Terbaru, penyanyi terkenal Noh Salleh berkongsi khabar sedih apabila cahaya matanya bersama isteri tercinta, Fatin Athirah Mustapa meninggal dunia tujuh bulan lalu.
Vokalis kumpulan popular, Hujan itu menerusi Instagram mendedahkan bayi sulung mereka meninggal ketika di dalam kandungan
“Hari ini 22 September 2024 adalah genap tujuh bulan kami kehilangan anak di dalam kandungan”
Kredit: Noh Salleh
“Ramai yang tidak tahu kan? Dalam struggle berjuang untuk Musa, kami juga struggle memastikan anak didalam kandungan sihat, namun Tuhan jemput dia awal,” ujarnya.
Melalui perkongsian yang sama, penyanyi berusia 39 tahun itu juga berkata bahawa beliau yakin segala ujian yang dihadapi oleh dirinya dan isteri adalah untuk mempersiapkan mereka agar menjadi kuat dan lebih baik sebagai pasangan suami isteri.
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Rahsia Tuhan’ itu turut meluahkan rasa syukur ke hadrat ilahi apabila segala urusannya dipermudahkan.
Ads
Kredit: Noh Salleh
Katanya, “Walaupun perit nak hadapi segala yang aneh-aneh, tetapi kami bersyukur Tuhan jernihkan semua untuk kami nampak dan ternyata hidup lebih steady dan tenang sebab we fought a great battle dan menang.”
Beliau juga menyatakan bahawa dia dan isteri beruntung kerana dikelilingi oleh keluarga, rakan, dan orang-orang baik yang tidak pernah putus untuk mendoakan, memberi kekuatan, dan menenami ke kubur semasa mereka tidak stabil dari segi mental dan emosi.
Ads
Noh juga turut mendedahkan nama anak syurga mereka, Julian dan berharap agar diizinkan Tuhan untuk berjumpa dengannya.
Tambahnya lagi, perkongsian tersebut dimuat naik sempena ulang tahun pertama dia dan isteri.
Ads
Sekadar info, Noh dan Fatin Athirah sah menjadi suami isteri pada 23 September 2023.
Sebelumnya, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan usahawan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos 2022. Namun, perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata dan mereka memiliki seorang anak angkat lelaki diberi nama Musa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kini, penyanyi indie-pop ini kembali dengan album penuh pertamanya, ‘Private Blizzard’! Tajuk album ini diambil daripada frasa “each in his own private blizzard” yang diambil dari puisi “The City Planners” oleh Margaret Atwood. Very mindful#MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia” />
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seperti biasa, bila tiba bulan baru mesti ramai peminat K-Drama yang ternanti-nanti apakah agaknya drama terbaru yang bakal ditayangkan.
Berikut Remaja senaraikan antara 9 drama Korea yang akan mewarnai hidup korang sepanjang bulan September ini. Hiks!
1. Lies Of Lies
Mengisahkan seorang wanita yang menjadi ibu tiri kepada anak perempuan kandungnya sendiri. Ji Eun Soo, seorang wanita yang berkahwin dengan keluarga chaebol, dituduh sebagai pembunuh suaminya dan berjuang untuk mendapatkan kembali anak perempuan yang dilahirkannya di penjara yang sudah diserahkan kepada keluarga angkat.
2. Private Lives
Scammer mengetahui satu rahsia besar dan cuba mengungkap rahsia itu. Mereka menentang syarikat besar dengan menggunakan semua kemahiran tipu daya mereka.
3. Zombie Detective
Kim Moo-Young (Choi Jin-Hyuk) sudah menjadi zombie 2 tahun lalu. Untuk terus hidup, dia mengajuk kelakuan manusia di sebuah kampung, dia kemudian berhijrah ke bandar. Di sana Kim Moo-Young membuka sebuah pejabat dan bekerja sebagai penyiasat peribadi, dia tidak mengingati apapun sebelum menjadi zombie. Dia berjuang untuk hidup dalam kelompok manusia dan berusaha mengembalikan ingatannya.
4. 18 Again
Drama ini menceritakan tentang pasangan suami isteri yang sudah bernikah selama beberapa tahun. Si suami kembali ke usia 18 tahun setelah dipecat daripada pekerjaannya dan masalah penceraian dengan isteri.
5. Record Of Youth
Mengisahkan tentang impian dan cita-cita anak muda untuk menceburkan diri dalam bidang modeling. Dibintangi oleh Park Bo Gum, Park So Dam dan Byun Woo Seok, peminat Park Bo Gum pastinya ternanti-nanti drama ini kerana ia adalah naskhah terakhirnya sebelum masuk ke pusat latihan ketenteraan.
6. The School Nurses File
Seorang jururawat sekolah yang mempunyai kebolehan luar biasa, melindungi pelajar-pelajar dari raksasa yang hanya dia sahaja boleh nampak.
7. More Than Friends/Number of Cases
Drama ini bakal membuatkan penonton sedih, lebih-lebih lagi sekiranya korang menjadi secret admirer dan tidak terbalas selama 10 tahun. Cinta yang terpendam itu tidak dapat diungkapkan kerana salah faham dan terbatas hanya kerana sebagai seorang sahabat.
8. Do Do Sol Sol La La Sol
Mengisahkan tentang Goo Ra-Ra (Go Ara) seorang pemain piano yang menjadi muflis dan kehilangan segala-galanya. Ia menyebabkan dia berasa sangat kecewa dengan situasi yang menimpa dirinya.
