuntik semangat kepada wanita di luar sana untuk menceburi bidang penerbangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!