Manakala, Sun Woo-Joon (Lee Jae-Wook) adalah seorang yang tidak peduli dengan pendapat orang lain terhadapnya. Dia seorang yang bersemangat dan tidak mempunyai impian atau matlamat tertentu dalam hidupnya.
Satu hari, mereka berdua terjumpa di sebuah akademi piano LaLa Land di sebuah bandar. Apakan yang akan berlaku seterusnya?
9. Oh! Samkwang Villa
Drama ini berkisarkan tentang dua orang arkitek dan interior designer yang sering berselisih pendapat kerana mempunyai perbezaan perspektif.
Okay korang boleh sambung marathon drama Korea la lepas ni. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Diana Rafar baru-baru meraih perhatian di media sosial apabila diberi penghormatan bagi memimpin bacaan syahadah dalam menyempurnakan pengislaman saudara baharu.
Menerusi perkongsian video di akaun Instagram miliknya, Diana atau nama sebenarnya Adiana binti Abdul Rafar (42) yang memakai persalinan hitam dilihat sebak membimbing bacaan dua kalimah syahadah dua orang wanita sambil jari telunjuk ditunjuk ke atas.
Wanita yang mengenakan selendang putih dan seorang lagi memakai selendang hijau itu mengikut setiap kalimat diucapkan pelakon tersebut sehingga selesai.
Kredit: Diana Rafar
Diana menerusi video yang sama meluahkan rasa syukur dengan kehadiran baru saudara-saudara Islam.
“Alhamdulillah, keluarga baru kita (umat Islam). Terima kasih wahai Rabbku memberi peluang dengan rezeki ini. Jom doakan Mariam agar tetap iman dan Islam dihatinya,” katanya.
“MashaAllah Jumaat yang berkat Allah hadirkan seorang bidadari ke rumah yang ingin memeluk Islam. SubhanaAllah Allahuakbar, doakan sahabat Islam baru kita istiqomah terus ke syurga Allah. Amin” kongsinya menerusi sebuah lagi video yang dikongsikan.
Kredit: Diana Rafar
Isteri kesayangan kepada pelakon, Zamarul Hisham itu yang dilihat mengalirkan air mata tidak ketinggalan memberikan nasihat dan pesanan kepada wanita berkenaan.
Dalam pada itu, ini bukanlah kali pertama beliau membantu pengislaman saudara baharu. Pelakon filem Susuk itu difahamkan telah membantu dua orang wanita memeluk Islam pada Julai 2022 dan Disember 2023.
Sumber: Sinar Plus
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengangkutan awam yang disediakan untuk kemudahan rakyat seperti komuter, MTR, LRT dan lain-lain lagi menunjukkkan kerajaan komited dalam membentuk sistem jaringan pengangkutan yang efisen. Biar belum menyeluruh ke seluruh negara tetapi sudah banyak dinaik taraf seperti perkhidmatan keretapi laju AES hingga ke utara tanahair.
Selari dengan pelbagai pertukaran termasuk teknologi, bagi korang yang selalu menggunakan perkhidmatan KTM Komuter sila alert hal ini ya. Mulai 10 September akan datang, sudah tiada lagi pengguna token duit siling di KTM Komuter khususnya untuk pelajar sekolah menengah, student universiti dan golongan dewasa.
Bayaran tanpa tunai ini dikhususkan penumpang dewasa dan juga pelajar sekolah (termasuk sekolah menengah, kolej, institusi pengajian tinggi). So korang boleh beli kad yang KTM sediakan iaitu Kad Komuter Link (dewasa dan konsesi). Sekarang ini sejak Julai 2017 lagi, sejuta kad Komuter Link ini diedarkan secara percuma kepada orang ramai.
KTM Komuter merupakan pilihan pengguna sejak dulu lagi
Inilah kad komuter link yang bakal digunakan mulai 10 Sept ini. Dah tak ada token siling lagi ya.
Mudahkan, dah tak ada token lagi, cuma kad ini saja. lLebih best ada diskaun tambang sampai 50 peratus untuk pelajar termasuk budak U.
Kalau tak ada kad tu jangan bimbang, boleh guna kad touch n go dan juga kad pengenalan. Boleh guna asalkan dalamnya ada nilai duit ya! Tapi bagi yang belum dapat tu, jangan bimbang kerana antara 10-16 September ini, sebanyak 30,000 kad akan diedarkan lagi secara percuma. Kalau korang tak dapat juga, maknanya kenalah korang beli selepas ini. So sementara masih free, bagi yang kerap menggunakan perkhidmatan KTM Komuter boleh ambil di stesen-stesen disediakan ya.Tambah nilai RM5 boleh dilakukan.
Buat masa ini, seperti kata Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter, Khair Johari Ishak, penggunaan token siling masih lagi beroperasi tetapi hanya dikhaskan untuk kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun dan golongan kurang upaya termasuk warga emas. Token ini boleh diperoleh di kaunter disediakan.
Sebenarnya banyak kelebihan menggunakan Kad Komuter Link ini dan tentu korang seronok nak dengar. Sebabnya, bila dah ada kad nie, korang akan dapat diskaun perjalanan sebanyak 20 peratus bagi golongan dewasa.
Bagi pelajar lebih best kerana korang akan dapat diskaun perjalanan sebanyak 50 peratus(untuk pelajar, warga emas dan OKU – untuk tambang konsesi). KTM nasihatkan orang ramai agar bersedia dengan Kad Komuter Link agar perjalanan lebih mudah dan lancar. So bagi pengguna tegar KTM Komuter, 10 September ini tiada lagi token siling ya, semuanya menggunakan kad.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!